Kerabu Kaki Ayam Sedap Diratah

Kerabu Kaki Ayam Sedap Diratah


Assalamualaikum dan salam sejahtera adik-adik blogger semua nya.
Alhamdulillah hari ni ada sedikit ruang untuk mengupdate blog kesayangan ni.
Kerabu kaki ayam ada lah menu puasa baru ni tak sempat nak letak, jadi ini lah hari nya.
Kalau ada yang berpuasa sunat syawal boleh lah dijadikan menu berbuka petang nanti.
Memang sangat mudah, cuma nak mengopek isi kaki tu je agak lambat.
Tapi kalau dah tingin pasti boleh kan!!!!

Resepi ni kaknoor intai dari blog RESEPI CIKGU ANI dan kaknoor ubah sikit ikut selera family kaknoor, terimakasih utk Cikgu Ani di atas resepi nya.


 KERABU KAKI AYAM
Bahan-bahannya:
12 ketul kaki ayam - dibersihkan dan dipotong dua dan rebus
kaknoor buang tulang kaki ayam ni supaya senang nak makan.
1 biji bawang besar - dihiris nipis
11 biji cili api - dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk
2 biji tomato - dihiris
2 batang serai - dihiris nipis
1 biji limau nipis - diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan (nampla)
1 1/2 sudu makan gula
1 pokok daun sup - dihiris halus
1 pokok daun bawang - dihiris halus
 kaknoor tambah soon, bunga kantan, garam dan gula sikit.
 Cara-caranya:


  1. Masukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk.
  2. Sejatkan kaki ayam.
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidangkan.


Kalau baru-baru kita gaulkan memang sedap sangat di ratah ni, tak sedarp habis semangkok kerabu, pertama kali kaknoor buat ni memang sedappp sangat, esuk lusa pasti nak cari kaki ayam lagi dan buat macam ni....

14 comments:

  1. Nak try makan kaki ayam tapi tak lalu lagi, Kak Noor.,. padahal hubby n anak2 punya la suka mkn lebih lagi kalau dalam sup

    ReplyDelete
  2. Bunda pun samalah dengan SB k noor...belom pernah try kaki ayam...belom boleh terima tekak ni...tapi tengok resipi tu macam sedap jer...

    ReplyDelete
  3. ini betul-betul rare kak noor! ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  4. Assalam..

    selamat hari raya kak..

    sedapnyer kaki ayammmmmmmmmm..favvv.. nak2 kalo masak kicap kering..pekat2...yummyyyy :p

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum
    hi singgah sini
    sory hr nie bz x sempat nak BW

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya, kak..

    boleh dicuba ni, ada stok kaki ayam..

    ReplyDelete
  7. ermmm sedapnya..terliur pula..nanti boleh try buat ni..

    ReplyDelete
  8. rajinnya akak mengopek isi kaki ayam tu...jenuh juga tu

    ReplyDelete
  9. salam lebaran kak..btul2 menggoda ni..huhuuu.suke banget kaki ayam tuh

    ReplyDelete
  10. Kak zai tengok macam sedap aje tapi masaalahnya kak zai tak makan kaki ayam

    ReplyDelete
  11. Biasa kaki ayam SA buat sup je...

    ReplyDelete
  12. serius wana terliur tenok kerabu kaki ayam tu..alahai, lama tak makan..sob..sob..nak datang umah kak noor la bleh??? :)

    salam aidilfitri dan maaf zahir batin dari wana..

    ReplyDelete
  13. sedapnya kerabu kaki ayam ni...belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home