Ayam Panggang Best Mamasya Memang The Bestt

Ayam Panggang Best Mamasya Memang The Bestt



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, macam mana puasa adik2 kak Noor semua, dah seminggu kita berpuasa, semakin hari semakin sibuk macam2 kerja nak buat, macam dah tak cukup kaki tangan dah, tapi masak tetap nombor satu sebab Pak Haji kat umah memang tak suka sangat beli kat gerai, walaupun simple , nak jugak yg di masak oleh mak andeh dia, heee
Kebetulan dua hari lepas kat dapur MAMASYA ada resepi ayam panggang ni, baca satu persatu macam best jugak, so pagi2 tadi dah keluarkan ayam dari frezer takyah rendam biar dia lembut sendiri, memang semangat sangat nak makan ayam ni., memang berbaloii sedappp sampai licin sepinggan yang dihidangkan, ada yang request minta buat lagi, wah memang hebat, untuk yang belum cuba akak syorkan supaya mencuba cepat rugi tau!! tak rasa ayam ni.

UNTUK MAMASYA  iznkan kak Noor copy paste resepi ni dan letak kat blog akak jugak ya, rasa nya mesti berkali2 nak buat ayam macam gini sebab kegemaran ramai ni... jom semak resepi yuk..




RESEPI AYAM PANGGANG BEST 
Sumber; Liza @ Intai dapur 
Oleh ; Dapurmamasya 

Bhn2 A: 
3 s/b cili boh - guna 2 sb cili kering blender * kak noor guna 3 sudu cili kering
2 keping gula Melaka 
1/2 cawan air 
- masak semua hingga pekat 

Bhn2 B: 
4 ulas bawang pth 
1 ulas bawang besar 
1 kiub stok ayam 
1 inci halia 
5 s/b sos lada hitam - letak 3 sb + 2 sb sos tiram *kak noor letak 2 sudu lada hitam kisar
5 s/b madu - letak 2 sb sj sbb dah habis stok tp sdg elok tak manis ayamnya * akak letak 5 sudu madu
Garam 
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt 

- blend bhn A dan B bersama2.. 
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam. 

- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar. 




SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 SEMUA
DAPAT JADI SALAH SATU HIDANGAN RAYA NI..


8 comments:

  1. memang nampak sedap sangat tu. boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. assalam kak noor
    betul nampak sedap ayam panggang mamasya ni
    hari2 ayam kak menu anak2 sy tu, emm blh try macm kak noor pulak nanti

    ReplyDelete
  3. Aslmkum K.Noor

    menyinggah dapur k.noor intai ayam panggang k.Noor hidang tp alahai dah licin...hi..mmg sedap.
    wah k.noor dah masuk dlm senarai hidangan raya pasti cepat laku....

    ReplyDelete
  4. Salam kak noor..budak2 lh paling suka lauk ayam ni..hari2 mau ada ayam atas meja..yg panggang camni mmg sempoi senang nk sediakan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ayam mak andeh tuh...patut la pak haji sayang...hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya pun selalu intai dapur Mamasya, memang banyak versi ayam panggangnya yang mabeles!

    ReplyDelete
  7. sedpa ni kak noor macam buat ala2 percik kelantan cuma ada tambahan bahan lain sikitlah .. mesti kena dicuba ni !

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home