Telur Gulung Daging Spicy

Telur Gulung Daging Spicy

Assalamualaikum 
Resepi yang sangat simple untuk dicuba
Inti daging tu boleh jugak diletakkan pada roti putih atau roti john ke terpulang apa yang ada rumah lah

 

Bahan Inti Daging 
250 gm daging dipotong dadu dan direbus sehingga lembut ( kaknoor guna pressure cooker) lebih cepat
2 biji tomato dihiris dadu
1/2 biji capsicum merah didadu kecil
1/2 biji capsicum hijau didadu kecil
2-3 sudu mayonis
1/2 biji bawang besar juga didadu
Cili padi hijau dihiris * optional kalau suka pedas
1 sudu besar serbuk kari
Sedikit serbuk jintan putih 
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit mentega untuk menumis

Cara nya
Panaskan kuali, masukkan mentega biarkan mentega cair, masukkan bawang besar tumislah sehingga layu dan wangi. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air panas, jintan putih dan lada hitam kacau sebati. Kemudian masukkan daging rebus, tomato, capsicum dan mayonis. Kacau sehingga rata, dan letakakn sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Akhir sekali masukkan cili padi yang telah dihiris tadi dan ketepikan. 

 

Untuk Bahan Telur Mandi 
4 biji telur dipecahkan dan didadar dengan sedikit perasa
Telur dadar tak perlu terlalu masak biarkan sedikit lembut supaya mudah kita masukkan inti dan ianya melekat dengan inti. Bila telur dadar dah siap hanya masukkan inti dan gulunglah kemas, biarkan sejuk sekejab baru lah dipotong ikut citarasa sendiri nak tebal ke nipis. 

 

Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng, terpulang selera lah ya...


12 comments:

  1. sdpnya kak noor... ni buat lauk pun boleh bt kudap2 pun layan jgk nih...

    kak noor ni mmg mcm2 betul idea lah...

    ReplyDelete
  2. sedap gak kak ni, nak cubala nanti

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kaknoor...sedapnya tengok telur gulung ni..boleh cuba nanti...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  4. Telioq la pulak k.noor huhu...

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa...nanti SA nak buat jugak la...

    ReplyDelete
  6. Syok gak ni Kak Noor, sekali kala kalau nak kurang karbohidrat.
    Makan dengan telur pun syok.

    ReplyDelete
  7. SEDAP DIJADIKAN LAUK MKN DGN NASI PANAS NI NOOR

    ReplyDelete
  8. Salam KakNoor!

    Lama tak singgah sini sebab saya bertapa dalam gua kelam. Hehehe!

    Sedapnya KakNoor telur berintikan daging. Dua-dua jadi favorite. Yang ni memang senang. Tapi bila masa tak tahu nak masak, langsung tak terfikir nak mempelbagaikan resepi telur jadi macam ni tau! Balik-balik telur mata aje!

    ReplyDelete
  9. sedap ni..boleh jd lauk utama..

    ReplyDelete
  10. KN selalu bagi resepi telur gulung berinti ni. Tak pernah lagi saya cuba. Teringin jugak. Lain dari yg lainkan.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home