All About

Good Food



ASSALMUALAIKUM dan salam jumaat pada adik2 akak yang tak jemu2 singgah kesini, kak Noor minta maaf banyak kerana kadang2 masa mencemburui sangat, akak tak dapat nak berkunjung balas di blog adik2, ada blog tu tak dapat di buka langsung, entah dimana salah dan silapnya, antaranya ialah blog ZILA 4EVER, blog INAHAR'S, kalau ada sesiapa yg boleh tolong akak sila bagitau ya cemana nak buat, pada yang telah sudi berkunjung jutaan terimakasih IN SYA ALLAH bila ada ruang masa akan akak kunjungi kalian semua 
PERCAYA LAHHHH......

HARI ni akak nak kongsikan resepi yang biasa dah kita semua iaitu cotton cheese cake, tapi  kali ni kak noor kasi kaler sikit sebab dah teruja tengok kat FB seorang kawan tu, yang buat cheesecake yang versi rainbow ni, cari2 jugak kat internet mana tau ada resepi special utk di rainbowkan cheesecake ni tapi hampa jadi akak guna resepi 
COTTON CHEESECAKE untuk di RAINBOW KAN.




Resepi :  Rainbow Cheesecake
Olahan :  Bicara Kak Noor


BAHAN


  • 140 gm gula halus
  • 6 biji putih telur  
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu krim tartar
  • 50 gm mentega
  • 250 gm cream cheese
  • 100 ml susu segar
  • 60 gm tepung naik sendiri
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon

CARA

  • Cairkan cream cheese, susu segar dan mentega di atas api yang perlahan, kacau selalu kemudian sejukan
  • Bila dah sejuk masukan kedua-dua tepung bersama kuning telur kedalam adunan cheese dan pukul lah sehingga sebati dan kemudian tambah jus lemon
  • SEBELUM NAK PUKUL PUTIH TELUR TU PASTIKAN MIXER TU KERING BETUL2 NANTI KALAU TAK JADI PULAK...
  • Dalam bekas yang lain pukul lah putih telur,  gula dan krim tartar hingga kembang dan menjadi meringue yang macam bertanduk gitu, meringue ni kalau kita terbalikkan mangkok dia tidak akan tumpah,kalau dah jadi macam tu memang jadi lah tu ok
  • Ambil satu senduk adunan meringue masukan ke dalam adunan tepung dan kaup balikan sehiingga habis meringue tu
  • Lengserkan loyang dengan sedikit planta alaskan dengan kertas minyak dan taburkan sedikit tepung dan bakarlah dengan menggunakan cara waterbath pada suhu 160'C selama 1 jam dengan menggunakan api atas dan bawah atau sehingga masaklah
  • Keluarkan dari loyang dan sejukan,sebelum dimasukan dalam petiais sapukan filling starwberry ke,blueberry ke untuk  menambah keenakan Cotton Cheese Cake ni tapi kalau ada yang tak suka dengan filling2 ni boleh lupakan saja makan begitu saja pun dah sedap sangatttttttt...

Untuk yang versi rainbow ni adunan tu kak noor bahagi 5 bahagian dan letakan warna2 pelangi anda,  kemudian masukan lah setiap warna didalam loyang dan jangan di kacau biarkan adunan tu mengalir sendiri dan dibakar seperti biasa.
Pada yang pakar buat kek memang akan jadi lebih cantik tapi pada kak noor yang kureng pakar ni 
OK ok aje lah tapi rasa nya akan test lagi
IN SYA ALLAH







Terlupa lah pulak, yang didasar kek tu akak letakan oreo yang telah hancurkan dan letak sedikit mentega supaya adunan menjadi lembab mudah kita tekan kat dalam loyang tu ok




DAH PUAS jamu mata biar lah kak noor jamu selera ya, memang sedap sangat sebab cheesecake memang tak dapat di nafikan kelembutan dan kesedapan tu kan, hari ni cheesecake bertambah ceria dengan warna2 pelangi JOM try ...



