Puff Pastry Chicken Pie

Puff Pastry Chicken Pie


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Breakfast apa agak nya hari ni adik-adik kaknoor semua ya..
Pagi-pagi mesti ambil breakfast tau walau sesibuk mana pun kita, nanti kalau tak ambik breakfast, waktu tengahari memang terlajak makan nasi, kalau nak sepotong chicken pie ni pun boleh jugak ni.  
Chicken pie ni sebenarnya kaknoor buat sebab ada lebihan inti chicken pie, tapi malas nak buat pastri, korek-korek dalam petiais ada sedikit pastry puff ni jadi gelek-gelek lah untuk muatkan dalam bekas pie tu, nampak tak agak nipisss sangat crust nya kan, tapi best jugak banyak inti nya, untung siapa yang makan ni.






Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan 
  • Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
  • Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
  • Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
  • Tapi tetap sedap kan hahaha 


BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft

CARA
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
  • Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.



Nampak tak smile kat atas pie ni, ni sebab tak cukup crust nya tu lah, kalau ada pastry puff nya banyak boleh lah di tutup semua nya, ni ala kadar saja lah, untuk makan sendiri tak kisahlah tu.
Jom tuan tanah nak santap kejab haha..

20 comments:

  1. Replies
    1. Saya tak cukup sepotong,...minta tiga potong boleh, Kak Noor? :)

      Delete
    2. no hal Sue, minta satu free satu lagi nak tak??

      Delete
    3. hahahaaha farah, senang ckp tunggu kaknoor buatkan sebijik utk farah ok tkyah potong2 amikkk je sebijikkk hehee

      Delete
  2. sedapnya sarapan pie ayam pagi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap P sekadar mengalas perut mmg boleh lah dengan secawan kopi

      Delete
  3. Mak aii... elaborate-nya breakfast! Jeles saya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn jeles dear Nin meh sini nak bagi sebijikkk pie haha

      Delete
  4. Nampak mewah dan meriah pie Kak Noor ni. Tergoda selera saya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pie ni agak terlebih inti farah itu lah sbb nya, siapa dpt mmg untung sngt2

      Delete
  5. sedapnya chicken pie nyam nyam~ :)

    ReplyDelete
  6. Ini kalau kak zai dapat tak payah makan tengahari dah tapi satu yg besarlah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzai kalau dekat I nak bagi yg besar punya utk akak tapi apo dayo

      Delete
  7. belum ada kesempatan nak cuba buat nie... :-))

    ReplyDelete
  8. Kak noor..kalau nk wat ini tu xyah letak kiub ayam leh tak kak? tetiba mcm tingin nak buat...heheeh

    ReplyDelete
  9. nak skit.. lapar lah kak Noor tengok gambar makanan nih..

    ReplyDelete
  10. salam. akak.. boleh tempah tak? saya cari nombor akak x jumpa pun kat page ni,.. akak pls whatsapp saya 0192585190

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home