All About

Good Food


Assalamualaikum dan salam jumaat pada siapa saja yang masih sudi bertandang kesini, semoga kalian semua di dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH hendaknya
ALLAHUMMA AAMIIN

RESEPI hari ni yang telah dibaking oleh anakanda Madihah  dua tiga hari lepas, memang sedap dan lembut jugak creamy didalam nya, memang menepati citarasa serumah, semuanya suka dengan cupcakes ni, ada permintaan untuk nak makan lagi sekali ni, mesti sedap sangat lah tu kan..




Resepinya pun mudah je boleh cuba nanti siapa yang "hantu" cupcakes tu..


 Ini cupcakes yang baru keluar dari oven masih hot...

Boleh klik kat SINI RESEPI CUPCAKES


 Madihah sedang masukkan cream dalam cupcakes

Agak banyak step lah tapi berbaloi membuat nya sebab sedap sangat, mesti cuba tau adik-adik Kak Noor semua ok..


Letakkan chocolate lagi, tula yang tak tahan sangat ni 

 Dideco sikit dengan warna warni ceria


 Wah mesti ada yang dah tak sabar nak ngap ni..


 Nampak kan ada cream kat dalam cupcakes tu


Gerenti memang tak cukup sebijik ni.
Jangan tunggu lama-lama untuk mencuba resepi ni ok..



Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Hari ni di Brunei Darussalam masih 30hb Zulkaedah 1438 Hijrah.
Rasa nya kat Malaysia hari ni dah 1hb Zulhijjah kan? Dah boleh puasa sunat awal Zulhijjah
Selamat berpuasa pada yang mula berpuasa hari ni ya
Brunei Darussalam In Shaa Allah esuk lah bermula puasa pada siapa yang mampu..
Banyak sangat ganjaran yang diberi oleh ALLAH pada siapa yang dapat beramal 10 hari pertama Zulhijjah ni, di bawah ni ada petikan dari post Dr Khalid Basalamah yang menunjukkan betapa pemurahnya ALLAH pada hambaNYA yang beramal di awal Zulhijjah ini, jom baca petikan ni semoga sama-sama kita beramal dan beroleh REDHO ALLAH 

Sepuluh hari terakhir Ramadhan telah berlalu. Janganlah bersedih, wahai sahabatku, karena kasih sayang Allah Ta’ala begitu besar untuk hamba-Nya.
Sebentar lagi, hari-hari istimewa yang lain akan menyapa kita, 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah. Rasulullah salallahu ‘alayhi wasallam mengingatkan bahwa pahala amal-amal saleh waktu itu akan dilipatgandakan. Tidak ada yang bisa menandingi keutamaannya kecuali mati di medan jihad.
Jika engkau tahu pasti bahwa engkau akan mati menjemput kesyahidan dalam jihad pada hari-hari itu, majulah! Karena, amalan sunah pada hari-hari itu lebih mulia daripada pulang dari jihad membawa kemenangan dan ghanimah.
Ya Allah Ta’ala, sampaikanlah kami pada sepuluh hari pertama bulan Dzul Hijjah. Amin!


Berbalik pada resepi hari ni, yang sangat mudah dan cepat di sediakan.
Pada yang suka meratah sayur dan suka merasa kerangupan acar jom ikut kaknoor kedapur !!!



Kita hanya perlukan, apple hijau, mangga muda, timun, nenas, lobak merah, tomato masak, jagung bakar *optional kalau ada lah, bawang merah dan cili padi.
Kesemua sayuran dan buahan di potong dadu kecil, ikut lah pilihan keluarga masing-masing, nak potong besar pun ok je, tapi kat rumah kaknoor memang suka potong macam ni lah.
Bawang merah tu kaknoor sangai kejab atas api supaya taklah terasa sangat bau bawang tu.
Kemudian semua sayuran dan buahan tu dimasukkan dalam mangkok besar dan tambahkan garam dan sedikit gula, gaul sebati. Rasanya yang masam manis dan rangup tu memang membuka selera pada yang rasa tak sedap badan,  dan yang dah sedia sedap badan pun boleh lah menikmati dengan nasi atau di ratah begitu saja pun best...




Masa kaknoor buat salad ni, kebetulan ada lebihan nasi Biryani jadi memang kena sangat lah, first day buat nasi Biryani tak sempat nak buat acar jadi dah second day baru lah terbuat acar ni.  Begitulah rutin surirumah sentiasa sibuk entah apa-apa...