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam semua nya,  semoga sihat sejahtera semua adik2 akak disini,  tadi ronda2 kat kedai terjumpa kawan2 yang selalu sekodeng blog akak yang dok jadi silent reader je, tak kisah lah tu, ingatkan blog akak takde yang bekenan, rupanya kawan sorang ni selalu menjenguk cuma tak komen je hahaha

Jadi nya terimakasih jugak lah pada yang lain di luar sana yang sudi menjadi silent reader blog ni walaupun tidak meninggalkan jejak tapi kak noor tetap menghargai nya kerana sudi menjenguk!!

JOM terus tengok resepi lah ya, masakan ni dah agak lama masak tapi tak sempat nak update nasib baik tak basi gambar ni kan heeee





Resepi  :  Kari Ayam Hijau Dengan Terung
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN
1/2 kg ayam di potong kecil
2 biji terung di potong besar
1 biji tomato untuk hiasan
beberapa tangkai daun selasih
1 batang serai di ketuk


BAHAN KISAR
2 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar ketumbar disangai 
1 sudu jintan putih disangai
10 biji cili besar hijau
5 biji cili padi hijau
secekak daun selasih
sedikit daun ketumbar * ambik bau saja tak suka  banyak *
1  1/2 cawan santan pekat
1 sudu air lemon
2 sudu minyak 
garam dan sedikit gula secukup rasa






CARA

  • Panaskan kuali masukan minyak dan tumis lah bahan kisar dan serai yang diketuk sehingga wangi.
  • Masukan ayam, santan, garam dan gula dan masaklah dengan api yang kecil sehingga ayam separuh masak.
  • Campurkan terung dan masaklah sehingga terung lembut tambahkan air lemon dan boleh lah ditutup api.
  • Hidangkan dan hiaskan ikut kreativiti sendiri.
  • Sedap di hidangkan dengan nasi putih yang panas - panas .




SELAMAT MALAM DAN SELAMAT BERISTIREHAT
TAK TAU NAK TENGOK TV MANA SEMUA NYA BORING HAHA
LAST2 TENGOK TV BRUNEI JE LAH 
TAK SAKIT MATA DAN HATI HEEEE..




ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu  untuk semua nya yang sudi singgah di blog kak Noor yang tak seberapa ni, dah hari  minggu rupa nya kan,  tentu ramai yang busy dengan macam2 agenda,  lagipun tak lama lagi nak pilihanraya tentu masing2 dah tak sabar nak mengundi kan, ada buat baju raya ke time pilihanraya ni !!! haha kak Noor jugak yang melepas ni tak pernah mengundi seumur hidup ku bila dah datang ke Brunei ni nasib badan..




OK lah hari minggu ni tak payahlah  banyak cakap kan jom lah kita tengok resepi kampongan ni, sebenarnya daun ulam semua tu semua nya di ambil disekeliling rumah je, yang di tanam hanya dalam pasu2 kecil supaya senang nak jaga dan nak bubuh baja.




Resepi  :  Kerabu Ulam & Perut Yang Mudah
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN
Daun selom
Daun pegaga
Daun kemangi
Daun kari
Daun kadok
Cekur atau kencur
2 kuntum bungan kantan di hiris kecil
1/4 cawan ikan bilis di panggang
4 ulas bawang merah dihiris
3 batang serai dihiris nipis
5 biji cili padi hiris nipis
5 biji limau kasturi ambil air nya
1/2 kg perut lembu di rebus sehingga lembut dan dihiris kecil
garam dan sedikit gula

CARA
  • Semua daun2 ulam di hiris kecil dan ketepikan
  • Ulam2 tu kak noor agak2 saja lah campuran semua daun lebihkurang dalam 2 cawan lah
  • Masukan hirisan bawang merah, serai, cilipadi, air limau, perut, garam dan gula, gaul kan biarkan sebati, kemudian baru lah campurkan daun ulam dan bunga kantan, gaul sebati.
  • Akhirnya di tabur dengan ikan bilis panggang.
  • Rasa lah asam garam nya kalau kurang boleh lah di tambah mana yang perlu.
Untuk makluman semua kerabu ni kak noor tak letak belacan sebab bos besaq tak suka belacan dan yang sewaktu dengan nya, jadi nya kak noor gantikan dengan ikan bilis je, memang sedap lah walaupun no belacan anymore heee pada yang suka boleh letak ok takde masaalah.








