All About

Good Food




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua rakan2 blogger, apa kabar semua nya,  hari ni kak Noor ada sedikit waktu di petang ni jadi sempat lah mengupdate cookies ni yang di buat semalam, saja nak cari kelainan sikit biasa nya cookies colour coklat kehitaman gitu kan, tapi kali ni kita kasi merah2 sikit 

SUPAYA CANTIK MACAM KAK TON!!!!
INI pun kak Noor terjumpa kat blog JUICY CAFE & CAKES terus bekenan, kebetulan dah ada barang jadi teruskan saja tumpang ada ruang, sebab hari2 dok buat yang orang punya, yang kita punya satu pun belum adusss nasib lah si tukang masak kan.

Pada tuan punya cookies ni Juicy Cafe izinkan kak Noor share resepi kat blog akak ya, dan minta dihalal kan segala nya, pada yang nak mencuba silakan memang tak rugi tau...






Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam

B
2 biji telur A

C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..



1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.
(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.







TAK TAU LAH berapa lama boleh bertahan cookies ni sebab asal buka puasa anak2 cari cookies ni, lama lagi ni nak hariraya hahaa, tak kisahlah buat utk makan,
BUKAN BUAT UNTUK SIMPAN YA TAK!!

ASSALAMAUALAIKUM  dan salam teraweh untuk semua nya.
Disini dah selesai teraweh waktu ni, ALHAMDULILLAH so far so good baru sekali miss teraweh.
Hari ni dah 20 hari kita berpuasa bermakna lagi sepuluh ke sembilan hari kita akan berhariraya, hari2 yang sibuk bagi surirumah semua, apa pun persiapan kita jangan membazir lah, biar lah segala nya sederhana saja, macam brownies ni yang simple dimple saja tapi memang berbaloi dan sedap, tak percaya mesti try.
INI PUN sebab kerajinan Didi anak kak Noor yang ke4 kebetulan time mama busy, dia pulak offer nak buat brownies, macam orang mengantuk disurungkan bantal lah, biasa lah budak2 ni kalau nak cari resepi mesti nak cari yang CIK OMPUTIH punya blog, jadi kalau ada adik2 yang nak sekodeng resepi ni boleh lah ya.


Boleh klik link kat atas tu 
MACAM - MACAM ADAAA...




INI LAH  sebahagian crepe yang ditempah oleh customer sebanyak 100 biji untuk majlis tahlil, itu lah kak noor memang agak susah nak cakap tak boleh, kesian punya pasal buat lah jugak, time2 busy dengan kuih raya yang menimbun
HARI NI KITA TOLONG ORANG
IN SYA ALLAH LAIN KALI MASA KITA PULAK
OK selamat malam dan bersahur.


Assalamualaikum adik2 kak noor :)
Hari ni tersangat lah busy macam2 benda harus disiapkan, termasuk snowy mushroom dah beres tempahan orang.  Santai dulu sebelum tugas berat menunggu.





ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk adik2 blogger semua, selamat bersantai di hari minggu ni, dah masak pun masih awal kan, so kita berbw lah saja pepagi ni ya, nak kuar malas lah orang terlalu ramai, sekarang ni semua berebut nak beli barang, nak bayar kat kaunter, susah2 sangat baik memasak je kat rumah tak payah beratur bagai, sendiri masak sendiri makan hahaa bersih, ikut selera kita sendiri, yang penting telur yg kita guna tu di basuh kan heee

Hari ni kak noor nak kongsikan resepi kueteow gulung yang dah lama tak buat, biasa lah bulan puasa anak2 request macam2 yang diaorang jarang makan, so kueteow ni menu berbuka semalam, memang lazat kasi pedas2 sikit waduh terangkat U...


BAHAN

kueteow secukupnya * anggaran 3 ke 5 orang
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
1 sudu serbuk cili optional tak nak pedas lupakan je
sedikit bancuhan tepung jagung
sayuran sawi dan taugeh
sedikit minyak utk menumis
beberapa ekor udang dan sotong
beberapa biji telur untuk dijadikan dadar
sedikit susu segar


CARA

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih sehingga kekuningan,masukan kueteow, 1 sudu sos tiram,1 sudu sos cili,1 sudu kicap manis,serbuk cili jika suka,sawi dan taugeh
gaul rata dan masak lah sekejab,dah lembut angkat dan ketepikan.
campurkan telur dengan sedikit susu segar,kacau rata dan goreng dadar
*untuk sorang sebiji telur dadar dah cukup jgn lebih rugi heehe
ambil telur dadar masukan kueteow yang digoreng tadi dan gulung lah dan letakan dalam pinggan yang nak dihidangkan

UNTUK KUAH
masukan baki sos tiram,sos cili,kicap manis dan bancuhan tepung jagung dan masaklah dengan sedikit air rasa lah kalau kurang masin boleh lah tambah sedikit garam masukan udang sotong dan masaklah sehingga udang lembut curahkan keatas kueteow gulung tadi
Pada selera akak kueteow elok pedas2 boleh jugak di taburkan cili flakes kat atas tu memang terangkat ni.




