All About

Good Food


Assalamualaikum 
Alhamdulillah dapat mengupdate satu lagi entry mudah kali ini.
Sebenarnya semua nya resepi ni adalah olahan ikut citarasa sendiri
Apa yang terlintas di hati pada masa itu
Alhamdulillah bila dah lapar tu memang sedap bila di santap




Bahan nya
Beberapa keping roti putih atau wholemeal di kukus sekejab dan di gelek supaya nipis
Beberapa slice beef rashers di panaskan dalam microwave atau kuali biasa pun ok
2 biji telur di rebus dan di hancurkan
2-3 sudu mayonis
sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam ikut kegemaran lah
sedikit garam jika perlu

Cara Membuat Filling
Untuk membuat filling roti ni, campurkan telur yang telah di hancurkan bersama mayonis, serbuk lada sulah atau lada hitam dan sedikit garam atau perasa, kak noor suka campurkan sedikit gula perang untuk menambah rasa dalam filling ni, tapi kalau ada yang suka rasa sedikit manis tu takpe, ikut je citarasa sendiri ok.

Cara Menggulung Roti
1.  Letakkan roti yang telah di gelek nipis diatas papan canai atau pinggan (Guna nya kita kukus dulu roti ni ada lah supaya roti lebih lembut senang untuk di gelek, dan bila roti ni nipis mudah bagi kita menggulung berbanding roti biasa yang agak tebal, jadi menggulung akan sukar dan tak cantik hehe..)

2.  Susunlah beef rashers memenuhi roti tu, dan sudukan lah filling telur tu, jangan terlalu banyak filling nanti susah nak gulung. Gulung lah secantik yang mungkin ya. Buat lah sehingga habis roti dan boleh lah di potong dan di hidangkan.





Sorry agak comot sikit gulungan roti, tapi walaupun comot rasa nya tetap comey dan sedap. Tak percaya boleh cuba sendiri lah



SELAMAT MENCUBA 
UNTUK BREAKFAST ESUK PUN OK KALAU DAH CUKUP BAHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah lama buat nasi ayam basmathi ni selepas nasi biryani dulu
Dah pandai menggunakan kaedah dan cara yang betul basmathi tu
Teruslah di praktis untuk nasi ayam lagi..
Alhamdulillah nasi ayam nya sedap dan peroi

Resepi nasi ayam masih lagi sama yang pernah kaknoor masak dulu, cuma kali ni menggunakan beras basmathi dan sambal kicapnya di tambah cilipadi supaya lebih terangkat.



Nasi Ayam

Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak ayam
1.    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.    Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3.    Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4.    Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5.    Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6.    Angkat dan baru lah di potong kecil


Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras basmathi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
4 1/4 cawan air rebusan ayam
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Tips cuci beras basmathi
Jangan di gesel dengan cara gengam beras tu, cukup lah sekadar mengesel ketepi cooker or besen yang kita guna untuk mencuci, makna nya beras ni tak boleh di kasar, biar lah dengan cara lembut baru lah kita dapat hasil yang cantik.

Rationya jika 3 cawan beras 3.5 cawan stock atau kurang  untuk  basmati Daawat ni
Boleh jugak guna apa apa stock samaada stock ayam daging or vegetable terpulang seleralah

Tips mengacau nasi biarlah dari dinding dalam cooker ke tengah untuk mengelakkan dari nasi tu patah dan tak cantik 

Cara memasaknya menggunakan Noxxa
1.    Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah secara SF(stir fry)
2.    Masukan daun pandan dan beras, kacau rata
3.    Tambahkan susu segar, garam, kiub ayam
4.  Tambahkan air rebusan ayam kacau rata.
5.   Off kan SF dan setkan High Pressure, tutupkan cover dan setkan 7 minit
6.  Keluarkan wap masukkan titisan safron dan tutup kembali penutupnya.
7.  Dah seminit dua baru lah dikacau nasi ayam tu bermula dari tepi cooker ke dalam.



Bahan Sambal Nasi Ayam

10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya

1.    Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2.    Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3.    Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4.    Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.


