Resepi Pakistani Biryani Yang Pasti Memikat Selera

Resepi Pakistani Biryani Yang Pasti Memikat Selera


Assalamualaikum 
Dah lama blog ni sunyi sepi, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi Biryani ala Pakistani ni
Memang sedap dan beraroma.  Resepi ni kaknoor dapat dari seorang anakanda kaknoor yang mix Pakistani jadi nya memang original dari bondanya, jom sama-sama semak resepi kalau ada yang bekenan,  sejujurnya belum pernah kaknoor masak Nasi Biryani se sukses ini, betul lah kata orang kita nak buat apa pun mesti ada ilmu jangan semborono saja memang tak menjadi.
Alhamdulillah dengan resepi dan tips ni pasti menjadi
IN SHAA ALLAH.


Bahan yang kaknoor gunakan untuk menumis
Awal - awal tu rajin lah sikit dah lama hilang kerajinan maktok..



Bahan Untuk Perapan Ayam
1-2 kg ayam (drumstick or thigh or keduanya sekali)
1 inci halia parut
3 ulas bawang putih parut
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih (kaknoor lebihkan sebab suka wangi nya)
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam untuk perasa

Cuci bersih ayam dan perahkan sedikit lemon untuk mewangikan ayam. Peraplah dengan semua bahan-bahan diatas untuk selama 1 -2 jam .

Bahan Untuk Nasi Biryani
1 kg beras basmathi
60 gm rempah Bombay Biryani Masala ( 1 paket)
1 cawan yogurt
1 batang kulit kayu manis
Beberapa biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
3 labu bawang besar di dadu kecil
4-5 biji tomato di dadu kecil
Secukupnya daun pudina
Secukupnya daun ketumbar
Secukupnya cili hijau di potong dua
Sedikit safron
Sedikit garam untuk perasa
2 sudu minyak sapi// butter // minyak zaiton (terpulang selera sendiri)

Tips cuci beras
Jangan di gesel dengan cara gengam beras tu, cukup lah sekadar mengesel ketepi cooker or besen yang kita guna untuk mencuci, makna nya beras ni tak boleh di kasar, biar lah dengan cara lembut baru lah kita dapat hasil yang cantik.

Cara Memasak Nasi Biryani
1.  Cuci beras sehingga air nya jernih kemudian rendam untuk selama 1-2 jam dan tos kan
2.  Masukkan minyak sapi dalam inner cooker dan ON STIR FRY
3.  Tumislah bahan rempah, bawang besar, tomato, pudina dan ketumbar sehingga wangi.
4.  Masukkan rempah Briyani Ahmed dan kacaulah sehingga pecah minyak.
5.  Kemudian masukkan yogurt dan ayam yang telah di perap tadi.
6.  Masaklah sehingga ayam separuh masak, masukkan beras dan sedikit garam kacau sebati.
7.  Masukkan air atau chicken stock secukupnya tergantung berapa banyak beras yang kita gunakan lah ( kaknoor guna chicken stock untuk rasa yang lebih sedap)

Rationya jika 3 cawan beras 3.5 cawan stock untuk  basmati Daawat ni
Boleh jugak guna apa apa stock samaada stock ayam daging or vegetable terpulang seleralah

8.  Tutupkan periuk Noxxa, set kan ke High Pressure dan time kan selama 7 minit.
9.  Dah siap buka penutup Noxxa dan masukkan sedikit cairan safron, kalau perlu tutup sekejab kemudian buka kembali, biarkan wap nya hilang dengan sendiri nya baru di kacau nasinya.

Tips mengacau nasi biarlah dari dinding dalam cooker ke tengah untuk mengelakkan dari nasi tu patah dan tak cantik 



Mula - mula nak ambik gambar step by step tapi akhirnya ini saja yang dapat mood malas datang, cukup lah ambik gambar bila dah masak saja ...



 Ini lebihan acar buah kaknoor gandingkan dengan Nasi Biryani ni memang sedap lah pada yang suka, yang tak suka boleh saja di layan dengan menu-menu fav sendiri.

Untuk resepi ACAR boleh klik disini



Ini acar campur kaknoor, macam-macam ada dalam ni..