Macam-macam warna ada disini kan!! Teruja tak adik-adik semua nak makan ni..
Kalau teruja anytime boleh buat, sebab semua sayuran dan buahan memang sentiasa ada dalam petiais di rumah kan..


SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
PADA ANAK MAMA YANG BUSY SANGAT LATELY TU JAMU MATA LAH DULU OK..



ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua yang masih sudi singgah disini
Hari ni kak Noor nak share resepi yang dah viral sangat kat FB
Semenjak dua menjak ni, orang kata jangan dok bekunun sangat
Jadi Kak Noor pun buatlah..
Resepi nya kak Noor intai dari blog Buat Orang Lapo thanks dear sudi berkongsi resepi ya..




Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung, gula dan Garam ke dalam bekas besar. Kacau rata.
  2. Masukkan pula air panas. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga adunan sejuk sikit.
  3. Bulat-bulatkan adunan. (letak air sikit di tangan supaya tak melekat)
Kak Noor buat separuh letak jagung manis, dan separuh cucur manis biasa, kebetulan masa kaknoor buat cucur ada seketul jagung manis, jadi nak jugak merasa kan, mana tau terlebih manis pun best jugak.

        4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.




Ini yang separuh yang telah di gentel bulat-bulat menunggu untuk di goreng




Wah yang jagung pun best jugak kan sebelum goreng ni macam rasa tak cukup je




Sesudah digoreng dan di letak dengan icing sugar..




Sessi posing posing sebelum kena santap..




Ini lah rupa nya Cucur Manis Kembong tu, Sejujur nya setelah di rasa tak lah menepati selera kaknoor sangat sebab di dalam nya agak lembut, kalau didalam nya rangup sama macam di luar tu, memang akan di ulang tayang membuat, tapi bagi siapa yang suka lembut-lembut di dalam tu boleh lah try ya, mungkin kalau kasi kemek dan leper dapat kurangkan sikit lembut tuuuu..



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Weekend semalam berkempen dibelakang, bukan apa sebab nak ambik bunga-bunga kantan ni
Selalu dok fokas depan rumah je kan, dibelakang macam tak kena peduli
Rupanya dah banyak menjadi bunga kantan kaknoor..

Lately memang dah lama tak masak guna kantan pun, sebab bila di letak bunga kantan anak-anak macam kurang gemo, kalau buat kerabu ke, asam pedas ke, nasi goreng ke, kalau yang menggunakan bunga kantan memang ada menu lain untuk anak-anak supaya tak ada yang tarik muka masyam heehe, sebenarnya anak-anak tak tau bunga kantan ni sebenarnya banyak khasiatnya kan..




Antara khasiat nya yang kaknoor google cer baca mesti ada yang teruja nak makan lepas ni

Khasiatnya:

Menurut kata orang tua-tua zaman dahulu, jika anda mengamalkan dengan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah, ia boleh menjadi ubat awet muda kepada kaum wanita, maka kaum ibu digalakkan memakan bunga Kantan secara mentah-mentah.




Bunga Kantan jugak dikatakan baik untuk digunakan untuk mengubati penyakit darah tinggi dan juga kencing manis.




Selain daripada itu, khasiat bunga Kantan dikatakan dapat menghilangkan rasa tidak bermaya jika selalu diamalkan memakannya. Jadi seandainya anda kurang berselera untuk makan, maka amalkanlah dengan kerap memakan bunga Kantan secara mentah-mentah ataupun dicampurkan dengan laksa ataupun nasi kerabu yang anda masak.




Berkesan juga untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus bahagian batang pokok Kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Amalkan selalu, Insya Allah masalah bau badan yang tidak enak itu boleh berkurangan dari hari ke hari




Jom lepas ni siapa yang ada tanam Bunga Kantan kat rumah mesti dah tak mau semak-semak lagi, selalu bersihkan sekitarnya supaya Pokok Kantan ni ada mood untuk terus berbunga dan berbunga, dan makcik-makcik yang makan bunga kantan ni pun akan terus awet mudo gitu..
In Shaa Allah tak kisahlah tu kan janji kita sihat walafiat je dalam menjalani hidup yang dah tinggal sedikit ni dan dapat beramal dalam menuju ke "Alam Sana" yang lebih kekal abadi...