Bahan Sambal Kicap

Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.
kaknoor tambah 5-6 biji cilipadi tumbuk dalam sambal kicap ni supaya lebih terangkat.





Sebenarnya ini lah sayur mayur yang ada masa kaknoor tetiba teringin nak masak nasi ayam
Jadi apa yang ada dalam petiais itu sajalah yang di jadikan salad nasi ayam ni
Kita yang buat dia kan!! kobis purple, brokoli  lah haha



Nampak tak cantik nasi ayam safron basmathi ni, tak patah langsung
Alhamdulillah kalau menggunakan sedikit tips tu In Shaa Allah menjadi.
Cuba lah ya!! belum cuba belum tau kan!!
Rasa nya pun sedap terasa makan nasi biryani jugak hehe..


Assalamualaikum 
Alhamdulillah hari ni ada sedikit kesempatan untuk mengupdate blog kesayangan ni
Kali ni kaknoor nak kongsi resepi Recyle yang cepat dan mudah
Kadang-kadang bila masak terlebih mesti sayang nak buang kan...
Simpan sampai esuk lusa kadang tu dah masuk petiais lupa pulak nak keluarkan
Sebenarnya kaknoor guna lebihan ayam nasi ayam 
Alhamdulillah bila di buat macam ni sangat sedap dan laris
Resepi ni pun kaknoor copy dari seseorang jugak
Lepas ni apa saja lebihan ayam mesti nak buat macam ni terlebih laris..

Jom semak resepi jom!!



Bahan nya
Ayam bekas gorengan di ambil isi nya saja dan ditumbuk sedang - sedang hancurnya
(tak mau terlalu hancur ok)
1 labu bawang besar di hiris kecil
2 ulas bawang putih di hiris kecil
sedikit serbuk kunyit
sedikit daun ketumbar
sedikit daun kari
sedikit jintan putih
sedikit capsicum untuk mewarnai masakan (hijau, kuning dan merah pun ok)
1 sudu serbuk kari
1 sudu cili flakes ( boleh kurangkan jika tak suka pedas)
sedikit minyak bunga//minyak zaiton untuk menumis (terpulang apa yang ada kat rumah lah ya)

Cara nya
1.  Panaskan kuali dan masukkan minyak pilihan agak-agak saja berapa banyak ayam yang kita guna
2.  Tumis lah bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan beraroma
3.   Masukkan serbuk kari, serbuk kunyit, jintan putih dan cili flakes kacau rata.
4.  Kalau terlalu kering masukkan sedikit air panas dan masukkan ayam yang telah di tumbuk tadi.
5.  Rasa lah ikut kesesuaian keluarga sendiri, boleh tambah garam ke kicap ke atau sos cili
6.  Bagi kaknoor hanya letakkan sedikit kicap manis dan sos cili je.
7.  Akhirnya tambahkan capsicum dan daun kari jugak daun ketumbar.
8.  Kacau sebati dan boleh lah di tutup api nya dan dihidangkan bersama nasi panas.





Kalau kita menggunakan ayam lebihan yang telah berempah, tak perlu lah letak serbuk kari lagi ok sebab rasa ayam tu dah terasa rempah nya, disini sebab kaknoor guna ayam lebihan nasi ayam yang agak kurang rasa jadi boleh lah ditambah dengan serbuk kari, terpulang selera masing-masing lah ya sebab kita yang mengolahnya, capsicum pulak kat rumah kaknoor suka yang agak keras jadi lepas letak capsicum dan boleh di tutup api nya.



Penggunaan coriander atau ketumbar tu jika ada yang tak gemar wanginya, bolehlah ditukar ke daun sadri atau daun sup atau daun bawang, tapi kaknoor suka coriander, anak-anak je kurang gemo sikit, tulah kaknoor potong agak panjang supaya budak-budak ni nampak boleh "kuis" tepi mama nya yang ambik lagi hehee...

