Fettucini Salmon Carbonara Ala Kak Noor

Fettucini Salmon Carbonara Ala Kak Noor



ASSALAMUALAIKUM dan salam ramadhan yang ke5 hari tak  terasa masa berlalu hampir seminggu sudah di bulan ramadhan, kak noor di bulan ni kalau menu mesti tanya dengan anak2 apa yang diaorang teringin nak makan, biasa nya budak2 ni selalu menu2 ringkas saja, mee , pasta, nasi goreng tapi kadang2 kita ni yang tak mampu nak ikut dah perut nasi, walau macamana pun mesti nak jugak makan nasi, tapi kalau dah letih tu ikut saja lah selera orang muda ni.

Menu hari ni kak Noor main 'HENTAMAN' saja pun, ikut apa yang ada kat umah, kata arwah mak kak Noor dulu2 kita yang buat dia suka hati kita lah janji sedap ya tak? Jom semak resepi sempoi dari kak noor ni..





BAHAN
1 bungkus fettucini di rebus hingga lembut / toskan dan di lumurkan dengan planta
2 keping ikan salmon di hiris nipis dan di buang tulang nya
2 tin susu cair * kalau family kecil boleh dikurangkan
sedikit brokoli di hiris dan di celur
sedikit carrot di hiris dan di celur
1 sudu lada hitam di kisar
4-5 ulas bawang putih di kisar
1 labu bawang besar di hiris
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

CARA
  • Panaskan kuali  dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga layu dan masukan lada hitam dan bawang putih dan kacau agar tidak terlalu garing.
  • Bila dah agak wangi boleh lah masukan susu cair dan pati ikan bilis, kacau rata.
  • Masukan bancuhan tepung gandum kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tambahkan garam dan gula.
  • Akhirnya masukan ikan salmon dan sayur brokoli dan carrot, masak sekejab saja sebab salmon tak perlu masak lama nanti takut isi nya hancur.
  • Untuk menghidangkan nya, letakkan sedikit fettucini dan curahkan kuah carbonara ni kat atasnya dan hidangan ini sedia utk disantap.
  • SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 KAK NOOR SEMUA YA..





MEMANG LAZAT  sehingga menjilat sudu dan garpu 
ANAK2 SUKA sangat





OK SIAPA yang ada stok fettucini boleh lah try untuk berbuka esuk ya 
Mesti tambah berkali2 heee

SELAMAT MALAM
JANGAN LUPA BANGUN SAHUR TAU..
DAH HARI KE5  full tak teraweh??
Saja nyibok sikit..

7 comments:

  1. dapnya...:-)
    dah sahur pun....selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  2. hentam hentam pun nampak mengancam sungguh

    ReplyDelete
  3. ...nampak menyelerakan!... lemak berkrim!

    ReplyDelete
  4. Salam k.Noor

    yummm....enak. sama kita tak kena nasi tak boleh....

    ReplyDelete
  5. slm kak Noor...sabo aje la tgk carbonara tu...hehe

    ReplyDelete
  6. Alahai...dah 2,3 hari teringin nk masak fetuccini tp tak ada pulak di pasaraya... akhirnya semlm beli pasta reben jer...nk try resipi ni laaa.... nmpk menyelerakan!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home