Pada yang takda ulam kat rumah boleh lah ke pasar, ulam nya terpulang pada kegemaran masing2 apa2 ulam pun ok je, misal nya daun gajus ke, putat ke, atau apa yang ada di rumah lah ok jangan stress kalau takde ulam yang kak noor sebutkan kat atas tu...

OK cukup untuk hari ni jumpa lagi esuk lusa...



ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi jumaat yang berkat untuk adik2 semua, semoga hari ni hari yang paling bahagia sekali disamping tugasan harian kita,  tunaikan demi kewajipan dan semata2 mengharap redho ALLAH bukan kerana terpaksa atau kerana sesuatu hajat, kerana bimbang segala keletihan kita menguruskan rumah tangga hanya mendapat penat dan lelah saja
NAU'UZUBILLAH .....

PAGI ni akak nak kongsikan resepi donut yang akak intai dari blog IZAH, sebab nampak gebus je donut IZAH tu tapi bila kak noor buat taklah segebus sifu tu,tapi rasa nya tetap mengancam, tapi akak tukar dari labu ke keledek oren sebab memang beli keledek untuk buat donut pun.







DONUT LABU RESEPI II ( Donut keledek oren )
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 
olahan : kak noor

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna labu *kak noor guna keledek oren
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
*labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukaatan dan lenyek.
*cara nya sama saja dengan izah cuma kak noor guna keledek oren.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.




THANKS  IZAH, akak dah kongsikan resepi donut ni kat blog akak ok..
Untuk tatapan anak2 akak bila diarang berkeluarga nanti...




MEMANG sedap donut ni lembut dan gebus gebas, tapi kak noor punya tu agak kureng sikit lah beso nya tu cuma rasa nya memang mantoppp



JOM berdonut pulak kita pagi ni...




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk adik2 tersayang, pagi ni akak breakfast ala2 mata biru gitu,  resepi ni adalah dari anak kak Noor nun jauh di UK, bukan apa teringi tengok kat IG dia tu, macam menarik jugak breakfast boat ni, so akak minta resepi, tak susah sangat pun, tapi resepi tu akak sesuaikan dengan selera kita penghuni rumah yang kurang gemar daging, so akak gantikan dengan sosej ayam, pada yang suka daging lah boleh try daging memang lebih yummy lagi kot rasa nya, sebab ayam pun memang dah terangkat sangattt....

Jom semak resepiii



BREAKFAST BOAT
Resepi  :  Bicara Kak Noor


BAHAN
2 keping roti Peranchis *kak Noor hanya guna separuh je*
6 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/8 cawan whipping cream
8 kepingan daging * kak Noor gantikan dengan sosej*
3/4 cawan gruyere cheese ( Swiss cheese yang ada lubang )*kak Noor gantikan mozarella cheese
1 dozen cherry tomato *kak Noor ganti dengan tomato besar 4 biji
parmesan cheese untuk topping
garam dan sedikit serbuk lada hitam


CARA

  • Masak sosej dengan merebus sekejab.
  • Belah roti peranchis dan keluarkan sedikit isi nya.
  • Kacau telur, susu dan whipping cream campurkan dengan cheese dan masukan garam jugak serbuk lada hitam. 
  • Biarkan sebati sekejab.
  • Letakan roti boat kita di atas dulang pembakar dan curahkan campuran cheese, susunkan sosej, tomato dan cheese topping tu. 
  • Taburkan dengan sedikit oregano dan pangganglah dalam oven selama 25 minit dengan suhu 250'C.
  • Bila dah masak boleh lah di hidangkan panas2 memang sedap dan malatop sekali hadap sudah licin.



SEBELUM  JOM KITA MENGUNDI!!! JOM KITA MENGUNDI!!
JOM  KITA  BREAKFAST DULU
Biasa nya boat kita  yang naik kat atas nya kan, tapi kali ni kita makan lah pulak 
Boat tu hahaa
MEMANG SEDAPPP sangatt mesti cuba adik2 akak sekelian tau...




ASSALAMUALAIKUAM dan selamat pagi semua nya ya, akak harap semua nya sihat walafiat hendaknya disamping tugas harian yang tak pernah habis ni.  Ini menu tertangguh yang terlepas pandang, dah agak seminggu lebih kot buat mee bandung tapi tak sempat nak post dan terlupa jugaklah tu, jadi pagi ni baru lah sempat mengupdate mee ni jom kita tengok resepi yang mudah pun tarak susah2 janji ada mee dan udang jadi lah kan..




