All About

Good Food

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah dah tiga hari sampai kerumah
Home Sweet Home kata mat saleh
Tapi mood nak menulis blog masih belum sampai lagi
Mungkin dek kerana keletihan dan kelesuan kot
Nak kena tunggu mood baru lagi ni
Jadi jom lah layan gambar - gambar saki baki diMekah dan Madinah ya.
Semoga Allah menjemput lagi tahun depan selagi ada kesempatan dan kesihatan ni
Tak puas rasa nya duduk kat sana
Tapi apakan daya kan huhu ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

 

Seawal jam 4 pagi sudah bertolak kemasjidil haram 
Nampak tak bulan sabit tu alahaiii rindu bertandang lagi

 

Bacaan AL QURAN dari Brunei dah baca sedikit, sampai ke Madinah ingat nak khatam disana, tapi Allah dah tentukan khatam dimasjidil haram ni Alhamdulillah bersyukur sangat dapat membaca dan khatam dalam masjid ni kerana ganjaran pahala nya 100,000 kali setiap kebaikan yang kita lakukan,  MAASYA ALLAH begitu pemurahnya ALLAH pada hamba nya 

 

Semasa sedang menunggu waktu solat, jemaah belum ramai, kaknoor memang suka datang awal supaya dapat tempat, kaknoor tak suka kalau datang lambat kita susah nak dapat tempat kadangkala dapat menyakitkan hati jemaah lain sebab terpaksa bersempit-sempit biarlah kita solat dengan redho Allah dan redho jemaah sekeliling kita jugak kan.

 

Antara dessert yang disediakan oleh pihak hotel 
Makan tak boleh memilih sangat apa yg disediakan layan je
Alhamdulillah tak lapar lah hehe

 

Alhamdulillah bersyukur diatas apa yang disediakan. 

 

Alhamdulillah jika ada waktu dan usia mohon ALLAH jemput lagi setiap tahun ameen ya robbal alameenn 

Assalamualaikum adik - adik blogger semuanya
Dah lama rasanya tak update blog ni
Memang sibuk dengan pergi masjid saja kalau disini
Biarlah gambar saja menceritakan segalanya 
Memang letih sangat walaupun hanya beribadat
Tak perlu masak dan segalanya 
Tapi dek kerana waktu solat yang dekat jadi nya 
Tak sempat nak buat apa pun tut tut dah malam 
Ini pun curi masa lepas isyak dah selesai semuanya
Teringat kat adik-adik semua
Alhamdulillah kaknoor dah doakan kalian semua dapat kesini
Dengan izin ALLAH jugak kann INSYA ALLAH

 

Alhamdulillah kaknoor dah selamat mengerjakan umrah
Setelah penat lelah tawaf saie dan tahalul 
Akhirnya syukurlah Allah permudahkan 
Rasanya lebih mudah dari tahun lepas 
Syukran..

 

Inilah dia Masjidil Haram, gambar ni sewaktu kaknoor dan hubby nak solat subuh, seawal pukul 4 pagi dah kesini kalau tak memang tak dapat tempat.

 

Disini memang tak pernah sunyi dengan orang seolah - olah memang hidup lah kota Makkah ni manusia bertali arus setiap masa tak pernah putus - putus

 

Ini sewaktu tawaf memang setiap masa memang macam nilah keadaan nya tak pernah putus-putus nya manusia dari segala pelusuk dunia dengan berbagai warna kulit datang dengan tujuan yang sama untuk mengabdikan diri pada Allah. 
 

 

 

Alhamdulillah cukuplah sampai disini ya
Gambar diatas ni adalah semasa melawat Jabal Rahmah 
Tengoklah macam-macam gaya orang kan 
Rasanya ok kot satu entry di Madinah 
Dan satu entry di Mekah kan
Nanti jumpa lagi diBrunei je kot
Sebab dua tiga hari lagi dah nk balik
Insya Allah sebelum balik akan puaskan hati 
Duduk lama-lama dalam masjid yang punyai
100,000 kebaikan ini syang kan kalau dilepaskan begitu saja
Insya Allah yang dah suruh doakan yang baik2 dah kaknoor
Doakan mudahan Allah menerima dan memakbulkanya
AMEN YA ROBBAL ALAMEN


Assalamualaikum 
Alhamdulillah kaknoor dah selamat sampai di kota Madinah
Pada tengahmalam semalam setelah 10 jam dlm flight
Sampai di Jeddah pukul 4.30 petang waktu sini
Naik bas ke Madinah dalam 6 jam lebihkurang
Lebihkurang pukul 12 tengahmalam baru lah selamat sampai
Di hotel penginapan
Imagine lah memang keletihan dan kekusut masaian kann

 

Alhamdulillah walaupun keletihan dan kepenatan nampak saja masjid Nabawi ni hati jadi tenang dan tak sabar rasanya nak masuk kedalam, alhamdulillah ALLAH beri kesempatan sekali lgi untuk kesini beribadah, semoga ALLAH buka kan lagi pintu- pintu rezeki untuk semua sahabat blogger adik-adik pembaca silent reader di blog kaknoor ni untuk sama-sama berziarah kesini ameen..

