All About

Good Food


Assalamua'laikum warahmatullah
Salam sejahtera pada yang masih sudi singgah lalu di blog ni
Tuan tanah blog ni ON OFF je ikut KEBIZIAN yang tak bertahap dah
Walaupun kadangkala keliru dan pilu ku gagahi jugak mengupdate blog ni
BERSABAR semoga ALLAH merahmati kita semua walau apa pun situasi yang kita hadapi.
Resepi hari ni yang dah beberapa hari yang pasti memang bukan hari ni
Nasib baik ada gambar sebagai bukti pernah buat sandwich telor ni hehe..



Bahannya
Roti wholemeal secukupnya ( gardenia putih biasa pun ok )
3 biji telur rebus dan hancurkan
1/2 batang carrot dihiris halus *takde stok
Beberapa lembar daun salad 
mayonis ikut sesedap selera anda
Kalau kaknoor memang suka agak banyak dan semestinya letak dalam 4-5 sudu utk 10 keping roti
sedikit lada sulah atau lada hitam serbuk
garam dan gula secukup rasa
boleh letak cheese slice jika ada stok
Kalau takada cheese slice pun ok je sandwich kita masih sedap dan lazat

Caranya
Gaulkan semua bahan-bahan inti sandwich, kecuali salad
Dah secukup rasa sapukan di atas roti dan tutup dengan sekeping lagi roti
Letakkan salad dahulu diatas roti tu, yang suka tomato boleh jugak letak tomato panggang
Untuk yang guna cheese letak  cheese sebelum inti nya ok
Susunlah ikut kreativiti
Sedia untuk di nikmati.




Yang tak suka salad boleh abaikan ya, kalau kat rumah kaknoor kalau salad macam ni memang tak lama dalam petiais sekejab saja hilang, ada yang pakai untuk ulam, ada yang guna untuk nasi goreng lah, pendekata memang laris kalau salad macam ni..



Memang kenyang kalau dapat sandwich kaknoor ni sebab penuh dengan filling yang banyak sebab kita yang nak makan kan, memang letak ikut selera hati..




Masa ni takde salad jadi agak kurang lah hijau nya
Yang tak suka sayur memang tak kisah lah kan..




Selain telor rebus kita boleh jugak buat scramble egg, bancuh telor dengan sedikit susu segar, letak sedikit perasa atau garam, cara nya sama jugak dengan yang di atas tu..




Anak bungsu kaknoor memang suka sangat dengan sandwich macam ni, lagipun senang nak makan tak kotor tangan, tapi kalau untuk makan kat rumah kaknoor akan potong dua atau empat, lebih kecil, lebih mudah untuk makan..




Pada yang suka yang simple dimple macam ni bolehlah try, sebenarnya campuran telor dan mayonis tu boleh kita buat malam kalau untuk breakfast, sebab adunan tu akan lebih mesra lagi bila kita letak kan atas roti esuk pagi nya, tapi kena lah letak dalam petiais ya, jangan letak di luar pulak nanti Masyam pulak jadi nya...



Assalamua'laikum warahmatullah pada semua yang sudi singgah di blog kaknoor ni
Alhamdulillah malam ni ada sedikit kesempatan untuk mengupdate blog usang ni
Menu yang mesti ada setiap hari di rumah kaknoor sebab Big Boss suka sangat sambal ni
Disebabkan Big Boss tak suka dengan udang kering, gatal kata nya hehe, jadi kaknoor guna bilis lah
Pada yang tak gatal tu boleh lah guna udang kering lagi best rasa nya..





Kalau ada yang kurang suka pedas boleh lah kurangkan kuantiti cilipadi tu ok
Tapi bagi kami kat rumah yang hantu pedas ni, kalau cili macam ni memang biasa dah..




Antara bahan yang kaknoor guna untuk Sambal Penyet ni adalah
Cilipadi yang bermacam-macam warna, merah, hijau dan kuning
Banyak nya terpulang lah selera sendiri*yang ni stok seminggu ni
Beberapa ulas bawang merah dan putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering pun boleh
Sebiji buah tomato yang agak besar
1/4 cawan minyak bunga/minyak masak biasa

Cara nya memang mudah sangat pun
Kesemua bahan-bahan diatas tu kaknoor kisar, tapi jangan sampai halus sangat
Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua nya bahan kisar
Tambahkan dengan gula perang dan garam secukup rasa
Masaklah dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak
Dah agak pekat dan cukup rasa boleh lah di angkat dan biarkan sejuk
Masukkan dalam bekas yang sesuai, tahan disimpan dalam petiais selama seminggu 
Nak makan keluarkan je kan..