AGAK NYA apa menu adik2 semua petang ni ya
Rasa2 nya macam nak buat lasagna lah jom cek bahan2 ada tak??





ASSALAMUALAIKUM dan salam sayang dari kak Noor untuk adik2 blogger dan siapa saja yang sudi singgah di blog yang suam2 kuku ni, tenggelam timbul kejab ada kejab menghilang, al maklum lah sejak dua menjak ni dah tenggelam dengan keuh2 raya tempahan iaitu tart nenas yang paling ngetop mendapat sambutan, almond london yang kedua, dan yang belum start buat lagi snowy mushroom, ingat nak buat cepat2 sebab nak start yang sendiri punya belum ada apa2 lagi dah 12 ramadhan hari ni, takut nanti pagi raya takde apa nak dihidangkan asyik dok buat yang orang punya, memang dah tutup tempahan sekarang, tapi masih ramai yang dok ketuk pintu belakang, nak tak nak terpaksa buka jugak sikit2, pengajaran tahun depan kena buat lagi awal date tutup sebab dah last minute ramai pelanggan yang dok request dan tak sampai hati nak kata

TAK BOLEH!!!
SUSAH JUGAK KALAU HATI KITA BANYAK KESIAN KAT ORANG...
SUPAYA ALLAH MEMPERMUDAHKAN KERJA2 SEPANJANG RAMADHAN NI
KUEH2 JUGAK TAPI IN SYA ALLAH TAK LAMA LAGI 
BOLEH KHATAM AL QURAN BERAMAI2 BERSAMA ANAK2
IN SYA ALLAH.





INI  GAMBAR LAMA 4 TAHUN LEPAS
MASA ANAK SULUNG AKAK GRAD IJAZAH
SEKARANG DIA HAMPIR NAK HABIS PHD NYA
 NAK BAGI SEMANGAT KUAT BEKERJA DAH DUIT BANYAK BOLEH
JALAN LAGIII DAN LAGIII

Masa ni si bungsu tu masih tembam masam je muka dia coz laparr
hahhaa
SEMANGAT SEMANGAT KERJA YUKKKK




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, macam mana puasa adik2 kak Noor semua, dah seminggu kita berpuasa, semakin hari semakin sibuk macam2 kerja nak buat, macam dah tak cukup kaki tangan dah, tapi masak tetap nombor satu sebab Pak Haji kat umah memang tak suka sangat beli kat gerai, walaupun simple , nak jugak yg di masak oleh mak andeh dia, heee
Kebetulan dua hari lepas kat dapur MAMASYA ada resepi ayam panggang ni, baca satu persatu macam best jugak, so pagi2 tadi dah keluarkan ayam dari frezer takyah rendam biar dia lembut sendiri, memang semangat sangat nak makan ayam ni., memang berbaloii sedappp sampai licin sepinggan yang dihidangkan, ada yang request minta buat lagi, wah memang hebat, untuk yang belum cuba akak syorkan supaya mencuba cepat rugi tau!! tak rasa ayam ni.

UNTUK MAMASYA  iznkan kak Noor copy paste resepi ni dan letak kat blog akak jugak ya, rasa nya mesti berkali2 nak buat ayam macam gini sebab kegemaran ramai ni... jom semak resepi yuk..




RESEPI AYAM PANGGANG BEST 
Sumber; Liza @ Intai dapur 
Oleh ; Dapurmamasya 

Bhn2 A: 
3 s/b cili boh - guna 2 sb cili kering blender * kak noor guna 3 sudu cili kering
2 keping gula Melaka 
1/2 cawan air 
- masak semua hingga pekat 

Bhn2 B: 
4 ulas bawang pth 
1 ulas bawang besar 
1 kiub stok ayam 
1 inci halia 
5 s/b sos lada hitam - letak 3 sb + 2 sb sos tiram *kak noor letak 2 sudu lada hitam kisar
5 s/b madu - letak 2 sb sj sbb dah habis stok tp sdg elok tak manis ayamnya * akak letak 5 sudu madu
Garam 
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt 

- blend bhn A dan B bersama2.. 
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam. 

- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar. 




SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 SEMUA
DAPAT JADI SALAH SATU HIDANGAN RAYA NI..




ASSALAMUALAIKUM dan salam ramadhan yang ke5 hari tak  terasa masa berlalu hampir seminggu sudah di bulan ramadhan, kak noor di bulan ni kalau menu mesti tanya dengan anak2 apa yang diaorang teringin nak makan, biasa nya budak2 ni selalu menu2 ringkas saja, mee , pasta, nasi goreng tapi kadang2 kita ni yang tak mampu nak ikut dah perut nasi, walau macamana pun mesti nak jugak makan nasi, tapi kalau dah letih tu ikut saja lah selera orang muda ni.

Menu hari ni kak Noor main 'HENTAMAN' saja pun, ikut apa yang ada kat umah, kata arwah mak kak Noor dulu2 kita yang buat dia suka hati kita lah janji sedap ya tak? Jom semak resepi sempoi dari kak noor ni..





BAHAN
1 bungkus fettucini di rebus hingga lembut / toskan dan di lumurkan dengan planta
2 keping ikan salmon di hiris nipis dan di buang tulang nya
2 tin susu cair * kalau family kecil boleh dikurangkan
sedikit brokoli di hiris dan di celur
sedikit carrot di hiris dan di celur
1 sudu lada hitam di kisar
4-5 ulas bawang putih di kisar
1 labu bawang besar di hiris
2 sudu tepung gandum
2 kiub pati ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

CARA
  • Panaskan kuali  dan masukan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga layu dan masukan lada hitam dan bawang putih dan kacau agar tidak terlalu garing.
  • Bila dah agak wangi boleh lah masukan susu cair dan pati ikan bilis, kacau rata.
  • Masukan bancuhan tepung gandum kedalam periuk dan kacau sehingga sebati dan tambahkan garam dan gula.
  • Akhirnya masukan ikan salmon dan sayur brokoli dan carrot, masak sekejab saja sebab salmon tak perlu masak lama nanti takut isi nya hancur.
  • Untuk menghidangkan nya, letakkan sedikit fettucini dan curahkan kuah carbonara ni kat atasnya dan hidangan ini sedia utk disantap.
  • SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 KAK NOOR SEMUA YA..





MEMANG LAZAT  sehingga menjilat sudu dan garpu 
ANAK2 SUKA sangat





OK SIAPA yang ada stok fettucini boleh lah try untuk berbuka esuk ya 
Mesti tambah berkali2 heee

SELAMAT MALAM
JANGAN LUPA BANGUN SAHUR TAU..
DAH HARI KE5  full tak teraweh??
Saja nyibok sikit..


ASSALAMUALAIKUM adik2 kak Noor dan selamat malam semuanya, hari ni dah hari ke4 kita berpuasa menunaikan kewajipan kita kepada ALLAH swt.  Dah lepas teraweh ni baru lah dapat bersantai sikit depan lappy, itu pun hari ni solat teraweh kat rumah saja, testing anak bungsu tu jadi imam teraweh, ALHAMDULILLAH semua nya berjalan lancar.

Berbalik pada menu hari ni, sebenarnya menu yang semalam kak Noor buat, sebab sayangkan nasi sejuk yang banyak, biasa lah hari2 mesti ada saja nasi sejuk, kebetulan bahan2 lain dah ada jadi akak buat saja APAM NASI ni, memang banyak dapat kalau buat satu adunan, jadi kebetulan pulak dah lama tak sedekah dengan jiran2 so dapat lah jiran2 merasa apam yang lembut dan rona roni ni .






UNTUK yang nak resepi boleh lah tengok kat bawah ni ya 

Bahan2nya

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang 
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air, gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit .
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam.

SELAMAT MENCUBA DAN MERASA APAM GEBUS GEBAS NI




SELAMAT MALAM SEMUA NYA
JUMPA LAGI DI LAIN KALI
HEHEEHE ENTAH BILA LAH NAK UPDATE THE NEXT N3 YA..