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bersiaran petang ni.
Hari ni kaknoor nak kongsikan menu yang baru first time kaknoor masak.
Biasalah bila dah minat masak tu bila ada masa terluang cari-cari dalam Pinterest
Terjumpa resepi ni macam bekenan sangat sebab nak rasa kepedasan nya, tapi sebenarnya taklah pedas sangat tulah di tambah dengan hirisan cilipadi lagi..



Sila lah jamu mata ya pada yang suka nak try boleh lah ikut step by step, ni masa sedang ada mood nak ambik gambar, kalau time malas dan mood ke hutan dan kelaut....
Hmmm memang menyepi lah...



1 bahagian dada ayam yang telah dibersihkan, di potong kecil dan digaul dengan 2 sudu kecil parutan halia, 1/2 sudu kecil garam dan 1/4 sudu kecil lada hitam, perap dalam 30 minit dalam petiais.




Keluarkan dari petiais dan gaulkan dengan 1 cawan tepung jagung atau tepung ubi kentang, salutkan berulangkali supaya tepungnya lebih melekat pada isi ayam.




Kemudian gorenglah potongan ayam yang telah disalut tadi dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan agak garing, kemudian tos kan untuk mengurangkan minyak yang melekat pada gorengan tadi. Jangan terlalu banyak masukkan potongan ayam sebab nanti gorengan kita tak rangup, biarkan sedikit sedikit supaya mendapatkan hasil yang lebih baik dan crispy.




Untuk sos nya, masukkan 5 sudu besar cilisos *kaknoor letak cilisos extra pedas dalam kuali, 1 1/2 sudu besar sos Gochujang (Korean chilli paste) 2 sudu besar madu, 2 sudu besar brown sugar, 1 sudu besar kicap masin, 2 sudu kecil minyak bijan dan 1 sudu kecil bawang putih cincang.
Kaknoor tambah hirisan cilipadi untuk menambahkan lagi hot popcorn ni.




Ini lah Korean Chilli Paste tu, boleh didapati di supermarket yang besar lah, sebab kaknoor dah cari di kedai-kedai menang takdo..




Masak lah sekejab semua sos-sos tu sehingga mendidih dan berbuih, tutuplah api.




Kemudian gaulkan dengan popcorn yang telah di goreng tadi. Gaullah sehingga bersalut semuanya. Akhirnya taburkan bijan yang telah di sangai sekejab. Yess Korean Spicy Chicken kita dah siap untuk di hidangkan.  Yang nak lebih hot boleh lah tambahkan dengan hirisan cilipadi atau ciliflakes ke! terpulang selera masing-masing lah ya..





Kalau orang Korea makan Popcorn Chicken ni dengan Rice Cakes tapi memang susah nak jumpa Rice Cakes kat Brunei ni, jadi kita makan dengan Nasi Putih je lah kan, itu pun dah laris sangat oleh pelanggan dalam rumah kaknoor ni.



Boleh lah try pada yang suka masakan Koya ni, yang penting mesti ada sos Gochujang dulu, lepas tu sos yang lain kita boleh tambah ikut citarasa sendiri.



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya 
Tenggelam timbul tuan tanah ni, itulah kehidupan yang di laluii..
Ada kalanya kita santai dan rilek saja dirumah
Tapi ada masa nya kita macam lipas kudong kesana kemari..
Alhamdulillah hari ni ada sedikit ruang di berikan Allah untuk menulis di blog ni.





Kari Ikan Rempah Kisar
Olahan : Kak Noor


BAHAN

3-4 ketul ikan dibersihkan *apa-apa ikan pun boleh kecil ke besar
1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Sedikit halba campur
sedikit daun kari
sedikit air asam jawa
1 biji timun/ ubi keledek/ bendi/terung
Terpulang apa yang ada di dalam petiais rumah sendiri lah

BAHAN KISAR

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1/2  inci lengkuas

1 sudu ketumbar goreng tanpa minyak
1 sudu jintan manis goreng tanpa minyak
1 sudu jintan putih goreng tanpa minyak
15 biji cili kering direbus dulu
1 inci kunyit hidup

CARA

Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis lah bahan kisar bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas sehingga wangi, masukan halba campur dan daun kari, dan biarkan sehingga beraroma baru masukan bahan kisar ketumbar, jintan putih, jintan manis, cili kering dan kunyit, kacau lagi sehingga pecah minyak, kalau perlu masukan pati santan dan perlahankan api biarkan rempah ni merenih dan betul-betul masak.
Masukan timun yang telah di potong bersama dengan lebihan santan dan air asam jawa dan garam, bila timun dah empuk baru masukan ikan, ikan tak ambil masa yang lama untuk masak, jadi bila dah agak ikan tu dah masak, boleh lah di angkat dan di hidangkan dengan nasi panasss atau roti canai ke, roti bom ke, terpulang selera masing-masing lah..



