All About

Good Food


Assalamualaikum 
Salam sejahtera untuk pada yang sudi singgah disini
Alhamdulillah majlis pernikahan diantara anakanda kaknoor
Dr Noor Faizah dan Hafizzul dah selamat diadakan pada
17hb.  mac 2017 baru ini
Syukur sekali lagi kerana semua nya berjalan dengan lancar walaupun tuan rumah kelam kabut
pada mula nya, biasa lah mengadakan majlis yang besar begitu, tuan rumah memang tak senang duduk, asyik memikir je itu ini


Biarlah gambar menceritakan segala nya
Dulu masa tahun 2012 anak kedua kaknoor nikah, kaknoor letak banyak gambar kat blog ni.masa tu mood berblog memang 100 % hehe....
Ini anak pertama pulak nikah, kaknoor letak jugak lah gambar walaupun tak banyak sebab mood berblogging dah makin kurang, tapi demi untuk keadilan pada semua anak-anak biarlah mama berkorban sikit..






Bersama family dari Kedah, kakak, adik dan abang ipar jugak anak-anak cucu dan menantu kaknoor
Hanya sorang je anak kaknoor takde sebab masih di UK kesiannn....



Besan dan family nya 



Rakan-rakan anakanda Faizah yang sama-sama belajar di UK dulu sanggup datang ke Brunei untuk meramaikan majlis pernikahan ini, from UK dan Hong Kong jugak Brunei



Dr Susan dan partner nya..

Anakanda Nabil memberi sedikit ucapan dalam majlis pernikahan itu, terharu kaknoor :(



Adik dan kakak kaknoor sempat bergambar dengan banner tu,  sibuk sibuk kaknoor pun tak sempat bergambar sabo je lah kan, cukup sampai disini dulu, In Shaa Allah jika di izinkan Allah berjumpa lagi di lain entry, lepas ni maybe entry masak masak dan resepi lah ya..



Assalamualaikum adik-adik blogger
Hari ni mood sikit gumbira walaupun sebenarnya dalam hati ALLAH saja yang tahu
Menjelang hari perkahwinan anakanda yang tinggal kurang lagi seminggu ni
Takde lain yang di harapkan semoga majlis pernikahan anakanda nanti
Akan berjalan lancar dengan izin dan rahmat ALLAH SWT.




Resepi ni kaknoor google dulu sebelum nak buat sebab nak cari yang sedap lah, bila google keluarlah resepi dari AZIE KITCHEN ni, tengok bahan-bahan semua dah ready, jadi kaknoor try lah, tapi kaknoor tukar//tambah itu ini ikut selera family kaknoor yang suka pedas..
Untuk AZIE izinkan kaknoor letak resepi kat blog kaknoor jugak ya untuk rujukan anak-anak dan kawan-kawan diluar sana, terimakasih banyak semoga ALLAH membalas budi baik AZIE.




NASI AYAM HAINAN
Oleh: Azie Kitchen 

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kaknoor guna bahagian paha
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit 
2 cawan air rebusan ayam 
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt

UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih 
1'' halia
sedikit garam

Kaknoor tambah sos cili yang menggunakan cilipadi sebab kat rumah selera pedassss, jadinya buat dua jenis sambal, guna cili merah dan cilipadi, bahan lain semuanya sama.

UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.

2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang.  Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam.  Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.

6. Untuk membuat sup:  Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. 

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.





Yang suka pedas memang bertambah nasi kalau makan dengan sambal nasi ayam cilipadi ni



Sebenarnya nasi ayam hainan ni,  Mr Boss yang request mungkin jugak dia bosan, lately kaknoor masak sangat simple dimple sebab dah sibuk macam-macam nak buat, lagipun kalau hati tak tentu arah berfikir itu ini nak masak pun takde mood, tapi bila dah kena request tu baru sedar diri, nampaknya kita tak boleh terlalu memikirkan sangat, biarlah ALLAH yang menentukan segalanya.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANAKANDA KAKNOOR UJUNG MINGGU NI NANTI
ALLAHUMMA AAMIIN..



Assalamualaikum
Rindu sangat dengan blog hari ni
Jadi kaknoor mencuri masa rehat tengahari untuk mengupdate
CHICKEN CHOP ni, dah lama buat sebelum umrah
Gambar pun masih banyak dalam draf ni jadi rajinkan diri di hari minggu ni.
Boleh lah try buat pada yang sudi lah
SEMPOI JE PUN SEBENAR NYA.