Assalamualaikum 
Resepi yang sangat simple untuk dicuba
Inti daging tu boleh jugak diletakkan pada roti putih atau roti john ke terpulang apa yang ada rumah lah

 

Bahan Inti Daging 
250 gm daging dipotong dadu dan direbus sehingga lembut ( kaknoor guna pressure cooker) lebih cepat
2 biji tomato dihiris dadu
1/2 biji capsicum merah didadu kecil
1/2 biji capsicum hijau didadu kecil
2-3 sudu mayonis
1/2 biji bawang besar juga didadu
Cili padi hijau dihiris * optional kalau suka pedas
1 sudu besar serbuk kari
Sedikit serbuk jintan putih 
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit mentega untuk menumis

Cara nya
Panaskan kuali, masukkan mentega biarkan mentega cair, masukkan bawang besar tumislah sehingga layu dan wangi. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air panas, jintan putih dan lada hitam kacau sebati. Kemudian masukkan daging rebus, tomato, capsicum dan mayonis. Kacau sehingga rata, dan letakakn sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa. Akhir sekali masukkan cili padi yang telah dihiris tadi dan ketepikan. 

 

Untuk Bahan Telur Mandi 
4 biji telur dipecahkan dan didadar dengan sedikit perasa
Telur dadar tak perlu terlalu masak biarkan sedikit lembut supaya mudah kita masukkan inti dan ianya melekat dengan inti. Bila telur dadar dah siap hanya masukkan inti dan gulunglah kemas, biarkan sejuk sekejab baru lah dipotong ikut citarasa sendiri nak tebal ke nipis. 

 

Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng, terpulang selera lah ya...



Assalamualaikum 
Dah lama blog ni sunyi sepi, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi nasi Biryani ala Pakistani ni
Memang sedap dan beraroma.  Resepi ni kaknoor dapat dari seorang anakanda kaknoor yang mix Pakistani jadi nya memang original dari bondanya, jom sama-sama semak resepi kalau ada yang bekenan,  sejujurnya belum pernah kaknoor masak Nasi Biryani se sukses ini, betul lah kata orang kita nak buat apa pun mesti ada ilmu jangan semborono saja memang tak menjadi.
Alhamdulillah dengan resepi dan tips ni pasti menjadi
IN SHAA ALLAH.


Bahan yang kaknoor gunakan untuk menumis
Awal - awal tu rajin lah sikit dah lama hilang kerajinan maktok..



Bahan Untuk Perapan Ayam
1-2 kg ayam (drumstick or thigh or keduanya sekali)
1 inci halia parut
3 ulas bawang putih parut
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih (kaknoor lebihkan sebab suka wangi nya)
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam untuk perasa

Cuci bersih ayam dan perahkan sedikit lemon untuk mewangikan ayam. Peraplah dengan semua bahan-bahan diatas untuk selama 1 -2 jam .

Bahan Untuk Nasi Biryani
1 kg beras basmathi
60 gm rempah Bombay Biryani Masala ( 1 paket)
1 cawan yogurt
1 batang kulit kayu manis
Beberapa biji bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
3 labu bawang besar di dadu kecil
4-5 biji tomato di dadu kecil
Secukupnya daun pudina
Secukupnya daun ketumbar
Secukupnya cili hijau di potong dua
Sedikit safron
Sedikit garam untuk perasa
2 sudu minyak sapi// butter // minyak zaiton (terpulang selera sendiri)

Tips cuci beras
Jangan di gesel dengan cara gengam beras tu, cukup lah sekadar mengesel ketepi cooker or besen yang kita guna untuk mencuci, makna nya beras ni tak boleh di kasar, biar lah dengan cara lembut baru lah kita dapat hasil yang cantik.