Mee Bandung Langgaq Style
Resepi :  Bicara Kak Noor


BAHAN UNTUK KUAH
1/2 kilo tulang daging di rebus
1/2 kilo udang sederhana besar
4 bungkus perencah mee bandung ADABI
2 biji telur
1/2 cawan cili sos
1 - 2 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
Air rebusan tulang secukupnya
sedikit minyak
garam dan gula


CARA

  • Tumiskan bahan tumbuk dan sehingga layu dan masukan cili kisar dan gorenglah sehingga wangi.
  • Masukan perencah mee bandung dan air rebusan tulang dan didihkan * air rebusan bergantung kepada keperluan family sendiri lah ya nak pekat atau sedikit cair.
  • Tambahkan cili sos, garam dan gula
  • Bila dah secukup rasa boleh lah masukan udang dan pecahkan telur dan biarkan sekejab baru lah di kacau, supaya telur tidak terlalu hancur.
  • Kuah dah siap untuk di makan dengan mee...





BAHAN UNTUK MEE
1 kilo mee kuning di celur dan toskan
taugeh, daun sup, limau kasturi dan bawang goreng secukupnya.


CARA MENGHIDANG

  • Kak Noor suka letakan mee dalam pinggan, masukan kuah nya, baru letakan daun sup dan taugeh jugak bawang goreng, siapp mee bandung sedia untuk di santap, lebih ranggup hee
  • Satu lagi cara boleh masukan mee terus dalam kuah dan dimasak sekejab tapi cara ni mee tu akan sedikit lembik kak Noor tak gemar sangat.
  • Terpulang pada kegemaran masing2 lah ya...



SELAMAT MENJAMU MATA YA, SEBAB MEE NI PUN HABIS JUGAK NI
RAJINKAN DIRI  MASAK RESEPI MUDAH AKAK NI
SEDAP DAN TAK MENYUSAHKAN DIRI HEHEEE




ASSALAMUALAIKUM dan selamt petang untuk semua yang sudi berkunjung kesini, hari ni kak Noor nak kongsikan respi nasi Arab yang jarang sangat kak Noor masak, sebab dah lama itu lah maka nya teringin sangat nak makan, takde request pun dari anak2 hanya sendiri2 suka suki nak makan sebab tengok kat blog adik2 semua nasi ayam, nasi lemak dan macam2 nasi lagi, jadi nya tekak yang dah tak muda ni teringin lah, jadi hari ni tunaikan hajat yang dah lama terpendam tu.

Resepi ni kak Noor intai dari blog  Kak Nor Secubit Garam  tapi akak sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah akak dan ikut selera family lah, jadi kalau ada yang nak tengok yang asal boleh lah ke blog SECUBIT GARAM tau, kak noor buat ada jugak yang shortcut tapi rasa nya masih sedappp sebab hubby yang bila makan jarang yang tambah nasi, tapi hari ni tergugut iman dia tambah dua kali hahaha

JOM TENGOK RESEPI KAK NOOR




NASI ARAB
Resepi :  Bicara Kak Noor


BAHAN
1 kg beras bathmati Kak Noor campurkan sedikit beras wangi basuh dan tos kan
1.5 liter air Kak Noor guna air biasa je
500 gm ayam dipotong kecil dan dibersihkan
5 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 sudu besar minyak 
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu jintan putih digoreng dan dikisar
1 sudu jintan manis digoreng dan dikisar
garam dan gula
sedikit saffron

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia
3 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil jintan putih


CARA

  • Panaskan minyak sapi dan minyak dan tumislah semua bahan tumis  sehingga wangi
  • Masukan serbuk jintan yang telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata.
  • Masukan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.  Biarkan mendidih.
  • Masukan beras dan masak lah seperti biasa didalam rice cooker.
  • Sudah beras tanak, letakkan sedikit saffron biarkan dalam 10 minit, kemudian baru lah di gaul rata.
  • Jangan terlebih pulak gaul tu nanti nasi tu akan patah dan tak cantik.
  • Boleh lah dihidangkan dengan lauk kegemaran masing2.





