Apam Nasi Traffic Light Rona Roni

Apam Nasi Traffic Light Rona Roni



ASSALAMUALAIKUM adik2 kak Noor dan selamat malam semuanya, hari ni dah hari ke4 kita berpuasa menunaikan kewajipan kita kepada ALLAH swt.  Dah lepas teraweh ni baru lah dapat bersantai sikit depan lappy, itu pun hari ni solat teraweh kat rumah saja, testing anak bungsu tu jadi imam teraweh, ALHAMDULILLAH semua nya berjalan lancar.

Berbalik pada menu hari ni, sebenarnya menu yang semalam kak Noor buat, sebab sayangkan nasi sejuk yang banyak, biasa lah hari2 mesti ada saja nasi sejuk, kebetulan bahan2 lain dah ada jadi akak buat saja APAM NASI ni, memang banyak dapat kalau buat satu adunan, jadi kebetulan pulak dah lama tak sedekah dengan jiran2 so dapat lah jiran2 merasa apam yang lembut dan rona roni ni .






UNTUK yang nak resepi boleh lah tengok kat bawah ni ya 

Bahan2nya

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang 
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air, gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit .
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam.

SELAMAT MENCUBA DAN MERASA APAM GEBUS GEBAS NI




SELAMAT MALAM SEMUA NYA
JUMPA LAGI DI LAIN KALI
HEHEEHE ENTAH BILA LAH NAK UPDATE THE NEXT N3 YA..


5 comments:

  1. Memang gebusss gebassss apam kak Noor ni... haiya...warna rona roni itu serupa traffic light kaaa...

    ReplyDelete
  2. first time dengar apam nasi nih... warna pun ceria je

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. Saya kalau buat apam ni, guna nasi yang dah dibuat tapai. Tapi kena tunggu 2 hari baru tapai masak dan boleh digunakan untuk campuran adunan apam. Apam Kak Noor ni dah campur yis ke dalam adunan. Lagi cepat siap untuk dimakan :)

    ReplyDelete
  4. as salam kak nor
    sy singgah dr blog kak sweetie
    tq fr resepi
    teringin nak cuba.nampak senang je

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home