All About

Good Food

Assalmualaikum dan salam sejahtera
Resepi mudah kaknoor nak kongsikan disini

 

 

Breakfast ๐Ÿ˜€#cempedakbuangbiji #saluttepung #gorengrangup #nyaman ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜„๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘๐Ÿป

Resepi mudah je pun
Tepung gandum secukupnya 
Air sejuk petiais secukupnya
Sedikit garam & kunyit
Mentega 1 sudu besar
Campur semua blend agak2 kepekatannya
Biar bersalut jgn cair jugak jgn pekat sngt
Sedang2 gitu
Panaskan minyak buar tengelam cempedak tu bila goreng, gorenglah lah sehingga rangup dan keperangan. Toskan biar betul2 kering minyaknya.
Lepas tu sorru lah kannn๐Ÿ˜„๐Ÿ˜€๐Ÿ˜‰

 

Selamat santai
Assalamualaikum dan selamat petang
Hari ni kaknoor nak kongsi kan resepi berpantang lagi
Ada tak yang pantang tengok!!!!
Hahaha

 

 

Bahan nya
1 ekor ikan haruan dibersihkan /perap lemon dan potong
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
7 biji kurma merah ditumbuk kasar
1 labu bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris kecil panjang
Garam, perasa dan daun sup 
Air secukupnya
Sedikit Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga 

Caranya
Panaskan minyak jagung dan tumis lah rempah2 kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, masukkan bahan hiris dan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan ikan haruan dan kurma merah, kacau biar sebati dengan rempah2 baru lah dimasukkan air ikut kepekatan  masing2. Tambahkan dengan lada hitam, garam dan sedikit perasa.  Bila dah lembut ikan haruan tutup api dan taburkan dengan daun sup. Sedia dihidangkan..

 

 

 

Ada tak disini yang akan berpantang?  Atau sedang berpantang? Atau yang pantang tengok? Hahaa rasa kaknoor mesti ramai yang pantang tengok kan sup ikan haruan ni. 
Bagus tau sup ni selain mempercepatkan luka2 dalaman kurma merah dalam sup ini jugak boleh membanyakkan susu pada ibu-ibu yang didalam pantang ni...


Selamat petang dan assalamualaikum utk semua yang masih sudi singgah di blog kaknoor. Hari ni nak jamu mata kalian dengan orkid-orkid kaknoor yang sedang rancak berbunga sekarang ni.  Dah lama sebenarnya orkid ni tapi itulah bila dah sibuk-sibuk tu tak terjaga tapi alhamdulillah sejak di ambil perhatian semula dengan letak sikit baja bunga dan disiram hari-hari pagi dan petang, orkid-orkid ni dah mula berbunga semula Alhamdulillah kan tak perlu jaga sangat pun yang penting siram air dua kali sehari . 

Jom ikut kaknoor tengok orkid garden kaknoor , ini sebahagian yang berbunga lah, yang tak berbunga pun masih ada lagi hehe

 

 

 

Orkid ni agak giant dari yang lain kalau nak tau memang terlebih besar dari tapak tangan kita tau!!!

 

 

 

 

Alhamdulillah ini je pun yang berbunga pada masa ni, lepas ni kena letak baja lagi dan siram lagi mudahan ada lagi yang lain yang ikut berbunga.  Yang best orkid ni tahan lama bila sesekali berbunga puas lah jamu mata dengan kecantikkan nya.. 


Assalamualaikum dan selamat malam semua!!
Hanya nak kongsikan dah seminggu berlalu 
Cucunda Muhammad Umair dilahirkan 
Alhamdulillah semoga bila besar nanti menjadi insan soleh
Kebanggaan keluarga agama dan tanahair 
Amen ya robbal Alamennn 

 

 

 

 

Cukuplah ya untuk tatapan kakak - kakak, aunty - aunty,  nenek-nenek selamat malam dan semoga gumbira selalu ya
Jumpa lagi next entry !!!


Assalamualaikum dan selamat malam semua!!
Hanya nak kongsikan dah seminggu berlalu 
Cucunda Muhammad Umair dilahirkan 
Alhamdulillah semoga bila besar nanti menjadi insan soleh
Kebanggaan keluarga agama dan tanahair 
Amen ya robbal Alamennn 

 

 

 

 

Cukuplah ya untuk tatapan kakak - kakak, aunty - aunty,  nenek-nenek selamat malam dan semoga gumbira selalu ya
Jumpa lagi next entry !!!



Selamat petang
Salam sejahtera untuk semua nya
Dah petang rupa nya ya
Dah time ngopi ni, apa agaknya teman sang kopi// teh kalian ya
Bagi kaknoor dah jatuh cintan cintun dengan kuih limas//tepung pelita ni.
Dah tiga kali buat baru dapat update hahaha




Kuih Tepung Pelita Asli
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya

Terimakasih untuk pengumbang resepi AZIE KITCHEN memang sedap dan lembut sangat kalau ikut resepi ni, mesti nak try berkali2, izinkan kaknoor letak di blog ya AZIE resepi ni..




Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.