 

Alhamdulillahhh ini gambar hari kedua maksud nya pagi  ini sesudah waktu subuh, betapa ramainya insan dari pelbagai pelusuk dunia berkumpul disini, ada yang baru datang ada jugak yang dah menunggu untuk pulang, pendekata masjid ini tak pernah sunyi dan kosong setiap waktu pasti ada yang keluar masuk tanpa henti tak mengira waktu solat. 
SUBHANALLAH masing-masing berebut pengutip pahala kebajikan 1000 kali jika dibandingkan dengan masjid lain. 
ALLAHUAKBAR boleh menitis airmata bila dikenangkan kemurahan Allah mengizinkan kita disini ...


Assalamualaikum 
Lately memang kaknoor busy sangat
Sorry pada yang tak sempat kaknoor berkunjung balas
Kaknoor sangat menghargai pada yang selalu singgah sini
Tak jemu-jemu meninggalkan komen-komen indah

Ini pulak kisah kunjungan tetamu kat rumah hari sabtu lepas
Kalau bagitau awal nak datang dan request nak makan 
Insya ALLAH sedaya upaya akan di tunaikan
Walaupun sebenarnya nasi kerabu ni sangat rumit dan leceh
Tapi demi sahabat yang teringin nak makan ikutlah heheee
Tuan rumah pun dapatlah jugak menikmati sampai dua hari 

 

Tudia memang banyak kann walaupun hidangan nya dalam talam ala nasi arab sebab malas nak cuci kalau hidang dalam pyrex haha beratttt, dalam talam senang ringan tukar selera la sikit kannn

 

Hahaha close up sikit ada ikan goreng tepung, daging panggang dan ayam goreng

 

Ini ayam percik teringin nak makan jugak si tukang masak ni jadi rajinkan lah buat terus hidang tetamu jauh

 

Ini mesti ada yg tak suka ni kan tapi kaknoor part ni lah yg paling fav sayuran mentah macam ni best rangup krap krap

 

Ok yang ni solok lada memang kena buat sehari awal
Isi semua bahan-bahan dlm lada lepas tu kaknoor frozenkan
Esuk pagi nya baru keluarkan dan masak dengan santan hehe
Solok lada paling larisss sebab guna lada dari kebun sendiri

Ok dah selesai sessi jamu mata hari ni 
Lepas ni mungkin kaknoor tak dapat update 
Sehingga dapat simkad baru di Madinah nanti 
Semoga Allah permudahkan perjalanan umrah kaknoor 
Esukpagi sebelum nyamuk bangun kaknoor dulu bangun kot
Doakan kaknoor dan hubby selamat pergi dan kembali ya

 Assalamualaikum dan salam jumaat adik-adik bloggers ya
Semoga semua nya didalam sihat walafiat hendaknya
Dua hari tak update blog macam dah lama sangat tak masuk sini kan
Jom tengok resepi hari ni yang jarang kita buat rasa nya kan




Pagi-pagi tadi tanya anak-anak nak masak apa?
Jadi ada yang bagitau ayam lemon lah mak! 
Ok jugak tu sebab dah lama tak masak ayam lemon ni..
Hari-hari masak memang buntu jugak tak tau  nak pilih yang fav seisi keluarga




BAHANNYA
  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil 
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • secukup nya capsicum apa warna pun ok
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula
CARA
  • Ayam di bersihkan dan di perapkan  dengan lemon sekejab kemudian tos kan dan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian goreng.
  • Panaskan planta dan tumis lah bawang putih sehingga wangi kemudian masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukan kiub ayam dan gula dan rasa lah ikut kegemaran masing-masing
  • Ayam lemon ni harus ada rasa masam dan manis baru sedap
  • Bila kuah dan mendidih boleh lah dimasukan ayam, capsicum, kulit lemon dan bawang besar.
  • Kacau sekejab saja dan boleh lah di angkat supaya sayuran nya tak layu.
  • Ayam lemon dah siap dan boleh lah di hidangkan masa panas-panas bersama nasi.