RESEPI DALCA SAYUR
BAHAN

1 biji kentang di bersihkan di potong kecil
1 biji terung di potong kecil
3 batang jagung muda di potong kecil
1 batang karot di potong kecil
3 batang kacang panjang di patah2kan
4 biji tomato ceri
3 sudu rempah kari daging
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 cawan santan cair + pekat
2 sudu asam air jawa
sedikit potongan ayam
minyak untuk menumis, garam dan gula
sedikit daun kari
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya untuk menumis


CARA

  • Tumbuk bahan  yang bertanda * sehingga lumat.
  • Panaskan kuali tumislah bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukan rempah kari yang sudah di bancuh dengan sedikit air panas dan tumislah sehingga pecah minyak.
  • Masukan ubi kentang dan potongan ayam dan masaklah sehingga kedua nya separuh masak.
  • Boleh ditambah sedikit air jika terlalu pekat.
  • Bila dalca kita sudah kemerahan dengan rempah tu tambahkan santan  dan semua sayuran lain, tambah gula, garam dan air asam.
  • Akhir sekali letakan sedikit daun kari dan dalca sedia dihidangkan bersama nasi arab ni.
Kak Noor tak letak kacang dhall dalam dalca ni sebab kat rumah ni ada yang tak dapat makan dhall tu jadi sabo je lah agak cair lah sikit, untuk yang suka boleh tambah dengan rebusan dhall ya.






RESEPI ACAR TOMATO
BAHAN

2 biji tomato di potong kiub
1/2 biji bawang besar di potong kiub
4 biji cili padi atau cili besar di hiris
4 biji limau kasturi ambil airnya 
garam dan gula

CARA
Gaulkan kesemua bahan2 diatas perasakan dengan garam dan gula dan boleh lah di makan bersama nasi Arab dan dalca sayur.




ALHAMDULILLAH dah beres makan sesekali makan nasi bertambah tak salah kan hahaha
esuk2 kita masak yang kurang kalori pulak rebus2 ke panggang2 ke kan..



ASSALAMUALAIKUM dan selamat berhari minggu untuk adik2 blogger tersayang semoga semuanya didalam sihat walafiat hendaknya disamping family tersayang, walau apa pun tugas kita hari ni, kesihatan mesti di utamakan, jadi menu akak hari ni yang ala2 sihat gitu lah sementara masih ada stok sayur mayur tu, sebab brokoli dan capsicum ni tak boleh bertahan lama di dalam petiais tu, sebaik beli mesti kena masak se awal yang boleh kan baru fresh mresh dan sedap rasa nya.


Resepi nya sangat mudah pun sebab rasa nya tak perlu kita menggunakan bahan yang banyak untuk melazatkan sesuatu masakan tu kan, terutama sayur mayur ni, jom kita tengok resepi akak ni ..



RESEPI  :  Brokoli Ranggup Dengan Capsicum
OLAHAN  :  Bicara Kak Noor


BAHAN
1 biji brokoli yang kecil di potong 
1 biji capsicum kuning di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1/2 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di cincang
1/2 cawan dada ayam yang sudah di dadu
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar minyak jagung
sedikit serbuk lada sulah dan perasa jugak garam


CARA

  • Brokoli yang sudah di potong di celur dengan air panas dan letakkan sedikit minyak dan garam.  * JANGAN LAMA DALAM 2 - 3 MINIT JE TAU* lepas tu di toskan dan curah air sejuk supaya brokoli tak terus lembut.
  • Panaskan kuali masukan minyak jagung atau minyak biasa pun ok jugak, tumiskan bawang putih sehingga wangi dan masukan isi ayam yang didadu.
  • Masak sehingga ayam lembut dan masukan minyak bijan kacau rata *MINYAK BIJAN AKAK LAMBAT MASUK  UNTUK LEBIH WANGI DAN TAK MUDAH HANGUS*
  • Akhir sekali boleh lah dimasukan bawang besar, tomato, capsicum, brokoli, lada sulah, serbuk perasa dan garam.
  • Hanya masak dalam masa satu minit je kalau tak sayur mayur akan lembik dah tak sedap dan ranggup lagi.
  • Tutup api dan sayur kita dah sedia untuk di hidangkan dengan nasi putih atau nasi minyak.




