All About

Good Food




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam rakan blogger dan adik2 semua, semoga sihat walafiat hendaknya ya disamping tugasan yang tak pernah habis ni, malam ni kak Noor nak  kongsikan resepi macaroons yang kak noor  buat petang tadi, memang agak "menjadi" lah kalau di bandingkan dengan yang sudah2, dan sangat puas hati chewahhhhh !!! baru2 ni RAHEL ada pos kan gambar dan resepi macaroons buat akak teruja nak buat, so dengan semangat yang baru dan menyala2 maka nya hari ni jadi lah segala macaroon di atas tu sila jamu mata saja lah ya orang jauh, biar akak dan anak2 yang makan macaroons ni heee, lagi pun dah ada yang mengorder jugak tu lah jadi rajin nak buat resepi Rahel ni 
ALHAMDULILLAH menjadi jugak kali ni thanks RAHEL ya, akak copy resepi tau dan letak kan blog kak noor lagi, halal kan ok :)





MACARONS
Sumber:Yani
 
Bahan-bahan (+ - 24 set,48 keping)
2 biji (80g) telur putih L size
60g gula kastor
80g almond powder
120g gula aising
sedikit esen vanilla (yg ni Rahel tak letak)
 
Inti:ganache,kiwi fruit filling,blueberry fruit filling
 
Cara-cara:
1.Ayak almond powder dengan gula aising.

2.Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih.Masukkan esen vanilla pukul lagi
   sehingga kembang/bertanduk.(Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)

3.Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.Kacau perlahan-
   lahan macam buat kek.Masukkan pewarna,kaup balik hingga rata.

4.Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yg telah diletak nozel 10,picitkan
   adunan sebesar duit 20sen atau 50sen ke atas dulang yang di alas dengan baking paper.
   Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm.Ambil toothpick,pecahkan mana-mana gelembung
   udara yang terbentuk di permukaan macarons-untuk mengelakkan permukaan macarons jadi
   berlubang bila dibakar.Ketuk-ketuk bahagian bawah dulang utk bagi adunan rata.

5.Biarkan macarons kering atau tak melekat di tangan sebelum dibakar.Lebih kurang 30-40
   minit sebelum dibakar.(Bergantung pada cuaca juga ni.Saya letak bawah kipas bagi dia cepat
   kering.Sebelum bakar tu,test dulu dengan jari,kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).

6.Bakar dalam oven pada suhu 150 degree selama 15 minit.Sejukkan sebelum letak inti.

7.picitkan adunan sebesar duit 20sen atau 50sen,kemudian ketuk2 bahagian bawah dulang untuk keluarkan gelembung udara dan juga untuk bagi permukaan macarons rata.

8.Masukkan dulang macarons ke dlm oven,letak di rak bawah,bakar macarons di dalam oven pada suhu 150 'C selama lebih kurang 15 minit.
 
 


HAHAHA  cantik tak macaroons Kak Ton ni mesti lah kan heee






OK DULU ya jangan ada yang jeles pulak tau, mesti kena buat selalu baru cantik macam kak Ton ni jom esuk nak buat lagi versi kaler lain pulak..
SEMANGAT  KE MAIN LAGI 
INI MAKCIK....



ASSALAMUALAIKUM selamat malam minggu untuk semua adik2 blogger, diharap masa ni sedang bersantai2 lah ya disamping family, kak noor ni sedang dok depan tv dok standbye nak tengok Masterchef heeee, sambil mengupdate blog , mata sat sana sat sini hahaha, tak kisah lah tu janji happy kan..

Hari ni kak Noor nak show kan gambar je,  Brownies Cheese Red Velvet yang kak Noor buat semalam, kak Noor ambil dari blog SHEILA Spices Journey sebab tak tahan dok tengok Sheila post kat fb dan kat blog ni, tapi kak Noor punya tak lah secantik yang Sheila buat, tapi rasa nya memang boleh menghabiskan dua tiga potong sekali gus, tengoklah Pak Haji tu sampai berulang kali dok makan hahahaa...




Pak Haji Naim sedang menjamu selera yang ke dua selepas masak brownies tu, dan menjadi "pengtester" pertama




UNTUK yang nak resepi brownies yang sedap ni boleh lah ke blog SHEILA ya, dah letih nak menaip hee oklah kan sesekali tengok gambar je, jamu mata gitu kan..











