All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nona manis yang di intai dari blog 
ABANGBRIAN memang sedap dan lemak manis, boleh try pada yang suka.



Sebelum ni kaknoor pernah buat sekali kuih nona manis ni tapi kurang menjadi, tapi alhamdulillah kali ni menjadi dan sedap




Bahan A
  • 1/2 Cawan Gula Kastor
  • 1 biji Telur Gred A
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
Bahan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • perisa kelapa pandan emulco
  • pewarna hijau
Bahan Inti
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/2 st garam
Cara Penyediaan Bahan A
  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, satukan gula, tepung gandum dan santan.Kacaukan.
  3. Tuangkan campuran tepung ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
Cara Penyediaan Bahagian Luar (Warna Hijau)
  1. Ambil 6 helai daun pandan dan kisar bersama setengah cawan air. Kemudian tapiskan.
  2. Campurkan air pandan tadi bersama dengan gula, santan, tepung jagung, garam, pandan emulco dan pewarna hijau.
  3. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul.
  4. Kemudian masak campuran ini sehingga kelihatan berkilat.
  5. Satukan Adunan Bahan A dan Bahagian Luar (Warna Hijau)
Cara Penyediaan Bahan Inti
  1. Satukan kesemua bahan inti dan masakkan sehingga menjadi likat.
  2. Apabila sudah masak, biarkan suam kemudian masukkan ke dalam piping bag.
Cara Penyediaan Kuih Nona Manis Secara Keseluruhan
  1. Sediakan periuk kukus dan kukus air sehingga periuk panas.
  2. Tuangkan Adunan yang berwarna hijau tadi memenuhi 3/4 acuan kuih lompang.
  3. Masukkan adunan untuk inti yang telah dimasukkan ke dalam piping bag tadi ditengah-tengah acuan.
  4. Balut periuk kukus dengan kain supaya tiada air tidak menitik.
  5. Kukus selama 7 minit.



Rasa nya lepas ni mesti nak kena try lagi resepi ni sebab sedap sangat, cuma agak rumit lah membuat, sebab ada dua warna tu kan, tapi kalau hati dah suka mesti takde masaalah hehe...



ASSALAMUALALIKUM WARAHMATULLAH
Adik-adik dan sahabat bloggers kaknoor
Bila dah lama tinggalkan blog ni memang susah sangat nak masuk semula
Ada saja rintangan yang menghalang
Sehinggalah hari ni baru lah ada keyakinan nak menulis sepatah dua kata
Sebenarnya taklah banyak pun nak menulis sekadar berkongsi resepi je
Cadangan memang nak bershell out lah lepas balik umrah ni
Nak makan kat luar biarlah boss besar ni memang tak suka sangat
Jadi boss kecik kenalah masak kat rumah

                                                                      


Sehari sebelum memasak ni kaknoor dah google dulu, cari punya cari terjumpa resepi shell out ni kat blog MASAM MANIS bila baca satu persatu macam oklah boleh di tiru walaupun agak rumit jugak sebenarnya, tapi demi ramai yang teringin nak merasa oklah rumit janji sedap..
Tapi shell out kaknoor taklah lengkap sangat, banyak yang takde jugak, misalnya kerang, lala dan jagung pun takde ..

Untuk ITA MASAM MANIS izinkan kaknoor share resepi tu diblog akak ok
Halalkan ya segala nya..


Ini sotong sumbat takde dalam resepi dari Masam Manis tu, ini kaknoor buat cara sendiri je, letak kentang macam kita nak buat pegedil tu, lepas tu sumbatkan kat dalam sotong, lepas tu bakar je, jangan lama sangat agak-agak masak je angkat lah..




SHELL OUT COMFIRM SEDAP
Resepi Oleh : Auntie Nani
Rujukkan Oleh : Mama to Erna
Rujukkan Oleh : Suraya Sulatin

Makanan Laut

Ketam
Udang
Kerang
Sotong
Lala
Pepahat
Remis
Kupang
Isi ikan ~ terpulang lah nak isi ikan apa. ( yang ni ita tak letak )

* Sukatan bahan makan laut ni terpulang, tapi haruslah bersesuaian dengan sukatan bahan rempah yang di sediakan.

Semua makanan laut ini di cuci bersih. Didihkan air bersama sedikit garam. Kemudian di rebus secara berasingan. Bukan rebus lama-lama tau! ala-ala macam celur aje.. sebab makan laut kalau over cooked nanti liat tak sedap! nak dia half cooked aje supaya bila masuk dalam rempah cepat aje kita masak.
Dah masak angkat dan ketepikan

Bahan Sayur-sayuran

Jagung manis ~ potong 3
Brocoli ~ di potong kecil
Kentang ~ potong wages atau belah 4
Carot ~ hiris bulat
Bunga kubis ~ potong kecil

Semua bahan sayuran ni di celur. Didihkan air dengan sedikit garam, kemudian celurkan sayur-sayuran kecuali kentang dan jagung tu kena rebus sampai empuk.

