All About

Good Food




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam untuk semua yang masih sudi mengunjungi blog akak yang tenggelam timbul ni, biasa lah tak de kerja cari kerja, dah ada kerja tak larat nak buek haha sampai tak ter update blog ni beberapa hari dek kerana busy mengambil tempahan orang, sebenarnya sengaja nak mencuba2 je rupanya ada jugak sambutan, jadi nya busy akak berdouble tripple lah jadi nya heee, takpe hati  suko kan, sebab memasak ni memang jadi minat sejak dari dulu so gohead je lah...





INI menu semalam dek kerana sibuk tu masak pun simple dimple je lah tapi yang ni confem anak2 akak tak makan, ni menu untuk orang2 veteren je, untuk anak2 ayam goreng dan sambal tumis dah memadai, resepi ni pun mudah sangat jom tengok!!


BAHAN

1/2 cawan lala di ambil isi
10 biji cilipadi hijau di tumbuk kasar
2 ulas bawang putih di tumbuk
1/2 biji bawang besar di hiris
sedikit air asam jawa
1/2 cawan petai
garam dan gula jugak sedikit minyak




CARA

Tumiskan bahan tumbuk sehingga layu dan wangi, masukan lala jugak air asam
Kacau rata tambahkan garam dan gula, masak lah sehingga agak kering baru masukan petai, kacau sekejab, jangan terlalu lama nanti petai akan layu,tak cantik dan tak krup krap lagi.
Bila dah masak boleh lah dimakan dengan nasi panas atau sejuk
Tepuk dada tanya selera lah ya....





Kalau ada yang belum dinner malam ni boleh lah test sambal petai akak ni ya, layan diri lah ya, akak dah kenyang ni 
ALHAMDULILLAH 
ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua adik2 blogger
SELAMAT bercuti dan berehat 
KAK NOOR pun hari ni cuti masak sebab nak kejemputan orang kawin hehee
UNTUK anak2 yang tak mau pergi tu dah akak sediakan spaghetti bolognese banyak2
BIARKAN diaorang dok buat ulang tayang sampai habis spaghetti tu hahaaa
HARI NI akak nak kongsikan gambar anak2 masa snow turun dengan lebat nya di UK baru ni
TAPI sayang sebab diaorang tak dapat nak join sekali sebab sorang kat Uni of Bath di Somerset, dan sorang kat Uni of Imperial di centre London, kena ber snow dengan kawan2 saja lah
ALHAMDULILLAH asal anak2 mama happy mama sudah cukup gumbira tu...



Nabilah anak ketiga kak Noor bersama rakan2 serumah sedang ber snow2..



Dah merah hidung tu tapi tahan je demi nak ambik gambar heeee syabas Nabilah and her friend..



SEMUA nya gumbira tu maklum negeri kita hanya hujan je kan sesekali tu biarlah..
Kalau tak salah tahun ni yang paling sejuk sejak 20 tahun kabar nya lah akak pun dengar dari anak2 jugak...




NABILAH sedang nak buat snowman lah tu..




INI pemandangan dari rumah anak sulung akak FAIZAH, sayang masa akak datang sini tahun lepas masa bulan Julai tu takde snow sebab masa tu musim summer, kalau tak dapat jugak buat ais kacang hahaha...



INI jalan nak ke UNI budak2 ni dah duduk lama2 pandai dah cari shortcut, semoga ALLAH pelihara anak2 akak sepanjang mereka di rantauan AMIN YA ROBBAL ALAMIN




KESIAN anak mama sanggup bersejuk demi mama 
Sebab mama minta gambar snow hahaha pecah rohsia ni




SANGGUP duduk lagi atas kerusi yang ada ais tu adoiiiiii pasti sejuk punggung kan 




TIME snow ni takda snowman tak sah lah kan sana sini mesti ada benda putih bolat tu..




TAPI rasa nya bukan nya kita sorang kan sibuk ambik gambar tengok tu kat belakang ramai jugak lembaga hitam2 tu kan ...




MESTI dah tak tahan sejuk ni dah pakai payung tu




TER MISS gambar Nabilah tunjuk terer pegang ais tu huh kalau mama dapat mesti dok ingat nak buat ABC kan hahaha

TAMAT sudah semoga adik2 blogger enjoy ya 
ADA yang nak ikut tak !!! INSYAALLAH dua tahun lagi kot akak kesana sebab anak sulung tu habis PhD nak gi konvo lah 
JOM MENABUNG HAHAA, cakap pada diri sendiri lah ni...




ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari untuk semua adik2 blogger, aduh rasa nya lama sangat tak ber Bw ni, biasa lah hari2 busy je kan, hatta hari ni pun curi2 masa sikit nak ber Bw, baru 2 hari tak update hahaha sehari ku rasa setahun, dua hari 2 tahun lah pulak rasa nya, menu hari ni yang paling mudah dan simple sangat, dah tak larat nak berlemak, ber ayam berdaging, hari ni ber ikan lah pulak, kalau kat Brunei masak macam ni dipanggil Ikan Rebus tapi kalau belah kita di panggil Pindang ke Singgang ok kot kan kedua2nya..

Dah lapo ni jom tengok resepi lah ya zoommmm.....




BAHAN

2 ekor ikan kembong dibersihkan
1 batang serai di ketuk
3 ke 4 helai daun kesum
2 keping asam keping


BAHAN TUMBUK

1/2 inci halia
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
garam dan perasa secukup nya


CARA

Masukan bahan tumbuk dalam periuk bersama air secukupnya, tambahkan asam keping dan serai jugak garam dan perasa dan biarkan mendidih.  Dah cukup rasa masam pedas masin tu boleh lah masukan ikan dan daun kesum golek2kan je ikan sebab kalau lama2 nanti hancur pulak
Pindang kita dah siapppp boleh lah makan dengan nasi putih yang panas wow...

SEDAPPP.




DIET ni masa ingat je, kadang2 tu makan tak hingat dunia jugak hee, ok jugak kan janji ingat, daripada tak ingat langsung BAHAYO TU....




ASSALAMUALAIKUM dan semoga ceria dan sihat2 selalu hendaknya adik2 blogger, bagi akak ALHAMDULILLAH sihat walafiat ada nya, bila dah sihat2 ni start lah projek macam2 kan, takde lain projek kesukaan mesti lah bab masak2 dan makan2, snow kek cheese ni sebenarnya untuk my son inlaw yang birthday nya minggu lepas, walaupun dah lepas tapi sebab bab makan ni mesti nak buat jugak kan, tapi berbaloii lah akak guna resepi ni ternyata sedap dan lembut dan of course sangat laris..




MEMANG ramai yang dah mencuba resepi ni termasuk KAK ZAI  RAHEL  MAMAFAMI 
IZAH ML  dan yg latest MAMASYA  kot jugak ramai lagi yg tak tersebut di sini, kak noor pun baru first time buat guna resepi ni biasa nya akak guna tepung optima untuk kek span tu lebih mudah tapi sengaja kali ni nak susahkan diri  sikit heee, bukan apa mesti kena cuba banyak2 resepi baru dapat bandingkan yang mana sedap kan, tapi rasa nya dua2 pun sedap lah, janji halal kan, untuk semua chef2 yang akak sebutkan kat atas tu izinkan akak kongsikan resepi kat sini pulak ya, minta halal tau...





Kek Cheese Bersalji
Resepi : Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


 Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.




SELAMAT MENCUBA UTK YANG BELUM MENCUBA JANGAN LAMBAT2 MENCUBA
RUGI TAU TAK DAPAT MERASA KEK YANG LEMBUT DAN PASTINYA 
SEDAP MANTOP DAN MALATOP NI...



ASSALAMUALAIKUM adik2 blogger tersayang semoga sihat sejahtera hendaknya disamping tugasan harian, pertama kali kak Noor masak ayam panggang lemon, anak2 sangat teruja dan masing2 cakap sedap sedap sedap haha, lepas tu dua tiga hari kemudian memang terpaksa buat lagi dan kali ni lebih banyak dan memang puas lah anak2 makan walaupun hanya dengan nasi hujan panas dan acar timun dah memadai, tak perlu banyak2 jenis lauk, selamat mummy takyah berlama2 kat dapur kan...


RESEPI ayam panggang rosemary lemon ni boleh adik2 tengok kat SINI ya, sesiapa yang belum cuba boleh lah try memang berbaloiii, tak kisah lah nak makan dengan apa pun, di set ni akak tambah lagi sedikit sambal goreng yang menjadi fav kat rumah ni..




