All About

Good Food

Assalamualaikum dan selamat petang.
Bersiaran dari Langkawi hari ni.
Nanti tunggu gambar2 lebih menarik selepas pulang bercuti ya. ..
Tengok lah laksa ikan sekoq dan sambal petai dalam nasi tu memang sukar digambarkan.




ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat yang berkat untuk semua nya, sekarang ni dah masuk bulan syaaban makna nya tak lama lagi ramadhan , sekejab saja masa berlalu, tak sempat nak buat itu ini dari sehari ke sehari sedar2 dah malam kan ADUH GIMANA YA...

HARI ni kak noor nak kongsikan resepi karipap pusing yang hari2 kak Noor dapat tempahan ni, sampai tak menang tangan nak buat. kejab2 ada WA utk karipap ni, resepi ni kak Noor intai dari  siapa lagi kalau bukan dari blog SHEILA SPICES TU, untuk SHEILA izinkan Kak Noor kongsikan di blog kakak jugak ya, memang sedap dan terangkat, fedback dari pelanggan memang memberangsangkan.




BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran


CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan...





BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
 

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.




NAH !!!!!  kalau ada yang nak mengintai jugak ambil lah sorang satu atau sorang dua ke, jangan malu2 tau heee, jom ngopi time ni boleh santai2 depan tv 104 tengok AISYITERU heee
SESEKALI layan sinetron ni best gak kan..


Assalamualaikum semua nya adik2 blogger semoga sihat walafiat hendak nya.
Baru lepas berbuka puasa hari ni Alhamdulillah diatas rezeki yang Allah bagi, dan sekarang sedang bersantai dengan kuah rojak pulak dengan mangga sesat kat rumah ni, nasib ada kuah rojak mak bee boleh lah jadi peneman mangga tu.
No resepi today coz mood holiday dah mari heee, dan jagus dalam bakul tu semua utk adik kakak yg datang nanti itu yg di minta Itu lah yang dibawa...










ASSALAMUALAIKUM dan selamat bersantai untuk semua adik2 kak noor, rindu rasa nya lama tak bersantai kat blog ni, disebab kebizian memanjang2 dengan tempahan macaroons yg tanpa henti ni,  ALHAMDULILLAH rezeki ALLAH yang tak pernah putus2 .

RESEPI macaroons ni macam biasa kak noor selalu rujuk kat blog MASAM MANIS & RAHEL sebab kedua2 chef ni memang dah terkenal terer merer membuat macaroon, memang tak dapat di nafikan mararoons memang agak sukar kalau tak kena gaya,  cuma kalau kita selalu buat pasti akan tau dimana salah dan silap kita, kerana praktis make kita jadi perfect dalam apa jua yg kita buat betul kan??




BOLEH jugak ke blog kak noor di SINI sebab memang dah selalu sangat buat macaroons rasa nya dalam seminggu tu memang dua tiga kali jugak membuat macaroons ni.




NASIB baik ada macaroon mat ni memudahkan kerja2 kak noor, tak payah jadi pelukis heheee




BEGINI LAH  mararoons yang sudah siap di packing ada yang menempah tak??
heheee untuk warga BRUNEI DARUSSALAM saja tau, sebab kalau untuk orang luar memang sukar ni kerana macaroons sangat rapuh dan mudah pecah kena hati2 sangat membawa ni.





OK sampai sini dulu ADIK2 ada bunyi WA tu pasti macaroons lagi  aduhhh...

Assalamualaikum dan selamat beristirehat semua adik2 kak noor.
Hari ni kak noor nak kongsikan gambar awan dibumi Brunei Darussalam pagi semalam yang sempat dirakamkan oleh anak kak noor semasa perjalananan pulang dari sekolah, sungguh menakjubkan belum pernah kak noor tengok awan yg begitu panjang yg pergerakan nya agak pantas.  Supaya tiada apa yg buruk berlaku di bumi Brunei Darussalam ini  SUBHAANALLAH ALLAHU AKBAR sesungguhnya apa saja yg berlaku dimuka bumi ini adalah dengan izin mu jua ya ALLAH.


ASSALAMUALAIKUM adik2 kak Noor semua, rasa nya dah lama tak masuk blog ni asyik dok sibuk ja manjang, gara2 letak nasi pandan ni kat FB sana sini minta buatkan utk sekolah lah, utk makan harian lah, so kesian pada yang mengorder buat lah walaupun badan letih, tapi puas hati customer kata NYAMAN !!!

RESEPI nya pun mudah dan sama saja dengan nasi lemak biasa cuma tambah air daun pandan je untuk menghijo sikit nasi nya tu, jom semak resepi yuk!!!





 Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi



 Nasi lemak pandan
6 ke 7 helai daun pandan di kisar bersama air utk di campur dengan santan.
Kak Noor kisar  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan dan air daun pandan,  sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras wangi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!!

Ayam goreng rempah
1/2 ekor ayam di potong besar di bersihkan
3 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *

Cara
Kisar bahan yang bertanda * dan lumurkan pada ayam bersama dengan garam dan sedikit gula merah, peraplah dalam dua tiga jam kemudian gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.




Nasi lemak pandan boleh di hidangkan dengan ulam fav masing2, kat umah kak Noor memang di kelilingi dengan ulaman walaupun hanya tanam di pasu saja tapi not bad banyak yang tumbuh dan segar bugar, jadi elok lah di makan dengan nasi lemak ni kan, disini yang sempat di ambil hanya pegaga dan ulam sambung nyawa. Timun tu kat kedai ca ya nun alif lah kan, kak noor memang takde tanam pun timun heee...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua adik2 blogger semua, semoga semua nya sihat walafiat disamping apa jua tugasan kita.
SEBENARNYA nasi kerabu ni dah seminggu lebih kot kak Noor buat tapi disebabkan kesibukan dan tuntutan masa jadi tak dapat nak mengupdate kan resepi ni, pagi ni agak santai, dapatlah menulis sikit, nasi ni sebenarnya emergency akak buat sebab mak labu kat rumah ni teringin nak makan, kesian jugak kan, semua bahan2 90% dah ada jadi bersilat lah pagi dua tiga jam jugak sebab semua nya buat masa tu jugak hahaaa, sampai ber faluh2 membuat nasi ni tapi berbaloiii sangat, sebab mak labu kata SEDAP SEDAP SEDAP  hahaaa oklah tu dah lepas tanggungjawab akak, dan tak kurang jugak si tukang masak pun bertambah2 jugak makan nya.

NASI KERABU  ni akak intai dari blog AZIE KITCHEN rasa nya DARI DAPUR MADIHAA jugak dah mencuba resepi ni memang lazat dan sedap, jadi untuk kedua2 blogger ni izinkan kak noor letakan resepi anda di blog kak noor jugak ya untuk rujukan anak di masa ketiadaan kita nanti, sebab masa ni memang anak2 malas nak buat sebab tersangat banyak songeh nya, tapi berbaloii " kesongehan" nasi kerabu ni sedap lazat menyelerakan dan semua yang indah2 ada pada nasi kerabu ni.





Nasi Kerabu Kelantan

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Di rumah kak Noor tersangat banyak bunga telang tu maka nya hampir 20 kuntum bunga telang jadi sasaran untuk nasi kerabu ni.

Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 

Mula nya teragak2 jugak nak masukan budu dalam kuah tumis ni sebab sebelum ni akak belum pernah makan, tapi budu memang standbye beli lagipun dah terjumpa kat supermarket, rhope nye sedap budu ni aduiii dah terlambat umur dah lima series baru nak merasa budu rogi besor tu kan adik2 akak semua...


 
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Kuah tumis kak noor agak kureng naik minyak sebab 2,3 jam berkuntau kat dapur memang tak sempat nak naik minyak kan...


Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.





Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 


Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Lauk pauk
Telur masin takde stok la pulak tapi rasa nya dah meriah jugak tu...
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar daging masih beku malas dah proses
Daging goreng atau ayam goreng hanya ikan rebus goreng je
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk pun takde
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.



Resepi Solok Lada ni akak sekodeng di blog AMIE 'S LITTLE KITCHEN  thanks Amie ya, tapi akak guna capsicum sebab hanya itu yang ada stok kat rumah, izinkan akak letak resepi kat blog akak jugak dah harap halal kan  heee :)

Solok Lada
Bahan-bahan:
10 biji lada hijau (kalau tak ada hijau, merah pun boleh) - belah dan buang biji 
1 cawan kelapa parut putih
4 biji bawang merah
1.5 cm halia
sedikit lada hitam
2 ekor ikan kembung saiz besar - ambil isi sahaja
sedikit garam / gula / perasa pilihan

Cara:
1. Tumbuk bawang, lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan.

3. Sumbatkan ke dalam lada. 
4. Kukus hingga masak.




Siapa yang belum mencuba nasi kerabu ni teramat lah rugi nya tau, rajinkan diri, untuk lebih santai kita kena buat sedikit demi sedikit, sehari lebih awal lebih mudah, jadi tak lah jadi lipas kudong seharian kat dapur 
MENGERJAKAN
Nasi Kerabu ni...

SELAMAT MENJAMU MATA WAHAI ADIK2 AKAK SEKELIAN.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home