Kueteow Gulung Seafood Yang Simple

Kueteow Gulung Seafood Yang Simple





ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk adik2 blogger semua, selamat bersantai di hari minggu ni, dah masak pun masih awal kan, so kita berbw lah saja pepagi ni ya, nak kuar malas lah orang terlalu ramai, sekarang ni semua berebut nak beli barang, nak bayar kat kaunter, susah2 sangat baik memasak je kat rumah tak payah beratur bagai, sendiri masak sendiri makan hahaa bersih, ikut selera kita sendiri, yang penting telur yg kita guna tu di basuh kan heee

Hari ni kak noor nak kongsikan resepi kueteow gulung yang dah lama tak buat, biasa lah bulan puasa anak2 request macam2 yang diaorang jarang makan, so kueteow ni menu berbuka semalam, memang lazat kasi pedas2 sikit waduh terangkat U...


BAHAN

kueteow secukupnya * anggaran 3 ke 5 orang
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
1 sudu serbuk cili optional tak nak pedas lupakan je
sedikit bancuhan tepung jagung
sayuran sawi dan taugeh
sedikit minyak utk menumis
beberapa ekor udang dan sotong
beberapa biji telur untuk dijadikan dadar
sedikit susu segar


CARA

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih sehingga kekuningan,masukan kueteow, 1 sudu sos tiram,1 sudu sos cili,1 sudu kicap manis,serbuk cili jika suka,sawi dan taugeh
gaul rata dan masak lah sekejab,dah lembut angkat dan ketepikan.
campurkan telur dengan sedikit susu segar,kacau rata dan goreng dadar
*untuk sorang sebiji telur dadar dah cukup jgn lebih rugi heehe
ambil telur dadar masukan kueteow yang digoreng tadi dan gulung lah dan letakan dalam pinggan yang nak dihidangkan

UNTUK KUAH
masukan baki sos tiram,sos cili,kicap manis dan bancuhan tepung jagung dan masaklah dengan sedikit air rasa lah kalau kurang masin boleh lah tambah sedikit garam masukan udang sotong dan masaklah sehingga udang lembut curahkan keatas kueteow gulung tadi
Pada selera akak kueteow elok pedas2 boleh jugak di taburkan cili flakes kat atas tu memang terangkat ni.




AGAK NYA apa menu adik2 semua petang ni ya
Rasa2 nya macam nak buat lasagna lah jom cek bahan2 ada tak??



8 comments:

  1. Alam noor. wahhhhh.... kita pun nak gulung gulung jugak la lenkali. Nmpak mengancam iman betul...S

    ReplyDelete
  2. salam kak noor... mori lom pernah lagi cuba kueteow gulung nie... tentu sedap nie...

    ReplyDelete
  3. makanan yang Kak Noor buat ni semuanya sedap2... pandai sungguh kak Noor masak

    ReplyDelete
  4. menyelerakan sungguh..kalau dpt sama2 berbuka dan menikmati masakan Kak Noor ni, lagi best....

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa... makan ngan kuah mee udang pula..huhhhhh

    ReplyDelete
  6. Kreatif...mmg x pernah mkn...yakin sedap ni kan..q

    ReplyDelete
  7. Salam kak Noor..nampak sedap kue teow gulung tu..mmg klu anak2 blk bercuti ,mcm2 request mereka..nk mkn mcm2 juadah.Ikotkn jer la...Klu atie & Hb jer...simple2 juadah kami.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home