Anak-anak kat rumah kaknoor ni masak apa pun mesti nak yang ada kuah ala-ala banjir gitu
Jadi memang kaknoor letak air yang agak banyak lah sebab diaorang ni memang suka kuah untuk di gaul dengan nasi, tapi kalau ada yang tak suka kuah boleh lah kurangkan air dan masak sehingga kering gitu, sebab kita yang buat kan, pilihan di tangan sendiri lah..



ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang semua nya ya
Dah ada menu untuk minum petang?
Kalau masih mencari-cari jom buat pau sambal ni memang sedap
3-4 biji sekali hadap pun tak kisah ni.
Pau ni dah lama buat tapi tak sempat nak update biasalah orang sibuk kannn...
Resepi nya kaknoor intai dari blog
Izinkan kaknoor letak di blog akak ya akak copy paste je sebab nak mudah..



Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut
Bahan adunan doh Pau:
  • 400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
  • 1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 sudu majerin
  • 2 sudu susu tepung
  • Sedikit garam
  • Sedikit air untuk mencanai doh

Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
  • Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
  • Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
  • Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
  • Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
  • Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  • Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
  • Siap untuk dihidang.


Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:

  • 100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
  • 3 ulas bawang merah.***
  • 2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
  • 1 sudu garam
  • 5 sudu gula pasir
  • 1 sudu asam jawa adabi
  • 1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
  • minyak masak untuk menumis
  • 1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)


Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
  • Blender bahan bertanda ***
  • Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
  • Masukkan gula,garam,asam jawa.
  • Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  • Biarkan sehingga kering.
  • tutup api.






Memang sedap dan lembut jugak gebu pau ni
Makan pun tak jemu sebab pedas-pedas sambal memang memikat selera lah
Boleh try pada yang suka dessert pedas ni...
Daripada makan yang manis takut "terkencing manis"  biarlah yang pedas  kan haha


Assalamualaikum 
Selamat malam semua nya ya
Biasa lah tukang masak ni tak pernah habis dengan 
Aktiviti memasak dan membaking
Sekarang ni sibuk dengan temapahan untuk Cny pulak
Memang kaknoor tak ambik banyak jenis kuih 
Satu jenis pun dah tak larat nak buat
Jom yang dekat boleh lah tempah masih buka ni tempahan
Yang jauh sabo je lah ya kena buat sendiri 

 


 

 

Kalau ada yang bekenan di Brunei bolehlah contact kaknoor 
Whatsapp // msg  +673 8739160 nombor ni ya seminggu saja tempahan ni dari sekarang sebab lepas ni dapur tutup .

 

Assalamualaikum semua nya
Salam jumaat dari Brunei Darussalam 
Hari ni 6hb januari 2017 genap lah usia si bungsu kaknoor ni 18 tahun
Tapi dari rupa nya dah macam 20-an ke 30-an kan
Berjangup berjambang puas disuruh potong, memanglah ikut sunnah tapi masih sekolah kan
Sampai kena tulis surat pada yang berkenaan di sekolahnya
Cakap ini memang muslim punya rule's
Itulah anakanda kaknoor Nabil ni kalau ya cakap itu itu lah
Takpe lah asalkan dia happy mama hanya mendoakan yang baik-baik untuk putera sorang ni




Tengoklah dari kecik hingga kini mama sanggup korek album lama
Nasib baik dulu-dulu kalau ambik gambar memang di cuci dan buat album 
Bolehlah korek balik jika perlu
Memang dulu Nabil agak berisi sekarang ni dah pandai nak jaga badan
Breakfast pun dah tak mau yang berat-berat
Makan nasi pun sedikit cuma meratah sayur dan lauk je
Lepas tu asal ada cuti ke weekend memang main badminton je kerja nya
Tengoklah sampai dah tinggi lampai
Banyak baju lama yang dah boleh pakai 


Mama hanya nak Nabil jadi insan berguna pada bangsa, negara, agama dan semestinya pada keluarga lah, semoga berjaya dalam pelajaran dunia dan akhirat. INsya Allah mama doakan Nabil mendapat keputusan cemerlang dalam Alevel bulan Mei dan Jun nanti. Mudahan dapat mengikut jejak 4 orang kakaknya yang dapat belajar di luar negara selepas Alevel nanti ameenn..

