Kacang Pool Lagi

Kacang Pool Lagi


ASSALAMUALAIKUM
Semoga sihat walafiat hendaknya adik-adik kaknoor ya
Hari ni kaknoor nak kongsi lagi resepi kacang pool ni
Tapi dah nama nya orang yang dah tak muda ni kan..
Terlupa la pulak nak buat telor mata tu jadi kena lah buat sendiri kalau ada yang nak ikut resepi ni
hahaha




Resepi Kacang Pool
Bahan-Bahan:
1 tin kacang foul/pool
400gm daging kisar @ 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris 

telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Kalau suka boleh jugak letakkan serbuk cili untuk pedaskan inti ni.  Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.



Takde telur mata pun dah sedap kacang pool ni, maka nya maktok terlupa nak letakkan telur mata
Ok jugak tu sekurangnya taklah terlebih kolestrol kan..




Makan roti ni kena santai-santai waktu panas selepas siap terus santap
Memang terlajak laris ni dua keping memang tak cukup rasa nya ni..




Lagi pedas lagi best ni sebab tulah kaknoor letak variety of chillies disini..







Alhamdulillah dah kenyang ni, ada yang belum breakfast ke ni!!
Meh lah singgah rumah kaknoor ya boleh jugak merasa kacang pool yang takde telur ni
Salam ceria dari kaknoor :) babaiii...


23 comments:

  1. Salam KakNoor.. baru jg habis sarapan makan nasi kuning + teh.. sedapnya kacang pool tu kak.. jarang dpt makan... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Atie
      Wah nasi kuning pun sdp tu
      Kalau kaknoor mesti + kopi hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Rasa pun sedap Eyda terangkat letak bnyk cili

      Delete
  3. Tak pernah makan kacang pool ni kak noor.macam popular je menu ni tgok byk blog dok update pasal kacang pool.nk buat sndri macam tak berapa rajin la pulak.hihi

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan kacang pool ni kak noor.macam popular je menu ni tgok byk blog dok update pasal kacang pool.nk buat sndri macam tak berapa rajin la pulak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Pk makan sekali mmg nk lagi dan lagi
      Trylah buat bukan susah pun
      Kalau nk seribu daya PK kann yedak

      Delete
  5. baru tgk Mawi makan roti cicah kacang pool Haji dlm Taste Selebriti...bubuh telur goyang sebiji..

    sedap gak buat style sandwich mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg buat dia kan Nohas boleh saja ikut selera sendiri nk huat pesen mana pun, selera dtangan tukang masak kan hahaha
      Kalau ada telor mmg power lagi ni

      Delete
  6. Tau dah mesti sedap! hihihi aina pun x pernah cuba lagi kacang pool ni kak Noor. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk cuba tk tau Aina
      Cepat cari kat restoren dulu
      Lepas tu baru buat kat rumah pulak
      Mesti nak lagi lepas tu

      Delete
  7. Mujur dah merasa kat Segamat Rel Restoran tu Kak Noor..
    Kalau tidak kecur air liur
    Nak buat sendiri tak rajin lagi macam kak noor hihhi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii tk rajin ke yatie
      Kalau gitu kaknoor sorang je yg rajin buat ni kan
      Dah berkali2 buat sbb tkde tempt nk makan disini trpaksalah rajinkan diri

      Delete
  8. Nampak sedap. Kak Noor, boleh saya tanya? Kacang pool to kacang jenis apa? Saya intai-intai kat supermarket tak jumpa plak kacang pool.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang pool tu kacang parang PH
      Banyak jual di supermarket
      Bentuk nya agak bulat kalau dibandingkan dengan kacang panggang yg agak leper
      Cuba lah cari PH

      Delete
    2. Oh...kacang parang! Terima kasih Kak Noor. Nanti PH pergi cari. Tak sabar-sabar nak cuba resipi ni.

      Delete
  9. salams kak nor, intai resepi kak nor:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Miza
      Silakan intai resepi mana yg suka
      Halalan toiyiban

      Delete
  10. Assalam Kak Noor,
    waduh lama juga kita tak makan kacang phool..
    terliur pulak tengok yg kak noor masak ni..:)

    ReplyDelete
  11. Saya pernah sekali makan kacang pool, tapi yang mcm berkuah sikit. Cicah ngan roti.

    ReplyDelete
  12. KakNoor nih! Saja tau pelawa tak ikhlas. Mana nak singgah breakfast kalau dah jauh kat Brunei nun! Nanti kalau saya terlajak ke Brunei, nak carilah KakNoor ni. Nak makan sedap! Hahaha!

    Saya dah makan kacang pool ni tapi takdalah menjadi kesukaan sangat. Saya pun sukalah kalau kacang pool tu besar macam ni, lagi best rasanya!

    ReplyDelete
  13. Uih, igtkan kacang pool tu mcm ais kacang --' rupanya cam baked bean tu :)

    ReplyDelete
  14. sedapnya kak. biasa saya makan kat putrajaya, outlet haji apa tah yang original from muar. mmg sedap, tp portion sikit, tak cukup 1. order 2 terus. hihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home