Nasi Ayam Safron Basmathi

Nasi Ayam Safron Basmathi


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama buat nasi ayam basmathi ni selepas nasi biryani dulu
Dah pandai menggunakan kaedah dan cara yang betul basmathi tu
Teruslah di praktis untuk nasi ayam lagi..
Alhamdulillah nasi ayam nya sedap dan peroi

Resepi nasi ayam masih lagi sama yang pernah kaknoor masak dulu, cuma kali ni menggunakan beras basmathi dan sambal kicapnya di tambah cilipadi supaya lebih terangkat.



Nasi Ayam

Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak ayam
1.    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.    Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3.    Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4.    Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5.    Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6.    Angkat dan baru lah di potong kecil


Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras basmathi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
4 1/4 cawan air rebusan ayam
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Tips cuci beras basmathi
Jangan di gesel dengan cara gengam beras tu, cukup lah sekadar mengesel ketepi cooker or besen yang kita guna untuk mencuci, makna nya beras ni tak boleh di kasar, biar lah dengan cara lembut baru lah kita dapat hasil yang cantik.

Rationya jika 3 cawan beras 3.5 cawan stock atau kurang  untuk  basmati Daawat ni
Boleh jugak guna apa apa stock samaada stock ayam daging or vegetable terpulang seleralah

Tips mengacau nasi biarlah dari dinding dalam cooker ke tengah untuk mengelakkan dari nasi tu patah dan tak cantik 

Cara memasaknya menggunakan Noxxa
1.    Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah secara SF(stir fry)
2.    Masukan daun pandan dan beras, kacau rata
3.    Tambahkan susu segar, garam, kiub ayam
4.  Tambahkan air rebusan ayam kacau rata.
5.   Off kan SF dan setkan High Pressure, tutupkan cover dan setkan 7 minit
6.  Keluarkan wap masukkan titisan safron dan tutup kembali penutupnya.
7.  Dah seminit dua baru lah dikacau nasi ayam tu bermula dari tepi cooker ke dalam.



Bahan Sambal Nasi Ayam

10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya

1.    Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2.    Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3.    Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4.    Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.


Bahan Sambal Kicap

Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.
kaknoor tambah 5-6 biji cilipadi tumbuk dalam sambal kicap ni supaya lebih terangkat.





Sebenarnya ini lah sayur mayur yang ada masa kaknoor tetiba teringin nak masak nasi ayam
Jadi apa yang ada dalam petiais itu sajalah yang di jadikan salad nasi ayam ni
Kita yang buat dia kan!! kobis purple, brokoli  lah haha



Nampak tak cantik nasi ayam safron basmathi ni, tak patah langsung
Alhamdulillah kalau menggunakan sedikit tips tu In Shaa Allah menjadi.
Cuba lah ya!! belum cuba belum tau kan!!
Rasa nya pun sedap terasa makan nasi biryani jugak hehe..


9 comments:

  1. ya Allah..tgk gambar pun dah terliur..:)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak. Tengok je pun dah terliur.=)

    ReplyDelete
  3. Senang-senang nanti saya nak try jugaklah ni kak Noor. Tapi masa buat nasi biryani aritu saya tak ikut sangat tips menggaul nasi tu, so patah2lah nasinya... tak reti dan kekok nak ikut tips tu. Tp apa-apa pun dapat pujian juga semua kata sedap.

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak guna basmathi pun sedap kan KN.
    Kalau saya tak sula peroi sangat KN. Saya guna 1 beras: 1.5 air.
    Susu tu untuk melembutkan nasi ke KN?

    ReplyDelete
  5. Sedap nyer kak noor ! terliur saya dibuat nyer.

    ReplyDelete
  6. sedapnya nengok ns ayam kak noor nih... spesel lg ada safron...
    bau msti semerbak harum

    ReplyDelete
  7. SEDAPNYA..TERUS TERASA LAPAR NK MAKAN THARI TAPI XMSK LG HEH..HEH..

    ReplyDelete
  8. Kak Noor, PH tengok nasi ayam ni, terus lapar. Boleh imagine betapa sedapnya nasi dan ayam tu cicah dengan sambal cili. Makan bertambah-tambah agaknya.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home