RESEPI NASI HUJAN PANAS

3 cawan beras basmathi dicuci bersih dan tos kan
4 cawan air
1 inci halia di hiris
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris kecil
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang secukupnya
1 sudu planta
1 sudu minyak sapi *kebetulan ada dlm simpanan *
sedikit garam dan pewarna merah, kuning dan hijau

CARA MEMASAK NYA

Panaskan kuali masukan planta dan minyak sapi,  bila dah cair masukan bahan hiris dan tumislah sehingga wangi masukan kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang, dan kacau lagi biar sehingga wangi dan layu masukan beras dan garam kacau biar sebati, boleh lah di pindahkan ke rice cooker dan di tambah air dan masaklah seperti biasa
JANGAN LUPA  ON TAU...
Bila nasi sudah masak, buka tudung periuk dan masukan sedikit pewarna, kemudian tutup lagi tudung periuk, biarkan selama 10 ke 15 minit
Kemudian baru lah di kacau biar warna nya bertaburan hahaha, tapi tak boleh terlalu kacau jugak nanti warna nasi jadi terlalu colourfull dan gelap, tapi ikut kegemaran masing2 lah, pada kak Noor biar sekadar ada kaler je, dah cantik pada mata tua ni heeeee




SAMBAL GORENG

10 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1/2 biji tomato
sedikit ikan bilis

SEMUA bahan2 di atas di goreng dengan sedikit minyak dah layu di tumbuk kasar dan di campur dengan sedikit garam dan gula, sambal goreng dah sedia utk dimakan yeahhh..

ACAR TIMUN

HIRIS timun, carrot, bawang besar, cili dan limau kasturi, nipis2, kemudian gaulkan dengan garam dan gula, utk lebih masam boleh jugak di campur cuka, kalau tak cukup lah dengan limau kasturi je, lepas tu boleh lah di hidangkan dengan nasi hujan panas tu




DAH SIAP satu set menu ringkas pagi ni 
ALHAMDULILLAH tak perlu banyak2 kan dah kenyang ini pun, ada rasa manis pada ayam panggang tu, masam pada acar dan pedas pada sambal wow.... nyamuk hinggap kat  tangan pun dah tak rasa ni heeee



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat berhari minggu untuk semua pengunjung setia disini, atau sekadar sekodeng jenjalan tak kisah lah tu, sebab jalan di alam maya takde yang nampak kecuali meninggalkan jejak kan, thanks sangat2 akak ucapkan pada adik2 yang sudi meninggalkan komen2 menariksss tu, hajat dihati memang nak membalas semua komen2 dan nak melawat jugak blog adik2 tu tapi apa kan daya ku, tak terdaya dengan kesibukan kerja2 di rumah yang banyak ni, hari tu dah ok sikit ada maid, tapi now aduyaiiiii "maid dah kabur dong" sekarang ni ibu kena beresin semua kerja sampai dah lemah lutut kaki letih ni hahaha, kalau hari sekolah tambah lagi satu tugas iaitu driver, dok ulangalik sekolah tak tau lah berapa kali, disamping tugas2 wajib di rumah, huh sabo je lah kan tak boleh merungut nanti tak dapat pahala apa yang kita buat betul tak??




BERBALIK pada resepi hari ni, nak test menu mata biru lah pulak, dah lama jugak tak buat ni, first buat masa mula2 akak ber blog dulu, lepas tu asyik dok try menu2 baru kenkawan, terus lupa kat pancake ni, jadi baru ni akak buat lah utk makan2 anak2 kat umah ni kebetulan ada beli strawberry tu terus lah buat kang lama2 tak baik si merah tu, resepi ni kak Noor ambik dari majalah 
Bisquick dari Betty Crocker, dan sudah diterjemahkan oleh kak noor sendiri heee






Resepi:  Cheesecake Pancakes
Di alihbahasa :  Bicara Kak Noor 

BAHAN


  • 8 oz cream cheese  * Kak Noor guna cheese philadelphia tu*
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan biskut kraker dihancurkan
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan strawberry
  • syrup strawberry secukupnya * kali ni Kak Noor guna Hershey's syrup 




  • CARA MEMBUAT NYA

    • Potong cream cheese kecil2 dan ketepikan
    • Masukan tepung naik sendiri, biskut kraker, gula, susu segar dan telur didalam bekas dah adun lah sampai sebati dengan menggunakan whisk.
    • Kemudian masukan cheese yang telah dipotong tadi dan adun kan lagi sampai jadi batter
    • Panaskan kuali pancake dan masukan sedikit planta, dan tuangkan 1 senduk batter ni dan masak lah sampai kekuningan
    • Buatlah sampai habis adunan memang banyak jugaklah dapat  untuk satu adunan lebihkurang 12 biji,tulah family akak asyik dok buat siaran ulangan je hahahaa



    KALAU ada yang teruja nak buat sila lah, memang sedap dan lembut sangat sebab ada cheese tu, tambahan ada strawberry yang masam2 manis huh cakap pun tarak guna, kena try baru dapat rasa sendiri kesedapan dan keenakan cheesecake pancakes ni...