Bahan Acar
Timun di dadu, mangga muda jugak di dadu, tomato secukupnya di dadu kecil, bawang besar dan bawang merah, hiris nipis, cilipadi dan cili besar di hiris kecil.  Semua bahan di masukkan dalam satu bekas, gaulkan dengan garam dan sedikit gula, dan perahkan sedikit lemon, sesuaikan rasa dan boleh lah dihidangkan dengan Nasi Biryani tadi.




Anak -anak cakap sedap sangat nasi ni, mula-mula cakap macam kat kedai lah nasi ni, lepas tu dah lama lama makan, masing-masing tambah nasi, diaorang cakap Biryani ni lebih sedap dari kat kedai lah hahaha, terimakasih sangat pada anakanda yang memberi resepi nasi ni, tak rugi mencuba, walaupun dah lama tak buat tetap menjadi dan sedap..



Ini lah dia Basmati Rice dan Bombay Biryani Masala yang kaknoor guna, di Brunei memang banyak ni di jual di supermarket, tak tau lah pulak kat tempat lain. Boleh lah cuba pada yang suka memasak, I kg basmati ni dapat makan seharian untuk 5-6 orang, dari tenghari sampai ke malam di makan 
Alhamdulillah sedap dan tak patah kalau ikut cara dan tips ni IN SHAA ALLAH



Ini gambar mula-mula tak sabar nak bergambar, tapi macam ada yang kurang je, lepas tu baru teringat takde daun pudina, nasib baik kat luar rumah masih ada pudina, ada jugaklah hijau kat atas nasi tu kan, boleh jugak di rebus telur untuk gandingkan dengan Biryani ni, selera di tangan masing-masing, di perah lemon pun sedap jugak..



22 comments:

  1. SEDAPNYA NOOR BRIYANI PAKISTANI NMPAKNYA MSK SENDIRI PUAS NK MKN SEBANYAK MANA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan puas makan ni P
      Tak rugi lah mencuba walaupun agak rumit sikit

      Delete
  2. December lepas saya kat 0saka jepun. Kat situ saya makan kat kedai orang pakistan. Briani dia memang sedap. Tapi resipi dia saya tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Jepun pun ada restoren Pakistan! Best tu

      Delete
  3. Wahhh..sedapnya. tengok je dah sedap belum cuba lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti try Tie baru menghayati kesedapan tu 👍

      Delete
  4. Sedapnye kak noor..thanks ye share resepi yg superb ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat tips yg berguna baru menjadi Nur

      Delete
  5. lama gak saya tak makan briani, sedap nampak yang kaknor buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat Rai tak caya boleh try mesti sukaaa

      Delete
  6. eh trs rasa nk cari ns arab utk buka heheheh...

    bahaya tgk blog kak noor time2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bahaya Dana nak bgi inspirasi je pada yg rajin, yg tak rajin boleh beli lagi cepat dimakan kan

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak Noor.

    Bila blog hopping ter'masuk' saya ke sini....bila baca cerita pasal beriani, saya teringatkan beriani bangladesh.....memang paling sedap saya pernah makan. Bekas pekerja saya yang masakkan untuk saya. Jika Kak Noor berminat dengan resipinya, emailkan saya di ali.shahrir@gmail.com dan saya akan kirimkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslm uncle, In Shaa Allah nanti kaknoor emailkan memang nak pelbagaikan biryani ni macam2 negara boleh dicuba jika ada resepi


      Delete
  8. Replies
    1. Bila nak dtg sini calling2 Wa mesti kaknoor masakkan ni

      Delete
  9. Aduh kak noor..
    Lapor balik tengok nasi biryani kaknoor ni tau..
    Nak cuba jugalah nanti..
    Kalau rajin hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti rajinlah Ystie sbb guna noxxa cepat je pun jadi nya

      Delete
  10. assalamualaikum kak noor...tengok jer dah tahu sedap..
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  11. Kak Noor, masuk ke dapur Kak Noor jer terus lapar... PH bookmark resipi ni untuk dicuba nanti. Tak sabar2 nak rasa Pakistani biryani.

    ReplyDelete
  12. Bestnya la kak noor...terus lapar SA tgok nasi beriani ni

    ReplyDelete
  13. Thank you for sharing Kak Noor,
    Gaya kacau nasi pun kena ada kan baru betul.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home