ASSALAMAUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua adik2 blogger yang masih sudi singgah ke sini, hari ni dari pagi2 lagi kempen kat luar rumah biasa lah, asyik dok kat dalam rumah manjang sekali keluar kat luar tak sedar rupa nya dah ada ubi kayu yang boleh di tuai, sebab ubi kayu dah terjongol keluar hahaa menunggu tuan nya keluar dari rumah je, jadi dalam hati memang dok teringat nak buat lepat ni sebab dah lama tak makan, sampai lah hajat petang ni nak makan lepat ubi, resepi nya sangat mudah, ikut resepi akak lah ...
1 kilo ubikayu di parut
1 bungkus serbuk santan tak kisah lah jenama apa janji halal
3/4 cawan gula merah
2 sudu tepung ubi
secubit garam
daun pisang secukup nya
Ubikayu yang telah di parut di perah buang air nya supaya hilang rasa pahit2.
Masukan semua bahan2 santan, gula merah,tepung ubi dan garam dan gaul sebati.
Kacau biar sebati dan mesra semua nya
Kemudian boleh lah di bungkus di dalam daun pisang dan di kukus.
Kukusan mesti lah di panaskan terlebih dahulu tau baru lah masukan lepat ni.
Kukus lah selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak
Boleh lah di hidangkan dengan kopi panas lepat ubikayu ni lazattt sangat
PADA YANG SUKA MEMANG TAK CUKUP SATU HEHE...
OPPPSS terlupa lah pulak, akak masukan sedikit pewarna kuning dalam adunan ubi nak bagi cantik lah kononnnn....
LEPAT UBI bebas dimakan bila2 masa saja hatta waktu malam2 macam ni heeee jom
Melepatttttt......