ASSALAMUALAIKUM dan salam 30 syaaban untuk semua adik2 kak Noor, menjelang ramadhan ni tentu masing2 dah busy dengan macam2 aktiviti kan, rasa nya adik2 akak ramai yang jadi bisnis women sekarang ni kan, walaupun secara kecil2an tak kisah lah tu, tapi nama nya kita perempuan ni dah lah banyak kerja rumah, ditambah dengan bisnis yang sikit2 tu semakin bertambah lah tahap kebizian tu, apa lagi di bulan puasa ni memang kena 
BANYAK KAN SABAR SABAR SABAR 

DIKESEMPATAN ini kak Noor memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kak Noor semasa di alam maya ni, mana tau ajal maut di tangan ALLAH sekiranya dah takde kesempatan untuk menyambut HARIRAYA AIDILFITRI sepuluh jari kak Noor pohonkan dan 
SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL UNTUK 
SEMUA semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun terdahulu.
AMIN YA ROBBAL ALAMIN





ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT BERHARI MINGGU untuk semua nya yang sudi singgah di blog kak Noor yang kureng menyengat ni, yalah sejak kebelakangan ni busy dengan macam2 aktiviti, blog pun se akan tidak di pedulikan je, tapi memang rindu sangat dengan adik2 semua yang sudi meninggalkan jejak atau sekadar lalu je tak kisah lah tu,

Dua tiga hari lepas kak Noor "berdating" dengan celebrity sekaligus pengacara yang tak asing lagi di Malaysia, Noraini Ibnu, bermula dengan sekadar tegur2 di fb dan ig, tak sangka akhirnya dapat jugak berjumpa dengan Ani di Brunei ni, kebetulan Ani ada program dengan RTB untuk acara pantun RTM,  RTB dan TVRI, mula nya memang malu jugak maklum lah siapa lah kak Noor ni kan, tapi dah Ani bagitau dia nak datang ke Brunei tu aduh memang peluang jugak nak jumpa ni, so whatsapp inbox msg segala, maka dengan izin ALLAH dapat lah berjumpa dengan Noraini Ibnu isteri Pak Herman Tino ni..



NI semasa kak Noor menunggu tetamu tu, al maklum datang awai sangat tak tau nak buat apa ambik gambar segala yang didepan mata hahaha..




SUASANA kat EMPIRE HOTEL lagi ni kabar nya seven star YOUUUUU..



 PEMANDANGAN dari atas yang sangat cantikk, macam nak duduk je lama2 kat sini...




PUNYA syok sampai terpejam mata MAKCIK NOOR ni kan aduiiii



Bersama DR. Rita yang sangat humble..




WAH !!!! kemain lagi bergayo kan semua kakak2 ni heee..




BERGAYA kejab dekat hotel yang mewah ni SESEKALI ok jugak tu..





SIAP ORDER MINUM lagi tu santaiiii sungguh seharian kat sini..




TAK SANGKA dlm 5 orang ni 4 orang tu lahir dalam tahun yang sama
PERCAYA TAK??
TAPI KENA PERCAYA SEBAB 
BETUL DAN BENAR BELAKA...



BERMULA dari dalam dan berakhir kat luar
HOTEL EMPIRE & COUNTRY CLUB
ALHAMDULILLAH  terima kasih ALLAH kerana menemukanku dengan mereka2 yang hebat, walaupun diri ni tidak lah ada apa pun yang hebat, sesungguhnya semua yang terjadi adalah dengan izinMU jua
YA ALLAH.


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya, masa terlalu mencemburui jadi tak boleh nak bercerita panjang, biarlah gambar saja menceritakan segala nya
INI gambar kampong kak Noor dekat highway tu di Kedah Darulaman
Best tengok sawah padi yg menghijau..




DAH LAMA tak tengok pemandangan waktu magrib kat kampong
HU HU sedih lah pulak..




BERSAMA my kakak cornfirm sama sebijik kan heeee




DALAM 4 orang ni ada sorang yang pangkat BAPA SEDARA
TAPI dia yang asyik kena buli oleh anak2 sedara tu adoiiii 
Kalau ada yang pandai meneka cer bagitau yang mana satu bapa sedara tu?




LAST day kat airport ALOQ SETAQ 
Adik kakak yang datang hantaq semua nya muka takda yang manih..



KAT airport KL jumpa rakan FB yang tak jemu2 untuk berjumpa kak Noor setiap kali kak Noor balik kampong...



KAT LANGKAWI  tempat omputih dok bersantai




OMPUTIH nak bagi Tan kita ni takut hitam lah pulak
Pelik tapi Benar ni..




LANGKAWI yang cantikk







JAUH SANGAT lah nak sampai tempat Lang tu termengah2 makcik ni







AKHIRNYA sampai jugak kat atas tempat Helang tu
Tapi muka maintain masam je kan...
Letih lah tu..




BABAI  LANGKAWI 
Nanti pasti nak datang lagi
SEBAB nak beli pinggan mangkok yang adoiiiiiii
MURAHHHH....


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home