FIRST time buat brownies cheese red velvet ni, dari segi rupa tu memang lah takde sangat pun, tapi bila makan memang sangat lazat susah nak berenti, tapi  sendiri mau ingat lah kalau orhang kuruih tu boleh lah makan lebih sikit hahaa...




OK selamat malam dan selamat menonton Masterchef semua nya
Tengok celebrity tu buat kek, rupa nya dia orang pun tak lah pandai sangat kan 
Chewahhhh macam lah kita ni pandai sangat haha...




ASSALAMULAIKUM dan salam 11 rejab utk semua nya, lately sangat  busy untuk update blog ni di waktu siang, hanya waktu2 begini je ada masa sedikit, memang kalau boleh hari2 nak update blog, tapi masa sangatttt mencemburui ku, TANDA SAYANG LAH TU KAN !!! tak kisah lah tu kan, berbalik pada resepi hari ni, resepi simple kegemaran anak2 kak Noor, ayam lemon capsicum, jom kita semak resepi dulu mana tau yang teringin nak try tokai buat ni...




BAHAN


  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil  kak noor tak letak
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • secukup nya capsicum apa warna pun ok janji happy..
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula

CARA

  • Ayam di bersihkan dan di perapkan  dengan lemon sekejab kemudian tos kan dan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian goreng.
  • Panaskan planta dan tumis lah bawang putih sehingga wangi kemudian masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukan kiub ayam dan gula dan rasa lah ikut kegemaran masing2.
  • Kalau kat rumah ni mesti nak ada rasa manis sikit baru "kick"
  • Bila kuah dan mendidih boleh lah dimasukan ayam, capsicum, kulit lemon dan bawang besar.
  • Kacau sekejab saja dan boleh lah di angkat supaya sayuran nya tak layu.
  • Ayam lemon dah siap dan boleh lah di hidangkan masa panas2 tu mmmm LAZATTT





OK  SELAMAT  MALAM 
Untuk semua sahabat dan adik2 Kak Noor
Selamat santai ya
Malam2 gini rileks lah
Esuk lagi sambung apa yang belum siap
Lepas ni dah boleh 
ZZZZZZZZZZ....




ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat semua nya
SAJA sukasuki hari ni off day dari menulis resepi kita tengok gambar je ok
AKTIVITI semalam bersama geng Malaysian diBrunei ni belajar menyulam dari Cikgu Nina
MANA tau nak buat kusyen ke, beg ke untuk persiapan HARIRAYA yg tak lama lagi menjelang ni, cantik jugak rumah kan, disamping makanan yang sedap.




TENGOK lah makcik2 yang tekun belajar tu, cari lah kak Noor kalau ada yang pandai meneka hehehe



LAGI PUN bila lagi nak berjumpa dengan rakan2 sekampong dan bukan sekampong ni kan, time ni boleh bergelak ketawa, maklum orang tua belajar memang riuh rendah, kalau ada yang masih ingat cerita P. Ramlie yang belajar Alif Be Te tu haha macam tu lah kami belajar.





ANAK Kak Noor yang paling muda ikut belajar menyulam diantara makcik2 tu
SEDANG memilih riben yang cantik2 jualan Cikgu Nina.



AKTIVITI yang paling best selepas menyulam 
INI LAH dia aktiviti makan2 hahaha 
MAKANAN ditaja oleh tuan rumah, kali ni menu kami 
NASI KERABU YANG SEDAP DAN LAZAT.




ADA yang terliur tak tengok ni mesti kena buat ni esuk lusa sebab tak puas makan maklum rumah orang heeee
TERIMAKASIH banyak2 pada Puan NIK tuanrumah kerana menyediakan makanan yang sedap lagi lazat ni, tu lah yang syok datang belajar ni kan, ada umpan yang mewah dan serba serbi :)