Assalamualaikum dan salam kamis untuk semua nya
DiBrunei dah magrib dan semasa kaknoor tulis ni sedang menunggu waktu isyak
Jadi nya dah malam jumaat lah ni 
Ini menu hari ni nak habiskan petai yang di beli di pasar pagi dah lama
Kaknoor frezerkan tulah tahan lama, hari ni memang nak habiskan lah
Buat pedas-pedas baru makan sampai berpeeluhhhh..




Separuh kaknoor tak buka kulit petai tu, hanya hiris nipis bersama kulitnya sekali, dan yang separuh nak nampak petai yang hijau tu jadi kaknoor kopek lah sikit, lepas tu campur dengan terung pipit
Kata orang makan petai dengan terung mulut tak bau!!
Macam betul jugak !!




Ade ke yang suka sambal petai macam ni!! Ke kaknoor je yang suka suki sendiri
Apa-apa aja lah kan, tak suka pun ok jugak
Banyak lagi makanan dalam dunia ni kannn
Boleh buat pilihannn hehee...




Kali ni kaknoor guna cili hijau semua nya memang agak pedas lah
Tapi dah suka biarlah berpeluh-peluh lepas makan 
Turunlah kalori sikit kannn


Assalamualaikum
Hari ni nak ulangtayang masak lemak tempoyak daun-daun ni
Sebab dha lama tak buat jadi teringin lah la pulak
Kebetulan banyak daun-daun keliling rumah yang tak di gunakan
Yang setiap hari di ambil hanya lah ulam-ulam segar yang tak perlu di masak je
Contohnya ulam raja, kacip fatimah, selom, pegaga, lemuni, sekentut ( haha jgn gelak tau ) memang original nama nya ni tau! daun betik bunga betik, cekur dan macam-macam lah hehe
Kalau siapa datang kat rumah kaknoor memang tak lari dari teringin nak ambik segala ulaman ni 
Itu belum lagi orang putih punya herbs..
Bukan apa kaknoor memang suka sangat tanam macam-macam benda ni supaya senang nak masak keluar je berlari ambik hahah...




BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..







Tapi kalau makan yang ada petai ni mesti awas sikit toilet tu
Setiap kali masuk toilet mesti sediakan spray yang wangi-wangi tau...
Kalau tak pelanggan selepas tu dapat lah habuan wangian semerbak sangat...
Awwww tak sanggup den lah..




Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Sekarang ni dah masuk tahun 2017 bermakna tak lama lagi CNY pulak kan
Sebut CNY tak lengkap lah kalau takde kerepek ngaku ni
Ubi ngaku atau arrowhead ni pun kalau time CNY baru ada 
Kalau tak jangan harap lah nak mencari kan
Jadi cepat-cepat lah ke pasaraya memang banyak berlonggok-longgok
Beli je dan buat kerepek macam ni memang sedap sangat..
Kali ni nak cepat taklah ikut sangat resepi tu hahaha
Tapi walaupun tak letak apa-apa pun memang dah sedap jugak tau!
Tak caya kena cuba lah..




BAHAN NYA
1 kg ngaku atau arrowhead
sedikit garam, bawang putih dan cili flakes
sedikit kacang goreng dan ikan bilis goreng *optional
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1. Kupas ngaku, cuci dan tos kan sekejab.
2. Sagat dan gaulkan dengan bawang putih, garam dan cili flakes.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
4. Tos kan, biarkan sejuk dan gaulkan dengan ikan bilis dan kacang goreng.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


Pada yang belum merasa, rasa nya ngaku ni lebih manis dari ubi kentang, lebih sedap dan lebih krup krap, menjelang  chinese new year SAHAJA yang timbul buah ubi ngaku ni, kalau ada yang teringin boleh mencari ngaku di pasaraya dan buat sendiri  ya, sebelum kehabisan haha...




Just kerepek ngaku yang polos je
Itu pun tak sempat-sempat nak menggoreng laju je habis




Tidak syak lagi memang sedap rangup dan manis original arrowhead ni
Kaknoor ngaku lah hehee..




Ini dia ubi ngaku or arrowhead ni kecik je 
Alang-alang nak beli biar banyak tau 
Nanti tak cukup pulak..
PH mesti dah puas makan kan 
Kalau dekat nak jugak bertandang umah PH haha
Tak malu punya orang ni kan ...



Assalamualaikum 
Alhamdulillah di tahun baru 2017 kita masih lagi di beri kesempatan untuk menghirup udara pagi ini mudahan lah sehingga ke petang dan hari-hari seterus nya.
Jom sama-sama koreksi diri supaya menjadi lebih baik dari hari-hari sebelum nya.




SELAMAT BERCUTI SEMUA NYA..

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home