Butter Prawn // Udang Mentega Sure Tak Dapat Tolak!!

Butter Prawn // Udang Mentega Sure Tak Dapat Tolak!!


ASSALAMUALAIKUM 
Alhamdulillah berkesempatan lagi hari ni untuk berbicara disini
Resepi ulangan yang menjadi kegemaran anak-anak bila bila masa saja
Asal beli udang mesti ingat nak masak butterprawn saja selain dari cucur udang..
Masih setia dengan resepi yang sama cuma 
Kaknoor tambah telor kuning menjadi 3 biji sebab nak lebih floss nya, ikut selera masing masing lah kalau nak lebih banyak boleh tambah lagi dan lagi telor kuning tu ok..




Butter Prawn

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
12 ekor udang saiz besar dibersihkan
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.






Untuk masak butterprawn ni kaknoor lebih suka tambah sedikit gula, supaya lebih terasa sedap, terpulanglah nak letak brown sugar atau white sugar, tapi lebih sihat kita letak brown sugar lah ya, selagi ingat jaga lah kesihatan kita ok, makan tu makan jugak kan...



Kalau udang nya besar memang sedap sangat buat butter prawn ni, manis dan mmmm kolestrol pun senyum je tengok, tapi pandai-pandai  control lah ya pada ada K ni, jangan selalu amalkan, sesekali tu takde masaalah lah kan untuk melepaskan GERAM!!!

33 comments:

  1. cantik jadinya flossnya...memang kesukaan masak udang cara gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun fav anak anak jugak Nieda paling laris kejab ja dah licin dalam pinggan

      Delete
  2. trs rasa lapo tgk udang akak tu

    cantik je floss2 akak t, klu dana bt entah jd entah tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti banyak try and error Dana In Shaa Allah menjadi tu nanti

      Delete
  3. Favorite ni, KakNoor. Kalau tak disebabkan kolestrol, memang hari-hari nak makan butter prawn tau. Cantiklah KakNoor buat floss tu. Tang tu yang sedap ratah dengan udang. Hai, nikmatnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah MD kaknoor pun buat sebab permintaan anak-anak kalau sendiri punya selera cannot lah dah terlebih kolestrol, sabo je lah kan

      Delete
  4. terima kasih kaka noor share resepi ni !! Sebenarnya dulu2 pernah buat butter prawn tapi resepinya hilang huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan buat Ciktie dah ada resepi tu In Shaa Allah menjadi lah nanti tu

      Delete
  5. Sedap ni Kak Noor. Kalau makan besar kat restoran, yang ni lah yang direbut-rebut dan cepat habis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada berebut kat restorenlebih baik buat sendiri PH
      takyah nak berebut makan je satu kuali sorang2 heehe

      Delete
  6. UDANG BUTTER SDP MMG XMMPU NK TOLAK

    ReplyDelete
  7. Suka baca celoteh Kak Noor... ada2 aje ideanya nak geletek hatri oprang hihihiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie apa kabar lama jugak kaknoor tak baca blog Amie
      lepas ni kaknoor terbang ke Sabah ya hehee

      Delete
  8. Paling sedap kalau dapat udang laut... mcm terasa-rasa manisnya. saya kalau udang bela tu mmg tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang laut mmg the best Sweetie
      oh tak makan ke udang bela tu
      kaknoor tolak batu dan kayu je semua nya ngap

      Delete
  9. Kak..saya tetap tak berjaya buat habuk-habuk dia secantik mcm akak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. praktis make perfect Wa ulang dan ulang lagi In Syaa Allah menjadi
      jangan kedekut nak letak banyak minyak dan butter ok

      Delete
  10. Sedapnya (^__^) Kalau hatt ni memang tak akan tolak punya lah. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn menarik ni pasti tak tolakkk Sue

      Delete
  11. emm, terbyg udang dlm peti ais tu buat butter prawn, sedapnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buatlah Timm dah ada udang dlm petiais tu senang sangat punnn

      Delete
  12. Kak Noor, saya dah 2-3 kali cuba buat buttered prawn ni tapi floss tak jadi halus2 cam Kak Noor buat. Sangat kekurang skill di situ =D. InsyaAllah akan terus mencuba sbb suka makan lauk ni tapi kalau mkn di luar mahal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lagi berkali2 Nin in syaa ALLAH menjadi, kaknoor dulu2 pun sama jugak kurang skill
      tapi sekarnag ni boleh lah, jangan kedekut nak letak butter dan minyak lebih sbb kalau kurang minyak dan butter pun floss nya tak mau menjadi bertali2

      Delete
  13. cantiknya floss kak noor buat tu.. nak cuba buat laa, mana tahu menjadi floss secantik kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba Eyda jgn putus asa, kalau tak jadi buat lagi dan lagi ok

      Delete
  14. Lama dah tak makan butter prawn ni KN.... Buat apatah lagi hihi....
    Pernah jugaklah buat tapi tak menjadi cantik mcm KN tu...HUh...maklumlah bukan chef hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Nom makan memang best tapi buat memang agak berat kan Nom walaupun rasa kaknoor taklah seberat mana pun pada yang rajin lah hahaha, kaknoor pun bukan chef Nom hanya tukang masak saja pun

      Delete
  15. sedapnya kak noor...memang takkan tolaklah kalau saya

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home