Resepi Churros Lembut Hingga Ke Petang

Resepi Churros Lembut Hingga Ke Petang

Assalamualaikum dan salam jumaat 
Jumaat lepas bermusafir di Key El 
Jumaat hari ni dah berada di rumah sendiri
Cepatnya masa berlalu macam baru je balik dua tiga hari.
Itu lah dunia sekarang ni sangat terasa cepat dan pantas

Berbalik pada resepi hari ni 
Jom tengok kaknoor baru terjumpa resepi dari pinterest
Asalnya memang dari orang putih lah 
Kaknoor merajinkan diri translate harap bermanafaat ya

Homemade Churros
Bahannya
1cawan air
5 sudu besar mentega (kaknoor guna Anchor)
1sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1 cawan tepung gandum
3 biji telur gred C (kalau gred A cukup 2 biji saja)
1 sudu kecil esen vanilla
4 cawan minyak untuk menggoreng

Bahan salut
1/4 cawan gula caster
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis 

Caranya
Pastikan ada piping bag dan nozel churros ya.
Dalam periuk masukkan air, mentega, gula dan garam. Kacau sehingga mentega mendidih tutup api, masukkan tepung kacau lagi sampai jadi doh, masukan dalam mixer dan biarkan sejuk selama 5 minit.  Dalam mangkok lain pukul telur dan vanilla dalam 2-3 minit kemudian masukkan dalam mixer doh dan putar sehingga adunan licin. 
Masukkan adunan dalam piping yang bernozel, panaskan minyak kemudian tekan lah adunan churros tadi, ikut selera sendiri nak panjang ke atau nak sekadar bites supaya senang nak makan.  Gorenglah sehingga kekuningan angkat dan salutkan dengan gula yang telah dicampurkan dengan kayu manis.  Boleh jugak dimakan dengan coklat. 

 
Ini adunan yang telah siap dimasukan tepung, nampak kan agak kental lah..

 
Telur yang telah diletakkan sedikit vanilla (ini telur besar cukup 2 biji jgn lebih nanti lembik pulak)

 
Macam lah rupa nya adunan doh tu setelah diputar bersama dengan telur tadi. 

 

Dah siap churros kita kan, terlupa lah pulak nak ambik gambar masa sedang menekan dan menggoreng, biasa lah tu kan orang tua mudah lupa haha, kaknoor buat churros bites jugak sebab cucu kaknoor suka sangat, rasa nya lebih kurang Auntie Anne maka nya Iman suka dengan churros ni. 

 

Ini lah churros yang paling lembut dan sedap pernah kaknoor buat selama dok membaking ni, adik-adik mesti simpan resepi ni mana tau suatu hari yang rajin nak buat sendiri kan!! Confem lembut sehingga kepetang tau!!

 

Churros dan Min Kaffe tu digandingkan bersama alangkah bahagianya rasa hehehe

 

Model tak asing lagi untuk maktok hari ni Iman lah kan 
Peminat setia churros maktok, sampai satu mangkok churros bites ni dah masyuk dalam perut Iman 😂 
Ok lah happy weekend semua nya...

29 comments:

  1. Wah...tengok Iman makan, nenek pula yang menelan airliur ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimaaksih kakcik sudi singah sini
      Tapi kesian sampai menelan air liur la pulak

      Delete
  2. wuuu,,,,,Nampak sedappp T.T Boleh minta buat takkk huhuhuuu

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sila Nor mesti sedap ni gerenti insya Allah

      Delete
  4. Tengok yg bergolek-golek tu yg tahan mata memandang KakNoor:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam balak je kan kakzakie yang bergolek2 tu
      kalau dekat nak lah bagi dua tiga balak ni kakzakie

      Delete
  5. Replies
    1. memang sedap sangat dear Saridah first time rasa churros yang best sangat sebab lembuttt

      Delete
  6. selalu beli kena yg terlampau berminyak..
    sedapkan..churros bergula + serbuk kayu manis..yg Auntie Anne, bila sejuk jd liat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nohas NTN agak liat kalau sejuk kan
      tapi alhamdulillah yang lembut
      boleh lah try nanti letak serbuk kayu manis sedappp

      Delete
  7. Terror, Kak Noor! Saya peminta churros tapi tau makan aje. Kalau nak buat tu, lembap sket hee..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "peminta" pulak (memang pun nak mintak), maksud saya "peminat". Sori ye, tersasul jap..

      Delete
    2. PH sekarang dah ada resepi ni mesti U cuba buat
      sebab kaknoor tau U rajin sangat mencuba kan PH
      jangan lah nak minta pada kaknoor jauh sngt kaknoor nak kasi
      kalau dekat mesti kaknoor akan kasi U makan sampai kenyang hahaha

      Delete
  8. Resepi kak noor yang dulu tu pernah try jugak, kebetulan pagi tadi en.suami tanya pasal chorros boleh lah try cara ini pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohyake
      cer try resepi ni lagi Ati mesti ada beza cikit sbb lebih lembut
      yang dulu bila kita masuk piping beg nak tekan agak keras kan
      tapi yang ni lebih lembutttt

      Delete
  9. sedapnya lah kak noor... dana amik resepi dh banyak kali tp ntah bile nk try bt heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh Dana resepi ni Dana mesti amik dan buat tau
      rugi tak merasa yang sedap dan lembut ni

      Delete
  10. Assalamualaikum...kak noor...iman yg comel...dah tak bam2 iman nampaknya..
    Tak pernah lagi buat churros ni..pertama kali makan churros ni di Denmark..memang sedap!sekejap je licin semangkuk...
    Bila tengok churros kak Noor..terdetik di hati nak membuatnya untuk minum petang ni..tq kak Noor share recipenya...

    ReplyDelete
  11. waalikmuislam Liha
    mmg dah tak bam bam maktok ni Liha
    kecik2 je dia bam bam skrg ni adik dia lagi yg bam bam
    boleh lah try resepi ni Liha
    kaknoor rasa resepi ni lebih baik dari yg sebelum nya

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Kak Noor.

    Bila tengok si kecil tu makan. Teringin juga dibuatnya.
    Insha-Allah, nak cuba jugalah membuatnya suatu hari nanti. =)

    ReplyDelete
  13. Waalikmusalam Faarihin
    Mesti cuba suatu hari dear
    Mmg sngt sdp dan lembut

    ReplyDelete
  14. Mek tk de yg nk tekan tekan tu. Klau tk bleh buat :) sedapnya nmpk iman mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Mek tkyh buat beli je
      Tpi kalau nk belajo buat no hal lah
      Kena beli piping dan nozel dulu lah

      Delete
  15. Alahai untungnya jadi Iman. Teringin makan, sebut ajelah dgn nenek chef. Confirm petang dah ada atas meja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nk jadi cucu maktok ni ke Hainom ??
      Boleh aje meh sini
      Minta lah nk minta apa pun pasti ditunaikan
      Hehe

      Delete
  16. As salam, hari ni nak try buat churos ikut resepi yg puan nor bagi .... terima kasih bagi resepi ni...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home