Red Velvet Cookies Cantik Dan Sedap

Red Velvet Cookies Cantik Dan Sedap




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua rakan2 blogger, apa kabar semua nya,  hari ni kak Noor ada sedikit waktu di petang ni jadi sempat lah mengupdate cookies ni yang di buat semalam, saja nak cari kelainan sikit biasa nya cookies colour coklat kehitaman gitu kan, tapi kali ni kita kasi merah2 sikit 

SUPAYA CANTIK MACAM KAK TON!!!!
INI pun kak Noor terjumpa kat blog JUICY CAFE & CAKES terus bekenan, kebetulan dah ada barang jadi teruskan saja tumpang ada ruang, sebab hari2 dok buat yang orang punya, yang kita punya satu pun belum adusss nasib lah si tukang masak kan.

Pada tuan punya cookies ni Juicy Cafe izinkan kak Noor share resepi kat blog akak ya, dan minta dihalal kan segala nya, pada yang nak mencuba silakan memang tak rugi tau...






Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..



1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.







TAK TAU LAH berapa lama boleh bertahan cookies ni sebab asal buka puasa anak2 cari cookies ni, lama lagi ni nak hariraya hahaa, tak kisahlah buat utk makan,
BUKAN BUAT UNTUK SIMPAN YA TAK!!

16 comments:

  1. assalamualaikum kak noor..
    sedapnya nampak biskut velvet ni.. merah2 and berseri sangat.. siap dah 2 balang kat belakang tu ye.. betul2 nak raya ni..

    ReplyDelete
  2. Wah memang menawan merahnya kak noor... :D

    ReplyDelete
  3. cantik & mesti sedap ni...meronta2 nak cuba

    ReplyDelete
  4. Waw...tak tau nak cakap apa lagi....yang pastinya mengancam banget...

    ReplyDelete
  5. merahnya mak ngah! ehh mak noor hehe.. banyak gak dpt dr satu adunan ya kak..

    ReplyDelete
  6. Kak Noor, biskut ni jenis rangup atau chewy?

    Salam,
    Liza

    ReplyDelete
  7. wahhhh....meriahnya kak... kalau dekat dah bawak tuppaware dah hi..hi..

    ReplyDelete
  8. merah mengancam la kak...
    tergoda tengok...

    ReplyDelete
  9. Assalam kak..
    Alaaa..kita baru nak cuba hehe, betul la kak, anak2 sini pun suka, dh nak habis dh..

    ReplyDelete
  10. amboi kak noor..merah ang2 cookies tu..berseri2 di atas meja di pagi hari raya.ceria sungguh kaler tu

    ReplyDelete
  11. first time tau kewujudan beskut red velvet. kalau hidang ni masa raya nanti...confirm mesti yg ni habis dulu. warna merah tu mmg mengancamm...

    ReplyDelete
  12. Kalau tak masukkan serbuk badam die akan lembik ke

    ReplyDelete
  13. Salam kak nor...
    Ade chocolate chip ker dlm cookies tu?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home