Yang suka belacan jugak boleh letak dalam sambal penyet ni
Kat rumah kaknoor memang banyak pantang, ada yang tak suka belacan, ada yang tak suka udang kering, jadi untuk selamatkan semua dan tukang masak tak letih, jadi terpaksa lah ikut majoriti lah
Walaupun sebenarnya tukang masak sangat suka belacan dan udang kering hahaa..



Bawang pun boleh jugak guna bawang besar kalau kebetulan takde bawang merah masa kita nak masak sambal penyet ni, memasak ni tak semestinya ikut sangat sukatan kan, sebab kita yang buat kan, jadi apa saja yang terlintas boleh jugak di letak dalam sambal penyet ni..
Kadang tu bila dah boring guna bilis kaknoor guna jugak IKAN TAHAI tak tau kat tempat lain ada ke tak TAHAI ni, tapi kalau kat Brunei memang banyak di jual, TAHAI pun sedap jugak buat sambal tau lebih wangi..

Untuk makluman IKAN TAHAI adalah ikan tamban yang telah di salai, kita ambil isi nya saja dan masukkan dalam sambal ni..





Alhamdulillah dah siap SAMBAL PENYET KAK NOOR




Sedap di colek dengan ulam timun ke carrot ke, atau apa saja daun kegemaran masing masing lah, kalau kat rumah kaknoor hari-hari mesti ada sambal penyet ni dengan ulaman segar di luar rumah, contohnya selom, pegaga, ulam raja, cekur, kemangi, misai kucing dan macam-macam lagi ulam kat rumah, tapi kadangkala malas nak keluar rumah berulamkan timun dan carrot pun jadiiii lah..



Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah bertemu lagi hari ni di blog usang kaknoor
Dah beberapa hari sepi tanpa update resepi kan!!
Hari ni semangat sikit sebab ada gambar baru dari anakanda di Leeds
Dah lama nak letak kat blog cerita dari Leeds ni tapi asyik sibuk je manjang
Kaknoor hanya dapat gambar - gambar sahaja, taklah tau sangat nak bercerita lebih-lebih
Kali ni biarlah gambar dulu berbicara ya
IN Shaa ALLAH jika di izinkan ALLAH tahun depan masa anakanda graduate boleh lah bercerita lebih lebih sikit bila dah jejak sendiri di Leeds ni, itupun kalau ada rezeki dan umur yang panjang.






Masa ni kat Brunei last day anakanda Madihah disini sebelum flight ke UK, dah sebulan lebih di Leeds baru lah mama nya bekesempatan menulis pasal Leeds ni..




Sepanjang perjalanan kaknoor ke UK dah beberapa kali, dan beberapa tempat dah pergi kat UK ni, bentuk bangunan nya macam sama saja kan, jenis bangunan yang lama-lama tu tetap di kekalkan..













































Kabar nya ini ada lah first Mark and Spencer di UK before di expand lagi besar
Kecik je kan!! tapi sekarang ni ya ampun pening kepala nak pilih barang..



Cukup dulu hari ni belanja gambar Leeds saja ok
Jumpa lagi esuk ke lusa jika ada kesempatan dalam kesempitan ni
Belum lagi dapat jejak kaki keLeeds ni tengok gambar je pun jadi lah kan..





Mama doa kan anakanda Madihah // Didi selamat di rantauan walaupun hanya bertemankan kawan-kawan se aliran sahaja, selamat belajar dari Mama, Bapa dan Kakak - kakak semua di Brunei, In Shaa Allah kalau ada jodoh dengan Leeds kita berjumpa nanti masa Didi graduation ok..
Fii Amanillah dari kami semua...



ASSALAMUA'LAIKUM WARAHMATULLAH
Pertama kali masak Ayam Madras dan Kambing Madras memang tak menghampakan
Sebenarnya kaknoor hanya nak mencuba je, cari cari resepi terjumpa kat Pinterest, memang SEDAP GILER resepi ni, lagipun semua rempahnya homemade  di goreng tanpa minyak dahulu  seperti, jintan putih dan ketumbar. Kalau beli yang ready made yang dah jadi serbuk kaknoor memang tak suka sebab kurang wangi, jadi nak yang sedap kena lah goreng dan kisar sendiri.