Kak Noor suka meratah je sayur ni tak payah makan dengan nasi bila dah kenyang makan sayur baru lah dah tak selera lagi nak makan nasi jimat jugak nasi tu kan heee




Penuh warna warni best jugak ni untuk menarik pelanggan dalam rumah




JOM KEMPEN MAKAN SAYUR MAYUR NI 
ENAK NI LAGI RANGGUP LAGI BESTTTT
YUKKK ...



ASSALAMUALAIKUM  semua yang masih sudi berkunjung ke sini,  hari ni sibuk memanjang seharian macam2 kerja perlu di bereskan tapi sempat lagi buat creampuff ni sebab kalau satu hari tak  membaking macam ada yang tak kena lah pulak, godek2 didapur tengok semua bahan2 untuk creampuff semua dah ready jadi akak terus lah bersilat....



CREAM PUFF
Resepi  :   Bicara Kak Noor


BAHAN
1  1/2 cawan air
125 gm tepung di ayak dengan sedikit garam
100 gm planta
3 biji telur * buang satu putih telur*
1/2 sudu gula halus


CARA
1.  Air, planta dan gula dimasak sehingga mendidih, kecilkan api kemudian masukan tepung dan kacau sehingga adunan tidak melekat.

2.  Sejukkan lebihkurang 15 minit, masukan telur satu persatu, kacau biar rata kemudian masukan adunan dalam mixer dan putar  sehingga kembang.

3.  Masukan adunan dalam piping beg yang telah di letakkan nozel bintang dan picit lah di atas dulang pembakar yang telah di sapu sedikit marjerin.

4.  Renjiskan dengan sedikit air sebelum dibakar dengan suhu 200'C selama 30 minit atau sehingga masak.


BAHAN KASTAD
1 tin susu cair
1 tin air
6 sudu tepung kastad
4 sudu gula * boleh tambah atau kurang ikut selera sendiri *


CARA
Satukan semua bahan dan masak lah dengan menggunakan api yang kecil, kacau selalu agar tidak melekat dan hangus, dah berkilat dan pekat boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk sekejab,  boleh lah di letakan didalam creampuff.







CREAM PUFF  YANG  LAZAT  SEDIA  UNTUK  DI SANTAP  
JOMMM....


ASSALAMUALAIKUM  dan selamat petang untuk semua adik2 kak Noor, hari ni mood yang suam2 kuku gitu, nak yang segera dan cepat,  baru2 ni  akak ke supermarket kebetulan ada demo untuk food test, jadi dah suruh test kita test lah rupa nya memang sedap seolah2 fresh yang kita buat sendiri laksa Johor ni, hanya tak sampai sepuluh minit kita dah boleh makan laksa Johor yang sedap ni, cuma yang lama sessi memotong sayuran tu je 




CARA NYA sangat mudah kita hanya perlu ikut aturan yang ada dalam peker laksa tu, tapi pastikan air jangan terlalu banyak sebab nanti rasa nya akan berubah, tapi yang akak ni memang nak buat untuk ramai orang jadi akak pandai2 tambah itu ini untuk melazatkan lagi, yang penting laksa Johor tak perlu lagi nak rebus ikan segala, blend itu ini, yang dalam peket tu dah lengkap segala nya, cuma tak de sayur je...




BIASA nya kalau makan nasi tengahari memang jarang bertambah, tapi kali ni laksa Johor bertambah lah pulak aduiiii gimana nihh....




TENGOK LAH perencah yang segar bugar tu, hanya kantan je yang dari ladang rumah akak yang lain semua nya dari ladang orang CA YA NUN ALIF heeee





ADA berani tak mencuba laksa Johor ni? waduh2 adik2 semua sila menjamu mata dulu ya 
heheee



INI LAH peket Singapore Laksa / Laksa Johor yang mantop




JANGAN BIMBANG nak mencuba sebab ia nya HALAL lagiiii
NAMPAK nya sampai ke malam lah melayan laksa yg sangat sedap ni,
INI BUKAN COBAAANNN TAU!!!
INI BETUL2   SEDAP NI...
HAHAHA...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home