Bubur Som-Som Pandan

Bubur Som-Som Pandan


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ni bermula dengan resepi dessert yang manis dengan gula melaka ni.
Ada yang suka tak? Tapi jangan lebih-lebih manis tau yang sederhana itu ada lah 
TERBAIK YA DAK!!
Resepi ni kaknoor intai dari KAK ROSE sebab tengok mengancam sangat. Untuk Kak rose izinkan kaknoor letak resepi diblog kaknoor ya halal tau..




BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras 
100 g tepung jagung 
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air 
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa 
sedikit pewarna hijau - opt 



SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka 
1000 ml air 
2 helai daun pandan - disimpul 

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan. 
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup. 
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka





Biarlah gambar ni berbicara ya betapa sedap nya bubur som-som pandan ni.
Kalau air gula pekat-pekat lagi best manis memikat sangat.
Tapi awas jangan terlebih manis tau..

30 comments:

  1. seksi nyer bubur som-som nie...kekekek...terliur kiter kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana seksi nya tu idzwa aduhhhh utk 18x ke ni haha

      Delete
  2. OK bubur som-som ini kakak boleh buat KakNoor
    Cuma nak buat cecantik macam KakNoor tetaplah tak termampu:)
    Buka puasa dgn ini best juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa je pun kakzakie tklah secantik mana pun ada lgu yg hebat yg buat kaknoor pun geramm hehe

      Delete
  3. sedapnya kak noor, saya ada buat tapi tak secantik kak noor buat, dah teringin pulak tengok resepi kak noor nih, boleh masak lagi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tak penting sangat Azra yang penting rasa nya kan, gambar hanya jamu mata je tak kenyang pun kann

      Delete
  4. Begini rupanya ye sedap nampak kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak buat macam2 rupa BabyP ikut kreativiti sendiri lah

      Delete
  5. cantiknya akak buat...nampak perfect sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo thanks ya dear Ida ini lah buat sayang sangat ni kat Ida sbb selalu puji kann

      Delete
  6. sedap nya!
    aduiii meleleh ayaq liuq.. nyum nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan air liur meleleh macam air gula merah tu dah lah Ietams ya heheee jgn marah tau kaknoor gurau je

      Delete
  7. seriusly...tgk gambar boleh terliur..oooo...sgt cantik edit pic,,hehe camera ape tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Sakura adoiii terangkat terus naik ke atas ni
      kaknoor guna Nikon D3100 je dear

      Delete
  8. Aaaaaddooiiiii... sedapnya bubur somsom makan sejuk sejuk time cuaca panas niiiiiio... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap makan waktu panas2 ni En OZ cakap pun tak guna...

      Delete
  9. Teringin nak buat..
    Bila lah nak rajin mcm kak noor ni ;)

    ReplyDelete
  10. Terliur tengok nor punya som som. Kak Zai suka makan selalu buat bulan puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tingin sngt kakzai bulan tk posa pun hentam saja lah

      Delete
  11. dulu 2 ke 3 thn dulu dana penah nk bt sndiri bubur sum2 tp tak jd heheheh pastu smpai skrg tak penah cuba lg... teruk kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiii dah lama snagt tu Dana mesti kena try lagi ni, insya ALLAH kali ni pasti menjadi

      Delete
  12. Baru 2 hari lepas bunda buat bubur som som ni... tapi hak yang putih santan jer...

    Lain kali nak buat hijau pandan pulak...mesti lagi sedap .. sebab wangi pandannya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Bunda kalau yg hijau ni lagi wangi sbb ori pandan
      putih pun sedap jugakkk santan lemak2 manis mmg terangkat tu

      Delete
  13. sungguh cantik dan kreatif gambar yg diambil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. timakasih Kam di atas pujian nya alhamdulillahhh
      Idea sendiri tapi izin Allah jugak ye dak

      Delete
  14. bubur tapi cem puding.. ke mmg gitu ? ngeh2.. hampunkan patik tak tahu..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak Noor manis...
    Terliur lihat bubur Som som kak Noor..terasa dah kat tekak kesedapanya tu..biasa makan yang warna putih saja..yang ni lagi best..ada aroma wangian pandan tu..the best kak Noor..πŸ˜‰

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home