Cara Memasak Nasi Biryani
1.  Cuci beras sehingga air nya jernih kemudian rendam untuk selama 1-2 jam dan tos kan
2.  Masukkan minyak sapi dalam inner cooker dan ON STIR FRY
3.  Tumislah bahan rempah, bawang besar, tomato, pudina dan ketumbar sehingga wangi.
4.  Masukkan rempah Briyani Ahmed dan kacaulah sehingga pecah minyak.
5.  Kemudian masukkan yogurt dan ayam yang telah di perap tadi.
6.  Masaklah sehingga ayam separuh masak, masukkan beras dan sedikit garam kacau sebati.
7.  Masukkan air atau chicken stock secukupnya tergantung berapa banyak beras yang kita gunakan lah ( kaknoor guna chicken stock untuk rasa yang lebih sedap)

Rationya jika 3 cawan beras 3.5 cawan stock untuk  basmati Daawat ni
Boleh jugak guna apa apa stock samaada stock ayam daging or vegetable terpulang seleralah

8.  Tutupkan periuk Noxxa, set kan ke High Pressure dan time kan selama 7 minit.
9.  Dah siap buka penutup Noxxa dan masukkan sedikit cairan safron, kalau perlu tutup sekejab kemudian buka kembali, biarkan wap nya hilang dengan sendiri nya baru di kacau nasinya.

Tips mengacau nasi biarlah dari dinding dalam cooker ke tengah untuk mengelakkan dari nasi tu patah dan tak cantik 



Mula - mula nak ambik gambar step by step tapi akhirnya ini saja yang dapat mood malas datang, cukup lah ambik gambar bila dah masak saja ...



 Ini lebihan acar buah kaknoor gandingkan dengan Nasi Biryani ni memang sedap lah pada yang suka, yang tak suka boleh saja di layan dengan menu-menu fav sendiri.

Untuk resepi ACAR boleh klik disini



Ini acar campur kaknoor, macam-macam ada dalam ni..

Bahan Acar
Timun di dadu, mangga muda jugak di dadu, tomato secukupnya di dadu kecil, bawang besar dan bawang merah, hiris nipis, cilipadi dan cili besar di hiris kecil.  Semua bahan di masukkan dalam satu bekas, gaulkan dengan garam dan sedikit gula, dan perahkan sedikit lemon, sesuaikan rasa dan boleh lah dihidangkan dengan Nasi Biryani tadi.




Anak -anak cakap sedap sangat nasi ni, mula-mula cakap macam kat kedai lah nasi ni, lepas tu dah lama lama makan, masing-masing tambah nasi, diaorang cakap Biryani ni lebih sedap dari kat kedai lah hahaha, terimakasih sangat pada anakanda yang memberi resepi nasi ni, tak rugi mencuba, walaupun dah lama tak buat tetap menjadi dan sedap..



Ini lah dia Basmati Rice dan Bombay Biryani Masala yang kaknoor guna, di Brunei memang banyak ni di jual di supermarket, tak tau lah pulak kat tempat lain. Boleh lah cuba pada yang suka memasak, I kg basmati ni dapat makan seharian untuk 5-6 orang, dari tenghari sampai ke malam di makan 
Alhamdulillah sedap dan tak patah kalau ikut cara dan tips ni IN SHAA ALLAH



Ini gambar mula-mula tak sabar nak bergambar, tapi macam ada yang kurang je, lepas tu baru teringat takde daun pudina, nasib baik kat luar rumah masih ada pudina, ada jugaklah hijau kat atas nasi tu kan, boleh jugak di rebus telur untuk gandingkan dengan Biryani ni, selera di tangan masing-masing, di perah lemon pun sedap jugak..



Assalamualaikum semua nya yang masih sudi berkunjung kesini
Masih lagi dengan mood suam suam kuku untuk ber blog
Hari ni kaknoor ulang tayang resepi nasi lemak yang pernah kaknoor letakkan disini
Pada yang sudi dan teringin nak mencuba boleh lah klik pada link nya ok




Untuk nasi lemak pandan ni boleh klik kat 



Ini pulak nasi lemak biasa je tapi di "bukitkan" jadi lah nasi lemak bukit
Resepinya kat bawah ni