Ini sikitttttt derhaka dari asal sebab ada jagung jadi letak lah kan sedap jugak tambah manis dengan di jagung manis tu




Kali ke3 buat ni memang tak derkaha lah tak baik kannn
Polos memang sedappp




Sambil santai2 waktu petang gini memang sedap ni layan kuih tepung pelita ni..




Yang pasti mesti nak buat lagi dan lagi dan lagi..
Dah tua2 gini baru lah nak merasa kuih asli ni rugi kannn
Pada yang lain mesti cuba tau, mudah sebenarnya kalau suka...



ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat pada semua yang masih sudi kesini
Hari ni kita nak cepat jadi resepi periuk noxxa ni memang terbaik lah
Memudahkan segala kerja-kerja kita.



Ini nasi lemak pandan kaknoor yang dimasak dalam noxxa, resepinya macam biasa cuma kita masukkan dalam noxxa dan mengambil masa hanya 5-7 minit je untuk masak bergantung pada beras yang kita guna kan lah..




Nasi kerabu bunga telang jugak kaknoor masukkan dalam noxxa mudah dan cepat hanya 7 minit je dah boleh makan..



Ini pulak kuah tumis untuk nasi kerabu kaknoor stir fry dulu lepas tu baru masukkan bahan lain dan HP 15 minit, lagipun bila masukkan dalam noxxa ni kuah tu tak merecik kesana sini, dan kalau merecik pun hanya dalam noxxa je tklah kotor dapur kita  kan..



Ini marble kek kaknoor belum pernah try lagi, insya ALLAH soon lah tunggu tak sibuk mesti nak try semua kek dan kuih yang mana boleh di masukkan dalam noxxa ni..




Sebenarnya banyak lagi resepi yang boleh di olah dalam noxxa ni, cuma kita kena berani try dan error lah, lagipun kita yang nak makan kan, mesti kena ikut selera sendiri..



Ini lah periuk noxxa kesayangan ramai tu. siapa yang belum ada kat rumah elok sangat beli benda ni, walaupun agak mahai cikitttt je berbaloii sangat pada yang suka masak, tapi tak cukup masa, noxxa lah jawapan nya...



Selamat petang dan salam kamis
Lagi terjumpa resepi menarik dipinterest
Jom kongsi-kongsi tengok
Kalau rajin jangan lupa mencuba tau!!
Mesti tersangat lazat ni 
Tengok gambar pun dah tau kan!!

 

 

 

 

 

Ok selamat menjamu mata lah ya
Kalau ada yang tak tahan bolehlah ke bakeri berdekatan
Mana tau ada yang seakan macam ni kann 
Bolehlah menjamu selera..


Assalamualaikum dan salam rabu 
Hari ni kaknoor dah start memasak menu berpantang
Untuk anakanda kaknoor, tapi rasanya satu family pun makan menu jugak sebab dah malas nak masak yg lain sabo je anak2 mama yg bukan dalam berpantang haha..

 

 

Kaknoor ikut cara kaknoor sendiri lah dalam mengolah masak kunyit ayam ni, sebab kita yg nak makan kan, tapi asas nya kaknoor tetap ikut dalam buku chef Sue Arukin. 
Semua bahan main agak2 je

Bahan yg kaknoor gunakan adalah ayam yg telah dipotong kecil, bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam diblender sehingga halus. Masukkan sedikit minyak dlm kuali tumislah bahan kisar, tambah serai yg diketuk dan ayam, perisakan dengan air asam jawa, garam dan sedikit gula, boleh tambah air kalau nak lebih kuahnya. 

 

Mudah sangat ayam masak kunyit ni, sesekali makan macam ni memang bertambah nasik, ini bukan lagi orang yang berpantang makan, yang tak pantang pun kebas jugak haha...

Alhamdulillah pepagi tadi kaknoor di kejutkan dengan berita kelahiran cucunda kedua, adik Iman lah tu, nampaknya kali ini pun baby boy jugak, kawan Iman berkuntau lah tu nanti kan, memang busy sangat hari ni jom layan gambar je lah ya lepas ni kena jadi tukang masak pulak ni..

 

 

 

Alhamdulillah jugak kaknoor ada buku utk Ibu dan Anak ni, bermacam2 resepi dalam pantang dan menu utk anak2 terdapat dalam buku ni, terimakasih chef Sue Arukin yang telah menghadiahkan buku ni semasa datang ke Brunei baru ni, macam tau kaknoor perlukan menu2 berpantang untuk anakanda kaknoor kan...

 

Ini lah chef Sue Arukin yang kaknoor cakap tu. Masih muda belia kann..

 

Cucunda Iman disuruh promote buku tapi ditutup lah pulak

 

Sampai dah masam muka Iman shooting maktok belum siap

 

Memang berguna sangat buku ni untuk yang berpantang sebab dalam nya terdapat resepi yang sedap-sedap selain dari  resepi biasa yang kita tau sup ayam halia je kan, kalau ikut resepi dalam buku ni mesti orang berpantang akan sihat kembali.  Abaikan model muka masyam tu ya...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home