Bahan untuk perapan ayam
Beberapa ketul paha ayam 

Sedikit bawang putih cincang
Sedikit lada hitam tumbuk//kisar
Sedikit minyak masak

Sedikit sos lada hitam//sos tiram

Bahan untuk coleslaw
Kobis secukupnya dihiris kecil panjang
Carrot jugak dihirs kecil panjang
1/2 biji bawang besar hiris nipis
Mayonis secukupnya agak-agak je 2-3 sudu
Sedikit lada hitam 
Garam dan gula secukupnya

Bahan untuk sos
2-3 biji bawang putih di parut//tumbuk
1 biji bawang besar di parut //tumbuk
Sos lada hitam secukupnya
Sedikit tepung jagung di bancuh dengan air
Sedikit carrot di parut *optional kalau nak pekat kuah, tak nak pun ok
Sedikit air dalam 1/2 cawan ikut kepekatan yang kita mau 
Sedikit kicap manis untuk seimbangkan rasa
Sedikit butter//planta//minyak

Cara membuat chicken chop
Setelah di bersihkan ayam peraplah dengan semua bahan-bahan perapan
Biarkan selama 1 jam atau lebih, lebih lama lebih bagus
Tapi kalau nak cepat 1 jam dah memadai
Disini kaknoor guna air fryer masuk je dalam fryer setkan dalam 15-20 minit
Yang takde fryer boleh guna kuali biasa letakkan sedikit minyak dengan api perlahan masukkan ayam dan tutup, sekali sekala balikkan supaya masaknya sekata, dah masak angkat lah..

Cara membuat coleslaw
Campurkan semua bahan coleslaw gaulkan sebati, rasa lah boleh tambah apa-apa yang kurang
Nak sedap simpan sekejab dalam petiais
Nak dihidang baru keluarkan 
In Shaa Allah rasa nya lebih memikat selera

Cara membuat sos lada hitam
Panaskan sedikit planta, tumis lah bawang putih dan bawang besar tadi
Bila dah wangi masukkan sedikit air dan kacau sehingga mendidih
Kemudian masukkan lah semua bahan bahan sos, rasa lah ikut kegemaran keluarga masing-masing
Boleh tambah atau kurangkan air kalau nak sos yang lebih pekat atau cair.
Bila dah masak boleh lah dihidangkan bersama ayam dan coleslaw tadi.

Disini kaknoor guna kentang instant yang di jual di pasaraya, jugak di fryer sebab lebih cepat dan mudah, tukang masak pun kadang-kadang malas jugak haha...






Nampak tak sos ni agak pekat sebab di campur dengan carrot
Kalau tak suka pekat boleh saja di skip ok..




Coleslaw ni paling di minati anak-anak, tapi mama nya agak kureng lah
Biasalah selera orang tua tak sama dengan selera anak-anak




Dah siap Chicken Chop yang mudah boleh lah try anak-anak mama yang dekat atau yang jauh ya, yang serumah memang goyang kaki lah sebab semua nya mama yang buat
Cuma mama ni kurang bab ngemas lepas masak
Itu lah kerja budak-budak ni lepas mama masak sebab ada yang kemas dapur hehe..



Sekali sekala makan macam ni taklah berat sangat, macam ringan sikit perut tu
Tapi hanya sekali kalau tengahari makan macam ni, malam mesti nak cari nasikkk jugak
Perut nasi tak dapat kalau takde nasik sehari 
Berkeriuk je bunyi nya minta nasik nasik nasik...


Assalamualaikum dan salam sejahtera 
Dah berabuk blog ni tuan rumah lama sangat jenguk
Semakin hari semakin kurang mood untuk kesini
Tak tau lah kenapa jadi macam ni

Masa ni kaknoor memang sibuk sangat 
Lagi dua minggu ada majlis besar akan berlangsung
Seorang dari puteri kaknoor akan menjadi raja sehari
Jadi sebagai ibu dah tentulah sangat sibuk kan!! 

Lagipun lepas balik umrah sebulan lepas 
Memang mood jadi tak menentu 
Mungkin sebab letih dan banyak tugasan jugak
Masa untuk masuk kesini sangat terhad

 

Ini gambar family tahun 2010 tuan tanah masih muda cikit lah, anak-anak pun semuanya masih belajar belum ada yang graduated lagi, sekarang ni tinggal sorang je lagi dan tahun ni In Shaa Allah habislah... 

Maka nya sekarang ni kaknoor busy sangat 
Masak pun kadang tu cincai je 
Tengok lah lepas anakanda kaknoor kawin ni
Kalau masih belum datang mood
Mungkinkah blog ni akan tinggal nama saja 
Wallahuaklam 
Biarlah masa dan keadaan yang menentukan..

 

Semalam sapu-sapu laman rumah sempat lagi snap gambar orkid ni, nasib baik orkid kaknoor masih sudi berbunga
Kalau tak memang usang lah rumah dan blog kaknoor..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home