Untuk resepi Roti Puri boleh lah ke SINI RESEPI ROTI PURI



RESEPI AYAM MADRAS

Bahan nya
1 ekor ayam dipotong (curry cut) dan bersihkan
3 biji cili hijau dipotong 1"
5 sudu besar minyak masak
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dihiris nipis
1 inci halia di hiris kecil panjang
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar yogurt
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil garam masala
300gm tomato di dadu kecil
secukup nya garam

Cara nya
1.  Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2.  Tunggu sehingga rempahnya keluar aroma masukkan bawang besar.
3.  Goreng sehingga keperangan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
4.  Kemudian tambahkan cili hijau, halia dan bawang putih dan gorenglah lebihkurang seminit.
5.  Tambahkan serbuk cili, jintan putih, ketumbar, kunyit dan garam dan kacau biar sebati.
6.  Bila dah wangi dan sebati tambahkan ayam, tomato dan yogurt  dan kacau rata.
7.  Masak lah sehingga mendidih dengan api yang sederhana sehingga ayam masak.
8. Akhir sekali masukkan serbuk buah pala, garam masala dan sedikit gula merah *optional 
Kaknoor suka rasa nya yang agak sempurna, maksud nya semua rasa ada kat sini, Masin, Manis, Pedas dan Berempah..
9.  Bila ayam dah cukup masak boleh lah diangkat dan hidangkan dengan roti atau nasi terpulang lah.



Pastikan bawang nya digoreng sehingga betul betul perang tau!! 
Sebab akan mempengaruhi rasa Ayam Madras kita nanti.


Kalau nak rasa yang lebih spicy boleh tambahkan serbuk cili dan pastikan tambah jugak serbuk jintan  ya baru lah seimbang rasa nya, kalau tak berat sebelah memang tak sedap...



Kalau ada yang suka letak tomato puree yang dalam tin tu pun ok jugak, tak payah lah nak potong2 lagi, tapi kena agak agak lah ya..



Resepi asal yang kaknoor ikut ni tak letak yogurt, tapi kaknoor memang suka rasa yogurt jadi kaknoor letak lah dalam 3 sudu, memang tak menghampakan semua yang makan cakap sedap sedap haha kembang lah makcik ni kan..



Begini lah bila dah semua nya di masukkan, agak berkuah sebab tujuan asal masak Ayam Madras ni nak cicah dengan Roti Puri, boleh kurangkan lagi kuah ni, hanya renihkan dengan api yang perlahan ok.



Sebab ada yang teringin nak makan Kambing jadi Kambing ni pun di Madraskan jugak lah haha
Tapi agak kekuningan sikit, kaknoor hanya kurangkan serbuk cili je sebab yang nak makan Kambing ni tak suka pedas jadi agak Mild lah rasa nya, tapi masih ada ummphh sebenarnya Kambing Madras yang licin dulu hehe..




Nampaknya sebulan 2x buat Roti Puri ni, memang sedap sangat lah tu kan, sila kan pada yang nak mencuba memang berbaloiii




Gini lah rupa Ayam Madras Kak Noor mesti ada yang tertelan air liur dah tu




Kambing Madras memang sedap sangat licin oleh pelanggan kaknoor hari tu hehe..



ALHAMDULILLAH, bila semua kata sedap Ayam Madras dan Kambing Madras di makan bersama Roti Puri ni, tukang masak pun happy sangat, hilang segala penat lelah di dapur..


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH WABARAKAATUH
Salam sejahtera untuk semua nya
Lagi dessert simple yang kaknoor nak kongsikan
Dah banyak kali buat Cream Horn ni memang sedap
Boleh lah cuba pada yang suka ok..
Jom tengok resepi di bawah..





Bahannya1 peket puff pastri KAWAN atau jenama apa pun boleh
1 tin susu cair
1 tin air
5/6 sudu besar tepung kastad
gula secukup rasa

Cara membuat kastad
Susu, air, tepung kastad dan gula di kacau sampai larut. Masak di atas api dengan menggunakan api yang perlahan.  Masak sehingga pekat dan tak berketul jugak berkilat.

Cara membuat horn
Ambil sekeping pastri,  gelekkan biar agak nipis, potong 3 bahagian.  Ambil satu bahagian, balutkan di horn mould, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 15-20 minit dengan suhu 150'C atau sehingga kekuningan.  Dah masak keluarkan dari mould, isi kan dengan kastad, cream horn sedia untuk di nikmati. Best sangat untuk minum petang tak sedar dua tiga horn dah lesap hehe..



Ini gambar mould tu ikhsan dari Google





Kita boleh saja ubai suaikan cream nya tu, terpulang selera nak letak nutella ke, kekacang apa apa yang ada kat rumah, disini kaknoor letakkan nutella dan badam sikit khas untuk chef haha..




Boleh jugak letak peanut butter kalau ada yang suka manis tu, selera di tangan memasing lah kan..




Cream Horn beraksi sebelum di santap oleh pelanggan..




Lagi sessi jamu mata biar korang jemu tengok Cream Horn ni hehe




Lagi Close Up yang Chef besau punya ni..



Serumah tapi selera semuanya tak sama, jadi terpaksa lah buat versi polos macam ni dan versi nutella dan kekacang, boleh buat pilihan yang mana satu idaman kalbu..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home