    ASSALAMUALAIKUM & dan salam sabtu jugak happy weekend untuk semua
    Weekend yang sangat busy dengan majlis kawin, tunang dan birthday.  Kalau majlis kawin tu oklah bagi je dalam sampul hahaa takyah nak buat kek bagai lagi, tapi kalau majlis tunang dan birthday ni kena jugak buat sesuatu yg boleh dimakan, nak bagi hadiah pun rasanya tak perlu kot sebab orang ni pun dah kaya raya hahaa, tapi kalau bagi kuih2 gini mungkin "dia" akan pandang sikit kot agaknya lah...so akak pun  baking2 lah tart ni untuk menarik perhatian si birthday mama tu.



    LAMA jugak dok sekodeng resepi sana sini dan terbekenan pada resepi  dari blog 
    CITARASAWAN, bukan ape bekenan kat toing toing tu macam swan pun ada gak, tapi takleh lawan sifu lah, kalau ada yg nak tengok Kak Wan punya LMCT boleh lah melawat disana, sangat cantik dan menarik





    Tengoklah tu sampai tak sempat nak keluarkan dari acuan nya, sedang dok ambik gambar baru lah ternampak yg acuan nya belum lagi di buka so dah malas lagi nak buka2 go head saja lah, versi ada acuan lah pulak,  kalau ada yang nak resepi boleh lah ke blog CITARASAWAN, thanks untuk Kak Wan walaupun belum cukup sempurna tart ni tapi rasa nya memang sedap sebab ada rasa masam2 manis lemon tu memang ada kelainan lah dari tart yang lain.




    BIASA lah first time buat mesti ada kekurangan kan,  kalau tengok betul2 baru lah nampak cacat cela nya tu, tapi kalau sekali pandang je memang perfecto jugak lah heeee




    MEETING  TIME...


    SEMOGA busday mama puas hati lah, kalau tak lain kali memang tak kan buat lagi dan pasti tukang masak ni akan MERAJUK SETAHUN HAHAHA...


    ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi  pada semua yang masih sudi berkunjung kesini, hari ni Kak Noor nak kongsi resepi kampong yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan, mesti apam nasi ni kan,biasa lah nasi  tu walaupun dah di sukat cemana pun mesti tak habis jugak dimakan, nasi goreng hari2 pun boring jugak kan, so akak merajinkan diri lah buat apam ni tapi kena bangun awal lah hahahaa  sebab nak perap ni hampir 1 ke 2 jam jugak baru naik cantik gebus gebas




    KALI ni akak rainbow kan apam ni sebab dah banyak sangat pewarna kat umah ni belum habis pakai  hahaha jadi apam nasi ni jadi sasaran akak warna kan, ada 5 kaler jugak ni, belasah je sebab kita yang nak makan sendiri



    BAHAN NYA

    3 cawan tepung beras
    1 cawan tepung gandum
    2 cawan gula boleh tambah atau kurang 
    1 peket yis mauripan
    2 cawan nasi
    3 cawan air
    Kelapa parut putih secukupnya
    Cara nya
    Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air, gaulkan dan ketepikan kejab
    Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
    Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
    Panaskan kukusan terlebih dahulu

    UNTUK apam kali ni kak noor bahagikan kepada 5 warna, saje suka2 tengok rainbow kat apam ni, buatlah ikut kreativiti sendiri, kak noor selang selikan warna tu maka jadi lah seperti yang di atas tu...

    Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
    Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
    Lepas tu boleh lah dihidangkan dengan kopi kaw2 ke! teh kaw tarik ke! terpulang fav masing2 lah tapi bagi akak mestilah kopi kaw2 punyeee






    SELAMAT menjamu mata ya, biar lah kak Noor menjamu selera ni heeee
    TAK CUKUP seketoiiiiii ni



    ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi, hari ni dah 16 januari bermakna dah dua minggu lebih kita telah berada di tahun baru ni, terasa masa begitu cepat berlalu sebab hari2 mengejar masa, walaupun hanya surirumah tapi rasa nya surirumah lah yang paling banyak kerja kan, tak pernah habis kerja sampai ke malam, sepatut nya gaji kena lebih ni kerana kerja round the clock
    hahaha...


    BERBALIK pada resepi hari ni, kak Noor nak kongsikan satu resepi yang simple untuk sarapan anak2 diwaktu sekolah ni, sebenar nya kalau nak cepat kita boleh buat lebih awal, contohnya waktu petang atau malam untuk sarapan esuk nya, lagipun roti ni setelah disalut semua nya boleh disimpan dalam petiais atau frezer, jadi taklah kelam kabut sangat pepagi tu, janji anak2 makan hasil air tangan ibu daripada membeli hasil air tangan orang lain betul tak???