Yang last ni nasi katok//nasi biasa versi Brunei


Assalamualaikum 
Salam sejahtera untuk pada yang sudi singgah disini
Alhamdulillah majlis pernikahan diantara anakanda kaknoor
Dr Noor Faizah dan Hafizzul dah selamat diadakan pada
17hb.  mac 2017 baru ini
Syukur sekali lagi kerana semua nya berjalan dengan lancar walaupun tuan rumah kelam kabut
pada mula nya, biasa lah mengadakan majlis yang besar begitu, tuan rumah memang tak senang duduk, asyik memikir je itu ini


Biarlah gambar menceritakan segala nya
Dulu masa tahun 2012 anak kedua kaknoor nikah, kaknoor letak banyak gambar kat blog ni.masa tu mood berblog memang 100 % hehe....
Ini anak pertama pulak nikah, kaknoor letak jugak lah gambar walaupun tak banyak sebab mood berblogging dah makin kurang, tapi demi untuk keadilan pada semua anak-anak biarlah mama berkorban sikit..






Bersama family dari Kedah, kakak, adik dan abang ipar jugak anak-anak cucu dan menantu kaknoor
Hanya sorang je anak kaknoor takde sebab masih di UK kesiannn....



Besan dan family nya 



Rakan-rakan anakanda Faizah yang sama-sama belajar di UK dulu sanggup datang ke Brunei untuk meramaikan majlis pernikahan ini, from UK dan Hong Kong jugak Brunei



Dr Susan dan partner nya..

Anakanda Nabil memberi sedikit ucapan dalam majlis pernikahan itu, terharu kaknoor :(



Adik dan kakak kaknoor sempat bergambar dengan banner tu,  sibuk sibuk kaknoor pun tak sempat bergambar sabo je lah kan, cukup sampai disini dulu, In Shaa Allah jika di izinkan Allah berjumpa lagi di lain entry, lepas ni maybe entry masak masak dan resepi lah ya..



Assalamualaikum adik-adik blogger
Hari ni mood sikit gumbira walaupun sebenarnya dalam hati ALLAH saja yang tahu
Menjelang hari perkahwinan anakanda yang tinggal kurang lagi seminggu ni
Takde lain yang di harapkan semoga majlis pernikahan anakanda nanti
Akan berjalan lancar dengan izin dan rahmat ALLAH SWT.




Resepi ni kaknoor google dulu sebelum nak buat sebab nak cari yang sedap lah, bila google keluarlah resepi dari AZIE KITCHEN ni, tengok bahan-bahan semua dah ready, jadi kaknoor try lah, tapi kaknoor tukar//tambah itu ini ikut selera family kaknoor yang suka pedas..
Untuk AZIE izinkan kaknoor letak resepi kat blog kaknoor jugak ya untuk rujukan anak-anak dan kawan-kawan diluar sana, terimakasih banyak semoga ALLAH membalas budi baik AZIE.




NASI AYAM HAINAN
Oleh: Azie Kitchen 

BAHAN BAHAN
1 ekor ayam kaknoor guna bahagian paha
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit 
2 cawan air rebusan ayam 
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt

UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih 
1'' halia
sedikit garam

Kaknoor tambah sos cili yang menggunakan cilipadi sebab kat rumah selera pedassss, jadinya buat dua jenis sambal, guna cili merah dan cilipadi, bahan lain semuanya sama.

UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun

CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.

2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang.  Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.

3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam.  Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.

4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan  minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong

5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.

6. Untuk membuat sup:  Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan. 

Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam dan sedikit atas nasi.





Yang suka pedas memang bertambah nasi kalau makan dengan sambal nasi ayam cilipadi ni



Sebenarnya nasi ayam hainan ni,  Mr Boss yang request mungkin jugak dia bosan, lately kaknoor masak sangat simple dimple sebab dah sibuk macam-macam nak buat, lagipun kalau hati tak tentu arah berfikir itu ini nak masak pun takde mood, tapi bila dah kena request tu baru sedar diri, nampaknya kita tak boleh terlalu memikirkan sangat, biarlah ALLAH yang menentukan segalanya.

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANAKANDA KAKNOOR UJUNG MINGGU NI NANTI
ALLAHUMMA AAMIIN..


Previous PostOlder Posts Home