Idea nak masak kari rempah kisar ni adalah sebab dah bosan dengan rempah ready made tu, biasa lah tuan tanah ni kadang-kadang banyak songeh, banyak complain asyik tak sedap jee, jadi dengan sedikit kerajinan maka jadi lah kari ikan rempah kisar ni.
Alhamdulillah memang tak mengecewakan tak sedar bertambah-tambah nasik..




Sayuran untuk sampingan kari ni, terpulang lah pada chef yang nak masak tu ya, dan kalau ada yang tak suka nak letak sayur pun ok saja, tapi bagi kaknoor  ikan dalam kari ni tak suka sangat nak makan sebab dia dah agak lembik, kaknoor lebih suka makan sayuran dalam kari ni, jadi sebab tu lah kaknoor suka letak samaada timun, ke, keledek, terung, bendi atau apa saja pilihan sendiri. 




Kalau ada kepala ikan pun best jugak di masak kari rempah kisar ni, kebetulan masa teringin nak makan kari, cek dalam frezer hanya beberapa ketul ikan ni je yang ada, jadi ikan ni lah jadi sasaran, nama ikan ni sorry, kaknoor memang tak tau sangat nama nya, tau makan saja hehee...




Assalamualaikum adik adik blogger dan siapa saja yang masih lagi sudi untuk singgah di blog kaknoor ni, biasa lah tuan tanah tenggelam timbul sebab nak bereskan banyak urusan, dah tak muda ni memang banyak yang perlu difikirkan, lain lah dengan orang muda-muda..

 

Kak Noor buat separuh je dari resepi ni, dapatlah dalam 30 biji, sebab biasa nya kalau buat satu adunan selalu tak habis, dah buat separuh adunan cepatlah pulak larisnya..

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang ( pada tekak kak Noor dah ok manis )
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air,gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Letakkan warna warna kegemaran masing masing ok
Perapkan selama 3 jam, tapi kalau yis baru tak sampai 3 jam pun  adunan dah  naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
Lepas tu boleh lah dihidangkan dengan kopi Tenom yang wangi tu..

 

Untuk adunan ni kaknoor perap hanya 1 jam setengah je dah naik mungkin sebab yis pun baru jugak terus cepat berawan adunan nya..

 

Testing testing letak 3 warna dalam satu acuan, bukan apa just nak tengok hasilnya, tapi not bad lah kan... 

 



Masa kaknoor menulis ni apam ni sebenarnya dah habis lama, nasib baik cepat tuan tanah ambik gambar, kalau tak memang gigit kelapa saja lah jawab nya..

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
IN SHAA ALLAH MENJADI DENGAN IZIN ALLAH


Assalamualaikum
Sedikit tazkirah hari ni
Yang baik itu dari Allah 
Dan yang sebaliknya tu dari kelemahan kak Noor sendiri
Sekadar sharing dari blog Ustazkhalid Basalamah
Semoga bermanafaat





Berbalik pada resepi hari ni, semalam atas permintaan anak-anak masaklah nasi lemak, tapi kaknoor menggunakan beras basmathi konon tak mau lah banyak kanji nak sihat lah kan, tak tau lah sejauh mana ok nya nasi lemak beras basmathi ni sebab suka nasi nya yang agak panjang dan peroi..




Disamping sambal bilis kaknoor buat jugak sambal penyet dan ulam sebab my boss suka sangat ulaman segar ni walaupun makan nasi lemak ke, nasi minyak ke, pendekata hari-hari mau ulam dan sambal..




Dah ada sambal penyet, sambal bilis ni pun tak laku sangat, sorang je yang suka sambal bilis yang lain dalam rumah kaknoor lebih suka si penyet tu sebab lebih pedas hehe..




Cantik kan nasi lemak beras basmathi ni hehe..
Angkat bakul ke naik lift ke tau lah..




Untuk resepi boleh lah klik resepi di bawah ni
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home