    JOM tengok resepi ...



    BAHAN
    6 keping roti gardenia atau apa saja kegemaran sendiri
    6 batang sosej
    6 keping cheese slice
    1 biji telur
    1/2 cawan breadcrumbs
    sedikit planta untuk menggoreng


    CARA
    Rebus sosej sehingga masak dan tos kan.
    Kukus roti lebih kurang 2 ke 3 minit untuk melembutkan nya, kemudian di gelek supaya lebih nipis mudah untuk menggulung.
    Ambil sekeping roti yang telah digelek nipis, letakan cheese slice di atas roti dan kemudian letakkan sosei dan gulung kemas, gamkan dengan sedikit telur.
    Roti yang telah di gulung di salutkan dengan telur dan golekkan di atas breadcrumbs.
    Buat lah sehingga habis roti dan sosej.
    Roti ni boleh disimpan dalam frezer ke petiais ke untuk kegunaan pada masa2 tertentu.
    Bila nak menggoreng panaskan sedikit planta dan gorenglah dengan api yang kecil sehingga masak dan ranggup.
    ALHAMDULILLAH sedap dimakan macam tu ke, cicah sos ke, terpulang hati masing2

    TEPUK dada tanya selera heheee....





    OK selamat mencuba utk adik2 semua, dan akak pasti mesti semua nya dah tau kan heee, takpe sebenarnya resepi mudah ni utk rujukan anak2 jugak sebab budak2 ni resepi yg simple macam ni pun tak tau nak buat, yang diaorang tau MAKANNNNNNN JE ...




    SELAMAT petang untuk rakan2 blogger, biasa lah kalau baru baik dari demam tu macam2 teringin nak makan termasuk lah dengan cottage pie ni , dah lama sangat tak buat benda ni , lagipun takda request anak2, tapi kali ni akak buat sebab request dari hati sendiri hahaha, kalau makan cottage pie boleh kenyang tau tak payah makan nasi sebab kentang tu pun dah dapat gantikan nasi, sesekali mulut payau boleh lah test ni kan...

    RESEPI ni agak simple lah daripada cottage pie yang lain sebab ia nya tidak menggunakan sos putih dan cheese pun hanya cheddar cheese, jadi nya agak ringan lah sikit content tu KONON LAH TU KAN....




    Bahan kentang

    • 500 gm kentang US * kentang ni besar dan hitam tapi ia nya lebih lembut * 
    • 2 ke 3 sudu susu cair
    • 2 sudu mentega
    • sedikit garam



    Bahan-bahan inti

    • 500 gm isi ayam
    • 1 tin cendawan butang dihris kecil
    • 1/2 botol sos tiram
    • 1 sudu teh tepung jagung
    • 2 biji bawang besar di dadu
    • 1 buku cheese cheddar diparut
    • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
    • sedikit garam dan gula
    • 5 sudu susu cair
    • mentega secukupnya
    • mangkuk timah secukupnya
    • kalau takde  mangkuk timah boleh lah guna bekas yang sesuai kat rumah masing ya..
    Cara membuatnya inti nya

    • Panaskan sedikit mentega, kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi kemudian masukan serbuk lada hitam dan lada putih
    • Kacau biar sebati masukan isi ayam dan sos tiram,cendawan,garam dan sedikit gula.
    • Rasalah ikut citarasa sendiri utk memekatkan inti bancuhkan sedikit tepung jagung dan kacau lah biar pekat dan berkilat diangkat dan biarkan sejuk.
    Cara membuat kulitnya
    • Ubi kentang direbus dan di lenyek sehingga halus kemudian masukan sedikit mentega lebihkurang 2 sudu,sedikit garam dan susu cair kedalam adunan kentang tadi
    • Gaul biar rata dan sebati.
    • Ambil sedikit inti masukan dalam mangkok timah,kemudian tutup dengan adunan kentang dan tekan lah sehingga rata menutupi semua bahagian inti,buatlah sehingga habis adunan kentang
    • Akhirnya taburkan cheese cheddar parut di atas kentang dan bakar lah sehingga cheese agak kekuningan dengan suhu 180'C selama 10 ke 15 minit .
    Dah masak kuarkan dari oven dan dihidangkan panas-panas SEDAPPPPP sangat!!!






    JOM dah ready untuk minum petang ni, baru je lepas kuar dari oven 
    MMMMMM masih panas sila lah ya adik2 jangan malu2
    LAYAN DIRI SENDIRI TAU !!!!!


    Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home