Bahan Rempah 

Bahan A ~ di kisar

20 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam lembut ( kalau nak pedas boleh lebihkan )
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih ( 10 ulas )
1 inc halia
1 inc belacan
1 gengam udang kering ~ rendam lembut

Satukan semua bahan bersama air dan sedikit minyak masak, dan kisar hingga halus

Bahan B ~ di tumis

6 ulas bawang putih ~ di hiris halus
6 ulas bawang merah ~ di hiris halus
1 inc halia ~ di hiris halus
5 tangkai daun kari ~ di lurut daunnya sahaja
10 biji cili padi ~ di hiris halus ( nak pedas lebihkan )
2 batang serai ~ di titik ( ita tambah )
Minyak untuk menumis
1 sudu besar butter / margerine

Bahan C ~ perasa

3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak bersama butter dalam kuali.
Masukkan bahan bahan tumis ( bahan B ) dan tumis hingga harum dan garing.
Bila dah garing, masukkan bahan kisar ( bahan A ) masak sampai garing. Masak ni biar lama-lama sikit biar cili betul-betul garing dan masak. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air dan masak lagi
Kemudian masukkan bahan perasa ( bahan C )
Mulakan dengan rempah kari, masak kejap bagi garing, kemudian baru masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam , kiub ayam dan gula.
Kemudian baru masukkan garam 
* berhati-hati dalam penggunaan garam kerana sos tiram dan sos ikan dah masin.
Biarkan kuah merenih sebentar.
Angkat dan masukkan dalam periuk lain
Tinggalkan 1 senduk besar dalam kuali
Panaskan semula dan masukkan kupang, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah dan masukkan ketam, masak sebentar ~ angkat
Panaskan 1 senduk besar lagi kuah, masukkan sotong, udang, brokoli, bunga kubis dan karot, masak sebentar ~ angkat
Masak seafood berasingan ya, ketam dulu, kerang, kupang dan lain-lain. 
Sayur-sayuran tu ita masak sekali berasama sotong dan udang. 
Yang lain ita tak letak sayur. 
Jagung dan kentang ita tak masak dengan kuah, ita biarkan sahaja di rebus begitu.




Kaknoor gandingkan dengan angel hair aglio olio je
Memang cornfirm sedap lah resepi shell out ni tak caya boleh try buat sendiri,,



Kaknoor tambah salmon sebab anak-anak teringin nak bersalmon jugak
Kita yang buat dia kan suka suki kita lah...



Lagi satu yang takde dalam shell out ikan kukus ni, boss besaq tak makan seafood segala
Jadi lah kena buat yang boss makan jugak kan, dah tema nya shell out jadi kena lah dia makan ikan..



Ini kentang ready made hanya kaknoor fryer je cepat dan mudah..





Alhamdulillah walaupun taklah sehebat mana shell out nya tapi anak-anak semuanya puas hati makan, dan suruh buat lagi dan lagi, kena lah tunggu the next birthday pulak 
Bulan februari ni ada dua orang yang birthday so jadi lah bershell out 2 in 1
OKlah IN SHAA ALLAH kalau ada waktu bersiaran lagi
Tunggu mood lagi ni...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya
Khusus buat rakan-rakan blogger kesayangan hamba
Buat masa ni memang langsung takde idea untuk menulis
Apa lagi nak ambil gambar makanan yang dimasak
Huhu entahlah mood masih tertinggal di Mekah kot
Atau masih tersangkut kat Madinah ?

 

Sesampai saja dirumah hari tu sibuk anak-anak memberitahu  ada kawan mama hantar buku, terus tunjuk buku yang kak Paridah bagi ni, terimakasih banyak kak Paridah kerana susah payah menghantar buku ni,  IN SHAA ALLAH lepas ni akan cuba membaca dan memahami isi sajak-sajak tu, sebab saya ni sebenarnya taklah reti sangat pun bersajak-sajak ni...

 

Kalau kak Paridah membaca tulisan sila lah bagi jugak alamat nya supaya boleh kita bertukar cenderahati, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, jadi jangan lupa alamat nya !! Hehe..

 

Inilah kak Paridah yang ikhlas memberi buku ni, semoga Allah permudahkan urusan mu wahai kak Paridah ya, sebak hati melihat keikhlasan kak Paridah dan semasa menulis ni pun hujan turun tak disangka-sangka 😭😭Semoga Allah membalas kebaikan kak Paridah ya, sorry jugak sebab ambik masa yang lama untuk menulis dan buat entry dari kak Paridah ni.

 

Pada yang lain yang nak memiliki buku ni, ini lah dia gambar luar cover buku tu, memang banyak sajak-sajak menarik dalam ni, bolehlah dibaca buat santapan jiwa. 
Terdapat sebanyak 279 sajak dalam buku ni 
Rugi siapa yang tak dapat memiliki nya
Terutama pada yang ada anak-anak yang masih sekolah
Berguna sangat ni untuk memahirkan bahasa kan..

Sekali lagi terimakasih untuk kak Paridah ya hanya Allah saja yang membalas budi baik kak P...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home