ASSALAMUALAIKUM
Selamat malam untuk semua adik2 blogger yang di hormati semoga kalian semua sihat walafiat lah hendaknya disamping tugasan harian ok, hari ni kak Noor nak kongsikan menu muffin yang sangat mudah, memang kak Noor selalu cari yang mudah2 je untuk buat, sebab baru ni ada sedara belah suami meninggal dunia,aruah tu meninggal hari jumaat semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama mereka yang soleh AMIN YA ROBBAL ALAMIN,  dok fikir2 tak tau nak buat apa yang mudah2 untuk disedekah kan, sebab kesuntukan masa, jadi kebetulan dah ada pisang, coklat memang selalu ada kat umah ni, jadi nya korek2 resepi terjumpa resepi dari UMMI macam senang jugak so bersilat lah pagi tu kak Noor sebab nak di bawa sebelah petang nya, thanks UMMI resepi yang sedap ramai yang puji sebab kembang setaman itu muffin heee, izinkan kak Noor kongsikan kat blog akak jugak ya :)





MUFFIN COKLAT PISANG KUKUS
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Koleksi : Ummi @ Home Sweet Home
Dicuba  : Bicara Kak Noor

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan pisang emas ranum yang telah dilecek
  • 1 cawan minyak masak (*akak guna minyak jagung)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 biji telor (dipukul sedikit dgn garfu
Cara Membuat:-
  1. Panaskan kukusan biar air mendidih. Sementara itu, ayak dulu semua bahan A dan masukkan dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Masukkan bahan B dan adun sebati.
  3. Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
  4. Kukus di atas api yang besar selama 20 minit/hingga muffin kembang.
  5. Angkat dan biar sejuk di atas redai.

ADUNAN NI KAK NOOR GANDAKAN 3 ADUNAN SUPAYA DAPAT LEBIH MUFFIN 
ALHAMDULILLAH BERBALOI SEDAP DAN PUAS MAKAN HEE




Nak sedap lagi lepas keluar dari kukusan terus makan aduiii lembut dan moist
sebijik memang tak cukup...




SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 SEMUA YA
OK JUMPA LAGI 
SELAMAT BERISTIREHAT & BERSANTAI BERSAMA
FAMILY TERSAYANG :) <3



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua rakan2 blogger dan adik2 tersayang,  tentu hari minggu ni ramai yang cuti  dan sedang bersantai2 dengan family masing2, begitu jugak dengan kak Noor sambil bersantai masak tetap kewajiban, hari ni agak special sebab baru first time masak ayam ala kenny rogers ni, sebenarnya baru ni masa pergi rumah kawan, ada di hidangkan dengan ayam kenny rogers, terus akak jatuh hati dan tak sabar2 nak buat, dan akhirnya hari ni tercapai lah hajat tu memang lazat dan berzat sebab ianya di penuhi dengan sayuran ikut kegemaran kita, sebenarnya kak noor memang suka banyak sayuran tu, apa lagi bila makan yang ranggup yang half done masak tu ...

Resepi ni kak Noor intai dari blog tersohor CT DELIMA , jadi pada Che Ct izinkan akak kongsikan resepi ayam ala Kenny Rogers ni kat blog kak Noor jugak untuk rujukan anak2 bila mama nya dah tiada nanti, aduh sedih jugak bila tulis macam ni kan, tapi memang kita semua akan "kesana" jugak suatu hari kan :(  terpaksa terima kenyataan pahit ni.





Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber : Che.Mid FP
              :  Che Ct
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan - bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega 

Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. 








Pada adik2 yang lain jangan tak cuba sedap ni kalau ramai2 memang tak cukup se ekor ayam mesti dua tiga ekor baru puas makan ayam dan meratah sayur yang segar bugar tu..
OK dulu ya hari ni dah 2 rejab tak lama lagi kita nak puasa pulak, dan boleh jugak start puasa dari bulan rejab ni supaya tak terasa sangat bila sampai ramadhan nanti..





ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua adik2 kak noor yang sudi berkunjung ke blog kak Noor, entry sebelum ni kak Noor ada berjanji akan letakkan resepi bingka ubi, atau bengkang ubi, jadi malam ni kak Noor tepati janji tu hehee janji mesti di tepati kan betul tak???
Ok lah jom kita tengok resepi yang sangat mudah ni...




BAHAN
2 cawan ubi kayu di parut
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
2 sudu tepung ubi
1 sudu mentega
secubit garam
pewarna kuning, merah dan hijau


CARA

  • Tapiskan ubikayu yang di parut tu buangkan air nya supaya rasa pahit ubikayu tu akan hilang.
  • Gaulkan semua bahan-bahan dengan ubikayu tadi dan rasa lah kalau kurang manis boleh tambah sedikit lagi gula.
  • Tapi jangan terlebih gula dalam makanan biarkan lebih gula dalam senyuman hee
  • Bahagikan pada tiga bahagian dan warna, tapi boleh jugak buat satu warna je pun ok, ni dah kira terlebih rajin sikit ni hee
  • Untuk lebih mudah dan nampak lebih comel akak griskan acuan muffin, dan letakan selapis demi selapis aduanan tadi.
  • Bakar lah sehingga masak dengan suhu 250'C selama 30 minit atau sehingga masak.
  • Dah masak bolehlah di hidangkan dengan kopi panas atau sejuk jalan je kan...




MEMANG sedap bingka ni lebih lembut dengan gabungan tepung ubi dan mentega tu, tak percaya mesti kena cuba lah...



OKLAH salam penuh kasih sayang dari kak Noor untuk adik2 semua yang sudi meninggalkan jejak di blog akak ya, memang best membaca komen adik2 semua, bila letih2 buat kerja terasa lega bila membaca komen yang lucu2 tu heee, INSYAALLAH bila bekesempatan pasti akak akan menjejaki adik2 semua ya....


Assalamualikum dan selamat petang semuanya, hari ni busy manjang hanya mampu letak gambar je dulu untuk bingka traffic light ni, bila bekesempatan In Sya Allah akan di tulis resepinya ok, sedap ni layan time pagi atau petang jom!!!




ASSALAMUALAIKUM  dan salam Pru 13 hari ni 5 Mei 2013,  tentu ramai yang dah ke tempat mengundi dan membuang undi masing2, kak Noor hanya dapat memerhati dari jauh je, memang dah tak dapat balik mengundi pun.  Apa2 pun kak Noor doa kan agar semua nya berjalan lancar dan pangkah lah yang terbaik yang dapat membantu rakyat dunia dan akhirat.

Berbalik pada resepi hari minggu ni lemak pucuk ubi ikan masin menu semalam yang sangat membuka selera ketika makan tengahari atau makan malam, jom kita tengok resepi yang mudah je ni tarak susah simple dimple dan yang penting sedappp.




BAHAN
Secukupnya pucuk ubi di rebus sehingga lembut
1 1/2 cawan santan
Secukupnya ikan masin ( disini kak noor guna kepala ikan masin )

BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang merah
10 biji cili padi ( merah & hijau  )
1 inci kunyit hidup
garam dan gula secukupnya


CARA


  • Masukan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak lah sehingga mendidih, kemudian masukan ikan masin dan pucuk ubi.
  • Pastikan masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu agar tak pecah minyak.
  • Masukan garam dan sedikit je gula untuk rasa yang lebih segar.
  • Dah masak boleh lah di tutup api dan hidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan
  • WAH susah mau cakap lah...





SELAMAT BERSANTAI  UNTUK  SEMUA  YANG  SUDAH MENGUNDI TU
TENTU TAK SABAR NAK MENUNGGU  KEPUTUSAN MALAM NANTI KAN
TAK KURANG JUGAK YANG IKUT MENYIBUK 
KAK NOOR  YANG  KAT BRUNEI NI JUGAK HEEE
BEST KAN MACAM RAYA LAH PULAK.....




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya ya, dah lama jugak kak noor tak mengupdate blog ni dua tiga hari kot LAMA KE!!! hee tak kisah lah tu tapi kalau boleh hari2 nak mengupdate blog, cuma masa tidak mengizinkan tulah 2,3 hari pun terasa lama sangat.  Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi chicken pie yang akak buat semalam, ni versi untuk makan sendiri je, lebihan dari buat untuk tempahan, kira dah malas nak buat yg kecil2 tu jadi buat je yang simple2 ikut acuan apa yang ada kat umah ni, tak lah lawa sangat pun tapi memang sedap lah sebab inti nya dapat letak banyak2.



Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan 
  • Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
  • Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
  • Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
  • Tapi tetap sedap kan hahaha 
BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft

CARA
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
  • Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.





MENU breakfast pagi tadi ni tulah nampak nasi goreng china kat belakang tu kan, yang ringan dan berat di campur sekali jadi nya
ADUS APA NAK JADI NI.....

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home